Tok! Tok!
Bunyi ketukan di pintu bilik Fathiyah.
Sebelum subuh lagi Fathiyah sudah bangkit. Memang itu rutin hariannya setiap hari. Selesaikan apa yang patut, dan yang paling penting bersihkan diri terlebih dahulu sebelum menunaikan tuntutan sebagai hamba Allah.
Dia tidak mahu sambil lewa dalam menjaga solatnya. Fathiyah masih ingat lagi ajaran ustaz dan ustazahnya sewaktu di bangku sekolah. Belajar mengenai syarat-syarat di dalam solat. Perkara-perkara yang sah dan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat.
" Siapa tu?" lontaran suara Fathiyah sedikit kuat.
" Ibu ni..Boleh ibu masuk?" sayup kedengaran suara ibu meminta kebenaran.
"Masuklah ibu..Adik tak kunci pun pintu tu" sahut Fathiyah lagi.
"Adik dah bangun rupanya.. Ibu baru nak kejutkan"
"Hek eleh..ibu perli adik ke ni?" Fathiyah kemam bibir yang dioles pelembap bibir itu.
"Hahaha..mana ada ibu perli..betul lah niat ibu memang nak jengah adik pun. Semalam tak sempat nak berborak dengan adik. Ibu tengok muka tu letih sangat." tambah ibu lagi.
"Dah solat ke belum ni? Bukan main awal bersiap-siap." redup mata Puan Ina bertanya sambil menatap wajah anak manjanya.
Itulah satu-satunya anak perempuan yang dia punya. Anak-anak Puan Ina, kesemuanya ada empat orang. Tiga lelaki dan seorang perempuan.
Fathiyah anak bongsu, dan atasnya pula ketiga-tiganya lelaki. Ramai betul bodyguard Fathiyah.
Along Fathiyah sudah selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangannya. Along kini, sedang menunggu kelahiran anak keduanya yang dijangka akan lahir pada hujung bulan ini. Semoga semuanya dipermudahkan.
Angah pula bakal menamatkan zaman bujangnya di penghujung tahun ini. Jika tiada aral melintang.
Uda adalah abang yang paling rapat dengan Fathiyah. Apa-apa sahaja masalah atau ada perkara yang berlaku padanya akan diadukan kepada Uda. Oleh sebab, Uda sempat berada bersama-sama Fathiyah sewaktu persekolahannya dahulu membuatkan mereka rapat.
Uda, Abang Taqiuddin dan juga Abang Rafli berkawan baik. Sahabat dunia akhirat, katanya.
Perasaan Fathiyah terhadap Abang Taqiuddin selama ini turut diketahui oleh Uda. Jadi, tiada rahsia antara Uda dan juga Fathiyah.
"Adik selesai solat semua dah ibu.. Ni nak siap cepat sebab adik tak nak buat orang tertunggu-tunggu adik pula nanti." Jawab Fathiyah sambil tangan tak berhenti melilit tudung di kepalanya.
"Siapa yang nak datang amik adik ni?" Soal ibu kehairanan.
" Abang Rafli, bu..aikk!! tadi dia mesej adik. Dia kata ada beritahu pada ibu malam tadi" berkerut dahi Fathiyah membalas.
"Ya Allah.. Ibu terlupa..Raf ada call ibu malam tadi, selepas dia hantar adik balik tu" tergeleng kepala Puan Ina kerana hampir terlupa akan hal itu.
"Ishh..ibu ni.. jangan macam-macam ehh.. ada yang adik merajuk ni kang.." ugut Fathiyah manja.
"Hahaha.. sorry lah adik.. Ibu betul-betul terlupa. Fahamlah bila dah tua ni. Banyak perkara yang tak boleh nak input dalam otak ni" seloroh Puan Ina.
"Yelatu.. Ibu sajakan nak perkena adik. Sama dengan abang-abang adik semua tu. Suka sangat sakat adik. Dah tu kenen-kenen lak adik dengan Abang Rafli."
"Apa salahnya.. Ibu tengok baik aje budak Raf tu. Nak kata tak handsome, tipulah kan.. Segak dia tu takleh bincang..hahahahaha" meletus tawa Puan Ina apabila dia rasakan perkataan yang dia katakan saat itu terlalu mengikut aliran anak muda-mudi zaman sekarang.
Manakan tidak, membesarkan anak-anak masa kini perlu banyak kesabaran. Bagi Puan Ina, dia perlu lebih sedikit memahami cara budak zaman sekarang berinteraksi.
Cuma bab pergaulan sesama rakan masih dikawal secara baik. Puan Ina tidak mahu memberikan kebebasan yang berlebihan bimbang akan perkara-perkara yang tidak elok berlaku. Baginya batas pergaulan antara lelaki dan perempuan perlu dijaga. Kelak tidak ada berlaku keterbatasan.
"Amboihh!!! Ibu makin maju sekarang. Adik is serrram.. Petanda apakah ini? Ada pengganti baru ke ibu?" Fathiyah pula menyakat ibu kesayangannya.
Mata dikebil-kebilkan menunggu jawapan.
"Ehh..kita pulak yang disakatnya. Memang tak la!!" jawab Puan Ina selamba.
Hahahahaha terkekeh-kekeh mereka berdua ketawa.
" Assalamualaikum.."
Dua beranak itu terdiam apabila terdengar suara orang memberi salam di luar rumah. Mereka saling berpandangan.
Ibu mula bersuara, "Hah..sampai dah bakal menantu ibu. Ibu pergi tengok dulu" langkah diatur ke arah pintu bilik Fathiyah. Puan Ina berpaling memandang anaknya.
"Anak ibu cantik hari ni.." berkata spontan Puan Ina kepada Fathiyah yang tiba-tiba terdiam itu. Kelihatannya seperti tersampuk hantu lagaknya.
"Ibuuuu..hishh.." rungut Fathiyah dengan gigi diketap kecil.
Fathiyah malu bila diajak bergurau begitu.
Penuh sopan dan ayu Fathiyah membuntuti langkah kaki ibunya. Dia tidak mahu berlama-lama di dalam bilik. Lagi pula perutnya masih belum diisi. Sarapan perlu diambil setiap pagi tanpa gagal. Barulah ada tenaga hendak buat kerja sebentar nanti.
Puan Ina tersenyum lebar melihat gerangan yang sudah terpacul awal di depan pintu rumahnya. Puan Ina mempelawa Rafli masuk terlebih dahulu.
"Waalaikumsalam.. masuklah dulu Raf. Mari kita sarapan dulu." ajak Puan Ina mesra.
"Terima kasih ibu.. langkah kanan sangat ni..hihi" Rafli tertawa kecil.
Macam tidak biasa pula. Dari dahulu sehingga sekarang, rumah itu sudah kerap kali dikunjungi. Mungkin akan lebih kerap lagi selepas ini. Siapa tahu kan..hehe
Mereka berkumpul di meja makan.
"Adik cedokkan nasi lemak tu untuk Raf" arah Puan Ina kepada Fathiyah.
Fathiyah hanya akur arahan ibunya. Lemah-lembut sahaja gayanya persis seorang isteri melayan sang suami.
Rafli memerhati setiap tingkah Fathiyah lakukan. Tidak terduga apabila dia cuba memandang wajah Fathiyah, pandangan mata mereka bersabung.
Mulut Fathiyah bergerak tanpa suara sebagai isyarat, "Kenapa?" gerakan bibir itu Rafli faham.
Rafli tersenyum lalu membalas, "Cantik.." sama juga hanya dengan gerakan bibir.
Memerah muka Fathiyah dipuji begitu. Pandangan terus ditundukkan, dia takut ada orang yang perasan akan perilakunya. Dia malu.
Kerusi disebelah ibu ditarik setelah selesai Fathiyah meletakkan nasi di dalam pinggan Rafli dan juga ibunya. Kemudian barulah disendukkan nasi ke dalam pinggannya.
Puan Ina memecah kesunyian ketika itu, "Raf..kamu seorang saja ke? Tak bawa teman?" soal Puan Ina lembut.
"Kamu pergi berdua dengan Tiyah saja?" tambah Puan Ina lagi, sepertinya sangsi akan sesuatu.
"Uda ikut sekali ibu.." celah Uda yang tiba-tiba muncul di situ. Dia tahu apa yang ada di dalam fikiran ibunya saat ini.
Rafli mengangkat kepalanya lalu tersenyum mendengar celahan sahabatnya itu. Rafli juga faham akan nada bimbang yang Puan Ina gunakan.
Rafli sendiri sudah maklumkan hal ini kepada Uda malam sebelum dia menghubungi Puan Ina untuk meminta izin. "Ini Rafli lah ibu" kata hati Rafli berbicara.
"Oh..baguslah.." lega hati Puan Ina.
"Sambung makan..tambah nasi lagi Raf bukan selalu nak dapat makan masakan anak dara dalam rumah ni.." Puan Ina sambung kata sambil memuji anak kesayangannya di depan lelaki yang dia percayai itu.
Puan Ina tergelak halus, bukannya dia tidak nampak yang Fathiyah sedang mengerling ke arahnya.
"Ibu makan jangan bercakap" tiba-tiba sahaja Fathiyah bersuara.
Hahahaha tergelak besar semua yang ada di situ.
Pemalu dia itu bukan biasa-biasa.
Tersuging senyuman di bibir Rafli. Menatap wajah si manis tidak lepas. "Satu hari nanti ye si manis abang..tak sabarnya.." bisik kata hati Rafli.
Share this novel