11

Family Series 15706

Masa berlalu begitu pantas.

Diam tak diam Fathiyah dan Zara telah berjaya menamatkan pembelajaran mereka dalam bidang Kejururawatan. Kini sedang menunggu panggilan untuk memulakan khidmat mereka sebagai jururawat sebenar. Sama ada terpilih di sektor kerajaan ataupun di sektor swasta. Mereka tidak kisah, yang penting dapat menimba pengalaman.

Fathiyah asyik menilik telefon bimbitnya dari tadi lagi. Riak mukanya nampak gelisah. Duduknya tidak tenang. Apa tidaknya, menunggu mesej Abang Rafli gamaknya.

Laju kaki Fathiyah menuruni tangga, ingin menuju ke halaman belakang rumahnya. Dia mempunyai hobi baru, melayan kerenah ayam-ayam Puan Ina. hihi.. Fathiyah melakukan itu kerana bosan duduk berkurung di rumah sahaja. Hendak merayau tidak tentu arah bukan gayanya. Dia lebih suka terperuk di rumah.

Saat Fathiyah menyarung seliparnya, tiba-tiba Puan Ina menegur di pintu dapur, "Nak pergi mana tu adik? Laju semacam je ibu tengok."

"Adik nak jenguk kawan-kawan adik ni." Ujar Fathiyah sambil mengenyitkan mata kepada Puan Ina.

"Eh..eh..budak ni buang tebiat ke ape!" Tutur Puan Ina hairan. Mahu tidak hairan, pakej kenyit mata bagai. Seram..

"Hahaha.." terhambur ketawa Fathiyah.

"Apalah yang adik mampu buat selain layan ayam-ayam ibu tu" jawab Fathiyah dengan muncung bibirnya dihalakan ke arah reban di belakang rumah.

"Ohhh..kisahnya" kata Puan Ina, lalu dipanjangkan langkahnya mengekori Fathiyah.

"Ni jangan lupa jagung diorang. Ibu beli pagi tadi..special! Dekat kedai Pak Ajis" Sambung Puan Ina sambil membongkok sedikit cuba mengambil bungkusan jagung di bawah rak perkakasan berkebunnya.

"Hahaha.. special la sangat! Ada-ada sajelah ibu ni.." ujar Fathiyah berserta tawa halus.

"Adik..ibu nak tanya ni?"

"Tanya apa ibu?" Soal Fathiyah dengan pandangan curiga.

Makanan ayam Fathiyah letak di tempat makanan yang telah disediakan. Tinggal dipenuhkan sahaja bekasnya. Terleka sejenak dengan melayan ayam, dia hampir terlupa akan pertanyaan soalan ibunya. Bagai angin lalu.

"Adik dengar ke tidak ni?" bentak Puan Ina.

"Ye..Ye..apa ibu tanya tadi" ulang Fathiyah mamai.

"Ya Allah..bertuah punya anak! Ibu tanya Raf ada call adik tak? Itu aje..yang adik mengelamun jauh sangat dah kenapa! Haihh..sabar aje lah." Tenang Puan Ina bertutur.

Puan Ina sudah bercekak pinggang. Bengang dengan sikap anaknya yang acuh tak acuh semenjak akhir-akhir ini. Apa yang difikirkan pun tidak tahu.

"Maaf ibu..adik cuma khusyuk tengok ayam-ayam ni makan. Mulut tu sumbat makanan tetap jugak nak bising. Ketokk! Ketokkk!!" Fathiyah sengaja melencongkan soalan Puan Ina tadi. Taktik sangat Fathiyah oiii..

"Tak kelakar pun adik. Ibu tengah serius dia main-main pulak!" Balas Puan Ina pakej jelingan maut buat Fathiyah.

"Haishh..sejak bila ibu pandai serius ni?"

"Kalau soal Abang Raf tu, seminggu dah dia ignore mesej adik. Bluetick je. Malas adik nak amik kisah! Menci lah camni!" mendung terus riak wajah Fathiyah mengingatkan perkara itu.

"Betul ke? Baru sekejap tadi dia ada call ibu. Sesuatu sangat ni" Puan Ina menggerak-gerakkan jarinya di bawah dagu seperti memikirkan sesuatu.

"See..dia call ibu tapi tak pedulikan mesej-mesej adik. Apa punya perangailah. Nanti adik tarik balik peluang baru dia tahu. Bertapa Abang Raf menyesal kehilangan bidadari pujaan dia ni kang.." kata Fathiyah sambil menepuk-nepuk dadanya. Gurau-gurau sahaja.

"Eii..sempat jugak nak perasan budak ni! Choii!! Balas Puan Ina selamba.

"Hahaha" Fathiyah gelak terbahak-bahak.

"Ibuuuu!! Why you so banyak sangat terikut percakapan orang muda ni? Aiyoyo!!" Sisa tawa Fathiyah masih tidak hilang berserta tepukan di dahinya.

Pelbagai ragam Puan Ina tunjukkan sekarang. Struggle sangat hendak meniru gaya anak-anak zaman now. Tidak kisahlah. Asalkan Puan Ina bahagia sudah cukup buat Fathiyah juga bahagia.

Zztt zztt

Vibrate yang dihasilkan oleh telefon bimbit Fathiyah.

Fathiyah mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluarnya. Nama yang tertera di skrin dilihat. Fathiyah cuba mengeraskan dirinya daripada membalas mesej si pengirim. Dia kini merajuk dengan orang di sana itu. Wekk!! Padan muka dia. Siapa suruh ignore Fathiyah.

"Kenapa tenung aje handphone tu? Siapa yang mesej? Berturut-turut soalan Puan Ina ajukan.

Terhinjut sedikit bahu Fathiyah agak terkejut mendengar suara ibunya yang telahpun berada betul-betul dekat di tepi telinganya.

"Ya Allah..ibu! Terkejut adik lah.." tutur Fathiyah dengan mata dibesarkan sedikit memandang wajah ibunya.

"Takde sesiapa pun. Tak penting sangat" jelas Fathiyah cuba meyakinkan Puan Ina.

"Yeka ni..Ibu nampak nama Raf tadi naik." seloroh Puan Ina mengusik.

"Ibuuuuuu... Berapa lama dah ibu diri sebelah adik? Huh!" bentak Fathiyah manja.

"Hahaha.. Lamalah jugak sebab ibu rasa macam sempat baca apa yang Raf tulis tu." Bicara Puan Ina berserta tawa halus.

"Adik tak nak kawan ibu. Wek!!"

Kaki dihentak-hentak kecil seolah memprotes sesuatu. Fathiyah berlalu masuk semula ke dalam rumah. Langkah diatur laju, mendaki tangga untuk ke biliknya yang terletak di tingkat atas rumah itu. Gelak tawa ibunya tidak dihiraukan. Udanya yang turut ada di ruang makan itu turut diabaikan. Malas melayan semua orang hari ini. Fathiyah mogok.

"Kenapa dengan adik tu ibu?" Uda menegur apabila melihat kelibat Puan Ina masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur.

"Aikk!! Bila Uda balik? Ibu tak dengar bunyi kereta kamu pun!" Lain yang dijawab Puan Ina.

"Baru je sampai.. Terus jengah tudung saji ibu ni. Bukan main sedap bau sampaikan Uda tak menyempat nak mandi salin baju bagai" celoteh Uda panjang lebar.

"Iyyolah! Ni pasal adik tu. Ibu saja sakat dia. Tup..tup.. Merajuk pulak. Ibu gurau jek kot.." Tutur Puan Ina jujur.

"Hahaha.. Wahh!! Ibu semakin maju sekarang" kata Uda dengan gelak yang menampakkan lesung pipit di pipinya.

"Apa boleh buat, kamu semualah yang ajar ibu. Tak gitu" balas Puan Ina memenangkan diri sendiri.

Mereka berdua menghabiskan sesi pagi itu dengan berbual-bual kosong sambil menikmati sarapan pagi yang masih berbaki. Uda Fathiyah bekerja sebagai anggota polis. Pagi itu dia baru sahaja pulang dari menjalankan tugasnya mengikuti operasi mencegah lumba haram.

Lewat petang itu kedengaran bunyi enjin kereta memasuki halaman rumah Puan Ina.

Fathiyah dibiliknya yang baru sahaja selesai menunaikan solat. Langsir ditingkap biliknya diselak sedikit untuk melihat siapa gerangan yang datang ke rumahnya.

Kelibat Uda terlihat sedang menuju ke arah kereta yang sudah diparkir elok bersebelahan dengan kereta kesayangan abangnya itu.

Pintu disebelah pemandu pemilik kereta tadi terbuka. Seseorang keluar daripada situ. Fathiyah membesarkan matanya untuk melihat orang itu. Berteka-teki seketika. Cuba diamati lagi wajah itu, baru dia perasan yang itu adalah Abang Rafli. Alamak! Mulalah hati itu tidak keruan dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience