16

Family Series 15660

Sepanjang majlis persandingan berlangsung, Rafli tidak sesekali melepaskan genggaman tangannya bersama Fathiyah.

Kemana dia pergi pasti diheret Fathiyah juga. Dah macam magnet dapat melekat.

Bermacam-macam pose yang mereka sudah buat selama duduk di atas pelamin. Aksi berada di depan kamera belum tamat di situ. Sebentar lagi Rafli dan Fathiyah akan dibawa oleh jurugambar untuk ke destinasi yang telah dipilih. Outdoor photoshoot.

"Abanggg.." meleret Fathiyah memanggil Rafli.

Segera Rafli menoleh. "Hurmm..ye sayang. Penat eh" Rafli meneka.

Laju Fathiyah anggukan kepalanya. Sengaja matanya dikuyukan sedikit. Meminta simpati.

Rafli tersenyum kecil. "Jom! Kita duduk dulu. Ni larat lagi tak? Kejap lagi nak shoot gambar outdoor pulak." Tanya Rafli sambil tangan kanannya menarik kerusi untuk Fathiyah duduk.

Pertanyaan Rafli itu Fathiyah balas dengan jarinya membentuk simbol okay.

"Sayang tunggu sini kejap"

"Abang nak pergi mana?"

"Jumpa kawan-kawan abang tu hah. Ada yang baru sampai tu." hujung muncungnya dihala ke arah bawah khemah disediakan untuk tetamu lelaki. Genggaman jemari mereka terlerai seketika.

Kerusi di sebelah Fathiyah ditarik seseorang.

Fathiyah mengangkat wajahnya seraya berkata, "Ada lagi kau kat sini? Tadi bukan kata nak balik dah ke?" soal Fathiyah kepada Zara.

"Memang aku nak balik dah tadi. Tunggu mak aku siap-siap bungkus berkat untuk agih pada jiran-jiran kita." jelas Zara bersahaja.

"Oooo" Fathiyah memuncung.

"Tiyah! Kau ada nampak Kak Teha tak tadi?"

"Hurmm.. Mana boleh tak nampak. Dah kalau mata dia tu nak terjojol keluar tengok muka aku ni. Macam aku bela saka gayanya. Hihi" tutur Fathiyah dengan tawa halus.

" Hah! Tau takpe! Aku ingat kau tak perasan. Aku yang duduk sebelah kau pun rasa gerun. Pandangan dia tu...perghh tajam oiii!!" tambah Zara, sengaja menghangatkan suasana.

"Malaslah nak fikir pasal dia lagi. Penat. Aku salah apa kat dia pun aku tak tahu." bibir dicebik. Fathiyah mengeluh. Kepala digeleng-geleng.

"Pesan aku, cuma kau hati-hati jelah kalau jumpa dia kat mana-mana lepas ni. Seram weh. Hahaha" sempat Zara gelakkan Fathiyah.

"Zara!!! Jom!" jerit Cik Nora, mamanya Zara.

Cik Nora menghampiri Zara. Huluran tangannya kepada Fahiyah, Fathiyah sambut sopan. Ciuman lembut Fathiyah hadiahkan.

"Tahniah Tiyah. Mama sentiasa doakan kebahagiaan kamu dengan Raf. Bila dah jadi isteri ni, tanggungjawab pun dah bertambah tau! Tak boleh leka. Dengar cakap suami." panjang lebar Cik Nora menasihati. Tubuh Fathiyah didakap seeratnya oleh Cik Nora. Ciuman juga diberikan di dahi dan kedua pipi Fathiyah. Kasihnya itu bagai kasih seorang ibu kepada anaknya. Mana tak sayang. Fathiyah sudah dilihat membesar bersama-sama dengan Zara di depan matanya.

Pelukan dileraikan. "Jaga diri. Mama balik dulu. Nek Bonda kirim salam. Tak sempat dia nak jumpa kamu tadi. Ramai sangat orang. Si Taqi hantar dia dulu. Tak larat katanya nak duduk berlama-lama. Fahamlah orang tua ni."

"Takpe mama.. Tiyah faham. Sampaikan salam Tiyah juga pada Nek Bonda ye." wajah dimaniskan.

Zara pula mengambil giliran untuk memeluk Fathiyah. Sahabat hujung nyawa. Hehe

"Tahniah babe. Walau apa pun jadi aku tetap sayang kau tau! Belajar terima Abang Raf seadanya. Aku tahu kau boleh!" bicara Zara perlahan di telinga Fathiyah. Menitis lagi air mata mereka. Lama mereka berpelukan.

Sehingga muncul suara Puan Ina dibelakang mereka. "Eleh..drama lah korang dua ni. Macamlah tak jumpa lagi." usik Puan Ina.

Keduanya berpaling. Masam mencuka muka yang dipamerkan.

"Ibuuuu.. potong stimlah orang nak touching.. touching ni." ujar Zara sambil matanya dikerling ke arah Puan Ina.

"Mengada!" balas Puan Ina spontan.

"Pergi cepat tu, mama kamu dah tunggu lama. Kesian berpanas. Apa punya anaklah budak ni. Jual kang!" Tambah Puan Ina lagi, kali ini bernada gurau.

"Yelah yelah Zara balik dulu bu.."

" Assalamualaikum.." Zara berlalu pergi berserta salam dan juga selepas bersalaman dengan Puan Ina.

"Adik buat apa kat sini sensorang? Rafnya mana?" soal Puan Ina. Matanya melilau mencari kelibat si menantu.

" Tu hah! Ada sembang dengan kawan-kawan dia. Baru sampai. Tak pernah nampak pun muka diorang tu" kata Fathiyah sambil jari dituding ke arah keberadaan suaminya itu.

"Ooo.. Kawan bisnes dia agaknya. Adik tunggu dekat dalam jelah. Panas ni. Kejap lagi nak bergambar lagi dah berpeluh satu badan. Tak selesa." Arah Puan Ina kepada Fathiyah.

Perlahan-lahan Fathiyah bangkit dari kerusi. Dia menyusun langkah perlahan menuju ke dalam rumah. Dia sengaja tidak memaklumkan kepada Rafli kerana dia tidak mahu perbuatannya itu, mungkin akan mengganggu perbualan suaminya pula.

Seusai tamat sesi bergambar, maka tamatlah majlis persandingan buat Rafli dan Fathiyah hari itu.

"Bro! Nampak Tiyah tak?" tanya Rafli kepada Uda yang baru keluar dari biliknya.

"Cuba kau tengok dekat belakang. Mengemas lagi kot. Takut gamaknya kena terkam sekejap lagi. Hahahaha" terlepas tawa Uda mengusik Rafli.

"Hahaha.. Kurang asam kau!" gelak Rafli pula.

"Jap eh..aku cari dia dulu." sambung Rafli ringkas.

Pintu dapur dituju. Hayunan langkah kaki Rafli besarkan. Mahu cepat sampai.

Pusing kiri. Pusing kanan. Mata Rafli memanah tajam melilau mencari-cari keberadaan isterinya. Puan Ina mendekati Rafli seraya menepuk lembut bahu menantunya.

"Cari Tiyah ye! Tu hah dia. Duk sental periuk lagi." berkata Puan Ina dengan matanya menoleh ke arah Fathiyah yang sedang khusyuk menyental periuk sambil duduk di bangku kecil.

Herot senyuman Rafli ukir. Panjang sahaja langkahnya mendekati Fathiyah.

Setibanya di tempat Fathiyah. Tanpa ragu Rafli bercangkung di sebelahnya. Dagu ditongkat pada tangannya yang beralaskan pehanya.

"Sayang.." Rafli berbisik perlahan di tepi telinga Fathiyah.

Kaku Fathiyah serta-merta dibuat Rafli. Meremang bulu roma Fathiyah dengan bisikan suara garau milik suaminya itu.

"A-abang.." gagap Fathiyah tiba-tiba.

"Buat apa dekat sini?" laju Fathiyah menyoal. Menghilangkan sedikit kegugupan yang mula beraja di dalam dirinya.

"Abang cari sayanglah. Abang naik ke bilik tadi. Tengok sayang takde. Punya lah abang tunggu. Sayang tak masuk-masuk jugak. Apa lagi..abang mandi je terus. Badan melekit dah. Pastu solat sekali. Ni sayang dah solat ke belum? Kalau belum pergi solat dulu" terang Rafli jujur. Peha Fathiyah ditepuk lembut. Seperti mengarah.

Wajah Rafli yang tampak bersih itu, Fathiyah tatap dengan senyuman manis seraya menjawab, "Tiyah awal lagi dah siap mandi dan solat sekali. Saja tak nak kacau abang. Seronok sangat gaya abang sembang dengan kawan-kawan abang tadi." jujur Fathiyah menutur.

"Ehh..Macam tu pulak! Tapi..abang tak nampak baju yang sayang pakai pun tadi kat dalam bilik?" Rafli bertanya hairan.

"Ohhh..hal tu. Tiyah mandi dekat bilik ibu. hehe" tersengih-sengih Fathiyah berkata.

"Yelatu..takut ke camne!" ujar Rafli mengusik.

Berus ditangan Fathiyah, Rafli capai lalu menyambung kerja-kerja Fathiyah yang belum selesai itu.

"Abanggg!! Ishhh" gumam Fathiyah manja.

" Ye sayang.. bibir tu jangan nk gigit-gigit macam tu. Buat abang geram aje." seloroh Rafli lagi.

Pinggang Rafli menjadi sasaran cubitan ketam comel oleh Fathiyah.

"Argghhh..arghhh.. sakitlah sayang!!" Rafli terjerit agak kuat, sehingga mengundang mata-mata lain yang masih ada di sekitar situ serentak memandang ke arah mereka. Mungkin seronok atau mungkin juga meluat melihat aksi bermesra-mesraan pengantin baru.

"Hah! Padan muka abang! Rasakan! Gatal sangat kenapa?" ujar Fathiyah geram.

"Hahaha.. Abang gatal dengan isteri abang aje. Takkan nak gatal dengan si janda Peah tu kot!" balas Rafli dengan tawa yang seakan mahu pecah.

"Shh.. Cakap tu perlahan sikit. Kang dengar dek orang naya abang kena ligan. Baruuu.. je sekejap tadi Kak Peah tu balik. Haihh. Sengaja cari pasal ke!" tegur Fathiyah dengan jelingan.

"Yeke? Hahaha.. Manalah abang tau! Sorry..."

"Iye.. Abang dah amik berus Tiyah tu, Tiyah nak kena buat apa ni? Tak naklah tercongok tengok abang buat kerja." omel Fathiyah sambil tangannya menggagau di dalam bekas air sabun mencari berus lain, itu pun kalau ada..lah.

"Sayang ambil paip tu. Tolong pancit air kat periuk abang berus ni." Arah Rafli sebagai cadangan.

"Baik bos!" sahut Fathiyah laju.

Riak muka Fathiyah berubah nakal. Idea untuk mengenakan suaminya sedang bermain di kotak akalnya saat itu. Paip air ditangannya sengaja ditekan sedikit kuat, sehingga membuatkan air paip itu terpercik ke muka Rafli. Basah.

Rafli mengangkat wajahnya. Habislah Fathiyah kena marah.

"Sayangg!!! Sayang sengajakan nak kenakan abang ni!" suara celah gigi Rafli lontarkan.

"Ma..mana ada. Tiyah tak sengaja kot tu" dalih Fathiyah. Tetapi riak mukanya menyatakan sebaliknya.

"Bagi abang getah paip tu!"

"Tak boleh!"

"Kenapa tak boleh?"

"Nanti abang balas dendam kat Tiyah balik! No!!!!"

"See. Sayang memang saja nak kenakan abang. Muka sayang tu.. Tak boleh blah! Gelabah sangat! Hahahaha" terhambur terus gelak Rafli.

"Come sayang! Abang tak buat apa-apa pun. Cepat siap ni..cepatlah abang nak mengulit sayang nanti." Sambung Rafli lagi dengan usikan nakalnya. Matanya dikenyitkan memandang Fathiyah..

"Eiiii.. Gatal!! Merenyam!! Laki siapalah ni?" selamba Fathiyah berkata.

Belum sempat Fathiyah menyambung kata. Getah paip ditangannya sudah dirampas Rafli.

Tidak semena-mena, tiada hujan tiada ribut.. tahu-tahu sahaja kedua-dua pasangan raja sehari itu sudah basah lencun.

"Abangggg!!!!!!" jerit Fathiyah. Bergema suaranya sehingga mengundang kemunculan Puan Ina dan juga Puan Senah dari dalam rumah.

"Ya Allah!" serentak Puan Ina dan Puan Senah bersuara lantang.

"Korang berdua ni dah kenapa! Sampai basah lencun semua baju tu!" hambur Puan Ina.

" Kot ye pun nak bergurau-senda, tengok sekeliling kamu. Ada dekat mana! Malu orang tengok. Kamu ni Raf nama saja dah tua, tapi perangai macam budak-budak!" celah Puan Senah pula.

Mahu tak marah dibuatnya. Baju Fathiyah yang basah itu sudah melekat di tubuhnya akibat kebasahan. Bonjol-bonjol yang tidak sepatutnya dilihat mata orang lain sudah kelihatan. Malulah dia. Puan Senah memberi isyarat mata pada Rafli.

Rafli cuba memahami maksud ibunya itu. Segera dia menoleh ke arah tubuh Fathiyah. Baru ada kesedaran.

Kemudian segera dicapai lengan Fathiyah. Terus sahaja digenggam tangan isterinya, lalu dibawa masuk ke dalam rumah. Tanpa menghiraukan pandangan mata-mata yang masih setia memerhatikan mereka. Rafli rasa bersalah pada isterinya itu.

Mereka mengatur langkah meniti tangga menuju ke bilik Fathiyah.

Masuk sahaja ke dalam bilik Fathiyah. Jari Rafli pantas menekan kunci tombol pintu tersebut.

Fathiyah blur. Kepalanya masih kekal menunduk. Bingung dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi.

Pinggang Fathiyah dirangkul oleh Rafli. Sisi pinggulnya dielus lembut. Hujung jari Rafli menolak perlahan wajah isterinya. Pandangan mata mereka bersabung. Seperti ada tarikan yang membuat kedua insan ini semakin mendekat, wajah mereka semakin merapat.

Suatu perasaan aneh mula menerpa ke ruang hati Fathiyah. Jantungnya berdegup dengan sangat laju seolah dia baru sahaja menghabiskan larian marathon.

Bibir mereka bertaut. Kali ini, Fathiyah merelakan. Rafli mencumbuinya dengan lembut penuh hati-hati. Fathiyah mulai hanyut melayan perasaan yang sedikit membara itu. Dia berasa teruja. Asyik melayan perasaan petang itu. Fathiyah sudah berani membalas pelukan Rafli.

Tautan bibir mereka terhenti saat kedengaran azan maghrib dari corong speaker masjid berhampiran dengan rumah Puan Ina. Masing-masing tercungap-cungap mendapatkan oksigen. Oh my.

Kedua mereka tergadah. Fathiyah tertunduk malu. Lekas sahaja dia ingin melarikan diri daripada suaminya. Dia mencapai tuala yang sedia tergantung di tepi tingkap. Kemudian dia menonong menuju ke tandas di hujung bilik tersebut. Belum sempat dia mengunci pintu, ada tangan kekar cuba menghalang. Siapa lagi kalau bukan Rafli.

"Kita mandi sekali. Lepas ni solat jemaah sesama. Okey sayang!" Rafli memberi cadangan.

Tergeleng-geleng perlahan kepala Fathiyah. Tanda tidak setuju. Dia mula bersuara, "Tak mau! Ibu kata bila berdua selalunya ada yang ketiga."

"Hahaha.." Berdekah Rafli hamburkan tawanya.

"Sayang..Apa nak dihairankan sangat. Kita dah jadi suami dan isteri yang sah. Dah halal nak buat apa-apa pun. Tiada yang larang. Apa punya teori la sayang bagi."

"Alaaa.. Abanggg.."rengek Fathiyah.

"Takde! Takde! Lambat nanti sayang. Habis waktu ni kang"

"Lagipun, dosa tau bila isteri menolak permintaan suami ataupun ingkar arahan suami. Bukannya abang suruh buat benda tak baik. Haihh.. Tak apa lah kalau macam tu.." mengendur tone suara Rafli. Sedikit kecil hati.

Baru sahaja dia hendak berpaling pergi, tangannya ditarik Fathiyah lembut.

"Abang..maafkan Tiyah" rayu Tiyah seakan mahu menangis itu.

"Tiyah tak bermaksud macam tu pun. Tiyah cuma belum biasa. Malu!" sambung Tiyah sambil jarinya memintal hujung baju yang Rafli pakai.

'Comel betul anak ibu ini. Buat Abang Raf gewam. Nak gigit-gigit je rasa.' bisik hati Rafli.

Peluang! Tersenyum kambing Rafli di muka pintu tandas. Tidak jadi keluar. Pakaiannya terus ditanggalkan tanpa segan-silu. Kata lainnya sengaja mahu menodai pandangan mata Fathiyah. Auch..

Kalut Fathiyah memalingkan tubuhnya menghadap ke dinding. 'Hati! Tolong jangan buat hal' rintih hati Fathiyah sambil tangannya dibawa ke dada. Cuba menahan rasa sesak.

"Cepat mandi sayang! Lewat kang. Mari sini abang mandikan" pelawa Rafli.

"Tak nakkkk.." Fathiyah dah nak nangis.

"Okey! Okey! Abang tak kacau. Abang mandi dulu" Rafli mengalah khuatir akan melambatkan lagi waktu solat mereka.

Lega Fathiyah rasa apabila Rafli akhirnya mahu mengalah. Huh.

Kesudahannya berjaya juga pasangan pengantin itu menunaikan solat secara berjemaah buat pertama kali sebagai pasangan suami dan isteri.

Seusai solat. Rafli mengalunkan zikir-zikir. Merdu. Fathiyah berasa sangat bertuah kerana dikurniakan suami seperti Rafli. Cukup serba-serbi. 'Nikmat apa lagi yang nak kau dustakan'. Terngiang-ngiang ayat itu di pendengaran Fathiyah. Sebak. Tanpa sedar air matanya bergenang di tubir mata. Jiwanya tersentuh. Habis berzikir, Rafli mengetuai bacaan doa. Menadah tangan memohon keampunan kepada Yang Hak. Meminta segala yang diingini dimakbulkan-NYA. Semoga bahtera perkahwinan yang baru dilayari ini sentiasa mendapat perlindungan dari Yang Maha Esa. Aamiin..

Mereka menunaikan solat Isyak kemudiannya setelah masuk waktu.

Setelah selesai bersolat, sejadah dilipat dan diletakkan di tempat yang disediakan.

"Abang lapar tak?" Fathiyah menyoal sambil bibirnya mencium lama belakang telapak tangan Rafli. Rafli juga tidak melepaskan peluang mencium dahi isterinya.

"Lapar juga ni. Berkeroncong lain macam" jawab Rafli. Perutnya diusap-usap.

"Baguslah tu. Tiyah pun lapar juga ni. Siang tadi jamah nasi sikit je"

"Boleh pulak macam tu"

"Hurmm.. Takde tukang suap agaknya" seloroh Rafli.

Berkerut dahi Fathiyah. Masih belum boleh hadam sikap miang suaminya.

"Abang tersalah makan ubat ke ni?"

"Aikk..Bila masa abang sakit sampai nak kena makan ubat bagai ni" dahi Rafli pula yang berkerut. Pelik. Dia tak faham apa yang diperkatakan isterinya itu.

"Erghh.. Abaikan!" kelu Fathiyah mahu terangkan. Lebih baik diam.

Sewaktu menuruni anak tangga. Rafli tidak lepas menggenggam erat jemari Fathiyah. Pasangan itu terlihat romantik dan juga secocok.

Kini semua mata tertumpu ke arah mereka berdua.

"Amboi adik! Bahagianya dia ye.." Uda memerli.

Perlian Uda itu, Fathiyah balas dengan jelingan maut. Secara automatik lidahnya dijelir kepada Uda. Menyampah.

"Eh..eh.. Raf! Kau tengok bini kau tu. Dia jelir lidah kat aku." adu Uda pula.

Rafli mengerling wajah isterinya di sisi. Fathiyah hanya menjungkitkan bahu. Berlakon tidak bersalah. Rafli tarik senyum.

"Kau cemburu eh" sakat Rafli.

"Choiiii!! Geli nak jealous bagai!" bidas Uda laju.

"Hahaha" berdekah tawa yang lainnya.

"Sudahlah tu depan rezeki ni. Tak baik bising-bising. Adik.. ambil pinggan baru. Cedokkan nasi untuk laki kamu tu." ujar Puan Ina mengarah. Fathiyah bergerak tanpa bantahan.

Makan malam itu, begitu meriah kerana adik-beradik Fathiyah semua ada berkumpul. Suasana yang jarang-jarang mereka dapat rasai setelah semuanya semakin menginjak dewasa. Masa untuk bersama itu sangat terhad.

Sesudah makan. Masing-masing mula beransur meninggalkan meja makan, kemudian bergerak ke bilik masing-masing untuk beradu. Oleh sebab, sudah kepenatan bertungkus-lumus di siang hari bagi menjayakan majlis persandingan anak bongsu di dalam rumah itu. Masa untuk berehat.

Fathiyah leka mencuci pinggan dan mangkuk di dapur kerana itu memang tugas yang sering dilakukannya sebagai anak perempuan di rumah itu. Setelah itu, dia bercekak pinggang memerhati keadaan dapur. Semuanya sudah dikemas. Puas hati.

Lemah longlai dia melangkaui setiap anak tangga untuk sampai ke biliknya.

Pintu bilik ditolak perlahan takut mengganggu penghuni di dalamnya jika sudah lena dibuai mimpi indah.

Keadaan biliknya masih diterangi dengan cahaya lampu.

"Eh! Abang tak tidur lagi?" tegur Fathiyah yang melihat suaminya masih bermain dengan telefon bimbitnya di tangan.

"Belum" jawab Rafli sepatah.

"Tunggu Tiyah ke?"

Rafli sekadar mengangguk kecil.

Tanpa membuang masa. Fathiyah menghala ke tandas. Melakukan rutin hariannya sebelum tidur. Seperti biasa, mukanya dicuci dan giginya digosok agar bersih dari segala bakteria. Seterusnya dia menuju pula ke arah almari soleknya. Losyen diambil lalu disapu lembut keseluruhan tangan dan di belakang tengkuknya. Muka sudah ditempek dengan krim malam sewaktu di dalam tandas lagi.

Rafli menjadi pemerhati. Tergeleng kepalanya. Perempuan.. perempuan.. Banyak betul nak kena pakai. Tak rimas ke? Mungkin itu yang ada difikiran Rafli.

Akhirnya... Fathiyah mengatur langkah ke arah katil. Punggungnya dilabuhkan. Huh! Empuk.

Pembaringannya diselesakan menghadap Rafli.

Rafli juga berbuat hal yang sama. Redup matanya merenung ke dalam anak mata Fathiyah. Sesi soal jawab bermula.

"Sayang.."

"Hurmm.."

"Letih tak?"

Fathiyah geleng.

"Betul ni? Hurmm.. Can we?" tanya Rafli penuh pengharapan. Anak matanya begitu menginginkannya.
Fathiyah mengerti. Dia tidak akan menghampakan permintaan suaminya. Itu juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Melayani keinginan suaminya yang satu itu.

Kerlipan kelopak mata berserta anggukan kecil, sebagai jawapan kepada pertanyaan suaminya tersebut. Ya Fathiyah rela.

Lebar senyuman Rafli. Dengan perlahan dia bangkit menghampiri Fathiyah. Tangannya menyentuh ubun-ubun isterinya, lalu doa dibacakan yang bermaksud, 'Ya Allah, Engkau jauhkanlah syaitan daripada kami dan Engkau jauhkanlah syaitan daripada kurniaan yang Engkau berikan kepada kami." Aamiin.

Penuh kelembutan Rafli melayani si isteri. Setiap perlakuannya terperinci. Dia tidak mahu menyakiti Fathiyah.

Dia melakukan setiap perkara sehingga Fathiyah sendiri turut terbuai.

Malam itu menjadi saksi kasih dua insan bersatu. Tubuh mereka menyatu. Bibir bertaut berkongsi rasa khayal yang sama. Selamat malam semua. Hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience