Sebelum subuh, Fathiyah terjaga...
" Isk..Isk..Aduh! Aku kat mana ni?" Fathiyah bermonolog seorang diri.
Pandangan matanya jatuh ke sisi. Terlihat Rafli yang sedang lena diulit mimpi sambil menggenggam kemas jemarinya.
Tiba-tiba..
Akal fikirannya seronok merencanakan sesuatu.
"Biar dia rasa kali ni! Sape suruh sakitkan hati aku." Gumam Fathiyah, seperti berbisik perlahan. Tidak mahu didengari si dia.
Puas dijeling wajah yang sedang tidur nyenyak itu. Seolah-olah tiada pergaduhan antara mereka.
"Meluat!!!!" Jerit Fathiyah di dalam hati.
Jiwanya meronta-ronta ingin meleraikan tautan tangan itu. Tetapi ianya nampak utuh.
"Ready.. Action!!" kata-kata yang sekadar terluah dalam hatinya.
Lakonan bermula...
Fathiyah tersenyum sinis.
Tidak sabar ingin melihat reaksi si lelaki di sebelahnya itu.
"Erghh.. Aduh! Abang Raf!!!" Tangannya cuba ditarik kasar.
Rafli terjaga. Matanya terpisat-pisat. Blur dengan rentapan tangan yang dilakukan Fathiyah secara mengejut.
Jarinya digosok-gosok di pelupuk matanya. Penglihatannya semakin jelas kini.
Wajah Fathiyah yang seperti mahu menghamburkan amarah itu ditenung sayu.
"Sayang..Are you okay?" Itu soalan pertama yang meluncur laju dari ulas bibir Rafli. Dadanya mula sesak kembali. Gerun memandang panahan anak mata isterinya. Sangat menikam ke kalbu. Dapat dirasakan bila-bila masa saja akan ada perkataan yang tidak enak terhambur keluar.
Dia dah bersedia. Segala caci atau maki akan dihadam sebaiknya. Tanam kesabaran siap-siap.
Nampak perempuan dekat depan dia itu seperti mahu menelan orang hidup-hidup.
"Arghhhhh!! Takutnya!" Jerit naluri Rafli.
Fathiyah sudah tergelak lucu di tangkai hatinya.
Tak menahan tengok muka cuak suaminya.
Drama on guys...
"Abang Raf buat apa kat sini?" Tanya Fathiyah. Lelaki di sisinya kini sedang diuji.
"Teman sayanglah." Jawab Rafli keliru. Tengkuknya digaru resah.
'Hah sudah! Apa pulak sekarang ni?' Omel Rafli.
"Berdosa Abang Raf buat macam ni? Kita bukan mahram. Mana ibu Tiyah? Macam mana Tiyah boleh ada kat sini ni?" Bertalu-talu soalan dikeluarkan oleh Fathiyah. Jeng.. jeng..jeng..
"Apa yang sayang cakap ni? Kita dah lama kahwin." Suasana yang semakin tegang itu, cuba ditenangkan dengan setiap soalan Fathiyah dijawab penuh lembut.
"Hah! Kahwin?Bila? Kenapa Tiyah tak ingat pape pun." Fathiyah tidak mahu tewas. Masih awal. Game onssss.. KiKiKi..
"Allahuakbar! Apa jadi sebenarnya ni. Doktor sendiri bagitau abang yang kondisi sayang baik-baik saje." Kusut. Berselirat urat di kepala Rafli ketika ini. Lain yang diminta lain pula yang jadi.
"Abang Raf tanya Tiyah? Manalah Tiyah tahu. Sekarang ni.. Tiyah nak ibu. Panggil ibu cepat!" Arah Fathiyah. Dahi dikerutkan. Mukanya dicebek seperti mahu menangis.
Rafli mula gelabah. Seperti seorang ayah yang kerisauan jika anaknya menangis. Dalam erti kata lain, tak pandai memujuk. Ngeh..
'Huh! Puas hati aku. Padan muka! Wek..' Cemuhan yang tidak dapat dilihat dengan mata orang lain. Hanya Fathiyah dan hatinya sahaja yang tahu.
***********************
"Assalamualaikum..."
Salam diberi, dijawab perlahan.
"Waalaikumsalam..."
Fathiyah menoleh ke arah pintu wad.
"Ibu!!!!!!!" Jerit Fathiyah manja memanggil Puan Ina. Gaya tangannya dihulur serupa bayi yang sedang meminta sesuatu dari ibunya.
Di belakang Puan Ina, turut dibuntuti oleh Puan Senah. Merangkap ibu mertua kesayangannya. Sah-sah dia orang gerak sekali.
Fathiyah diterpa oleh kedua-dua wanita yang sangat bermakna dalam hidupnya.
Wajahnya sentiasa dimaniskan. Murah dengan senyuman dia pagi itu.
Habis muka dia kena gomol. Bukan main happy lagi masing-masing.
Tangan Puan Ina dan juga Puan Senah, Fathiyah genggam lalu mengucup lembut kekura tangan mereka.
Air matanya jatuh untuk kesekian kali.
*** Terimbau kembali perbalahan di antara dia dan juga Abang Rafli pada pagi subuh tadi.
"Sayang.. Kejap lagi ibu-ibu kita sampai."
Rafli memulakan perbualan selepas telefon bimbitnya diletakkan ke dalam poket seluarnya.
Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Dia malas nak layan. Muka toya ditayang.
Geram dibuatnya. Lelaki yang sedang bercakap dengannya itu memang tiada perasaan ke macam mana?
"Abang Raf... Please..Jangan merepek boleh tak? Tak lawak tau!" Nada sarkastik digunakan.
"Apa yang abang merepeknya. Dah benda betul. Ibu sayang tu, ibu abang jugak. Dan ibu abang pulak, dah jadi ibu sayang. So, celah mana yang merepek tu?" Jelas Rafli jujur.
"Apa-apa jelah. Yang Tiyah nak lepas ni abang balik rumah. Jangan memandai nak tidur sini lagi. Ingat sikit yang kita takde pape hubungan. Seram tau! Kang kena tangkap basah ke. Naya jek!" Tempelak Tiyah dengan riak muka tidak rela ditayangkan.
"What?? Dah hilang akal ke apa? Memang tak lah abang nak biarkan cinta hati abang tanggung sakit sensorang kat sini. Big No!!" Rafli sudah bercekak pinggang tidak puas hati.
Bini aku kot. What the hal?
"Perasan tu simpan jauh-jauh. Siapa entah cinta hati dia tu. Tercekik buah perasan ke tadi sampai cakap pun dah tak betul." Bara yang cuba dicurah minyak. Sengaja Fathiyah nak bagi menyala balik. Panasss.
"Buah pulasan ada lah. Tak pernah dengar lagi buah perasan." Cucuk Rafli cuba menjadi pembeli kepada si penjual di depannya sekarang ni.
Ini Rafli lah...
Dia fikir orang tak tahu gamaknya yang perempuan di situ sedang berlakon. Choiii! Dah masak sangat dengan perangai Fathiyah. Bukan sehari baru kenal. Berkurun lama sudah.
"Pokoknya... Tiyah tak suka abang ada kat sini. Full STOP!!! Sila balik!!!!" Fathiyah sudah mula menjerit.
Susah sangat nak kena kan suaminya yang seorang ini.
"NO!"
"YES!!!"
"NO!" Rafli jelir lidah ke muka Fathiyah.
"Ihhhhhhh.. Benci! Benci!"
"Ihhhh..Sayang! Sayang! Sayang!" Rafli mengajuk sambil berpeluk tubuh.
"Dah...Dah lah tu sayang nak berlakon depan abang. Haih.." Keluhan kecil dilepaskan.
Fathiyah mula menunduk.
Tidak semena-mena...
Setitis demi setitis air matanya jatuh di pehanya.
"Sayang marahkan abang kan? Abang tahu. Sebab tu sayang sengaja berlakon tak ingat abang bagai."
Rafli bergerak ke arah Fathiyah lalu, punggungnya dilabuhkan.
Bahu isterinya dicengkam kemas. Dia menarik tubuh si isteri rapat ke dadanya.
Esakan semakin kuat kedengaran.
Terhinjut-hinjut bahu Fathiyah melepaskan tangisannya.
Dada suaminya ditumbuk berkali-kali.
"Saya benci abang!" Luah Fathiyah.
"Abang kejam!" Ditambah lagi.
Tertutup mata Rafli mendengarkan setiap patah perkataan itu. Hatinya turut rasa sakitnya.
Tanpa dia sedar matanya juga mula dipenuhi dengan genangan air mata. Tunggu untuk tumpah saja.
Begitu menusuk bahkan sehingga berjaya meruntun sekeping hati miliknya.
"Allahuakbar.. Maafkan abang, sayang. Abang tahu kesilapan abang ni mesti payah bagi sayang untuk maafkan abang kan?"
"Tapi percayalah. Abang sendiri tak boleh nak kontrol rasa cemburu abang. Abang terlalu sayangkan sayang sampaikan abang tak boleh nak fikir dengan waras waktu tu." Ubun-ubun Fathiyah dicium lama.
Rindu dan rasa bersalah itu menjadi satu.
"Abang tetap tak adil!" Mahu terus mempertikai kewibawaan sang suami.
"Bukan ke abang selalu pesan dekat saya. Walau apapun yang kita sedang lalui, lebih-lebih lagi bila ada perkara yang datang mengganggu. Kita kena duduk berbincang sama-sama. Cuba selesaikan mana yang patut. Tapi sekarang. Mana pergi janji abang tu?" dihamburkan lagi semua ketidakpuasan hati. Biar yang disana jawab. Pandai buat pandai tanggung.
Terjungkit senyum dibibir Rafli kala ini.
Lega kerana isterinya seperti sudah berlembut hati. I know you sayang. Hati yang lembut itulah yang buat rawan bertandang di lubuk hati abang.
"Shhhh.." dagu Fathiyah didongakkan bagi membolehkan wajah si isteri ditatap penuh.
"Maafkan abang atas segala kesalahan yang abang buat kat sayang. Abang akui itu. Abang memang silap. Abang gagal tunaikan janji abang. Sedangkan abang yang mengutarakannya terlebih dulu."
Puncak hidung Fathiyah dilepaskan ciuman beberapa kali. Rindu sangat. Tapi atas kebodohan diri sendiri. Dia dah rugi besar.
Fathiyah tidak menolaknya malah lebih rapat memejamkan mata. Mungkin sedang merasai perkara yang sama ada dalam hatinya.
Cuma rembesan sisa tangisnya saja yang masih banyak terlihat.
"Sekarang ni. Sayang hukumlah abang. Apa-apapun abang tak kisah. Abang ikut jek." Gemersik suara itu membuatkan mata Fathiyah celik semula.
"Betul ni? Abang tak marah? Apa-apapun yang sayang mintak abang buat?" Disoal lagi. Berharap yang janji kali ini tidak dimungkiri.
Anggukan kepalanya menandakan yang dia mengiakan perkara tersebut, sekaligus memberi keizinan.
Biarlah dia mengalah demi mendapatkan cinta hatinya kembali.
"Sayang fikirkan apa tu?" Tegur Rafli memandang raut isterinya seolah-olah bingung memikirkan sesuatu.
Adalah tu rancangan dia nak kenakan aku. Haih.. Nasib badan....
Fathiyah menggeleng saja.
Tubuh Rafli dilepaskan.
Kemudiannya, dia berdiri di sisi katil.
'Hah! Sudah. Marah lagi ke?' Bisik hati Rafli.
Rafli kaget. Perhatian sepenuhnya diberikan kepada Fathiyah.
Seperti seorang pesalah menanti dijatuhi hukuman.
Tap! Tap!
Awak bersalah!
Hakim menjatuhkan hukuman.
Tetapi di hadapannya ini hakim yang lain. Hakim yang kalau ditinggal memang ke tali gantunglah jawabnya.
"Saya cuma mintak abang bagi saya masa boleh?" Mulut Fathiyah menutur penuh lembut. Permintaannya tidaklah teruk sangat. Cuma..
"Maksud sayang?"
"Buat masa ni, saya tak nak bersua muka dengan abang."
"Takkanlah sampai macam tu sekali sayang."
"Aip! Tadi dah janji kan?"
"Alaaaaa..Lain lah sayang. Tak nak yang satu ni. Abang tak bolehlah jauh-jauh dari sayang. Pleaseeeee" Rafli cuba merayu. Merengek gedik.
Dirinya mula gelisah.
"No! Tiada bantahan. Kalau tak, saya tambah lagi tempoh tu?"
"Ya Allah. Kejamnya sayang abang yang sekarang ni."
"Siapa lagi kejam?"
"Abang." Akui Rafli. Tidak boleh berdalih lagi.
Riak wajah kacak kepunyaannya sudah tidak kelihatan lagi. Semuanya telah ditutupi dengan raut mendung. Kelam.
'Erghhhh.. Sedih weh' kata hati Rafli.
"Kejap lagi.. Masa ibu-ibu kita datang, abang dah boleh balik. Esok nak keluar wad, sayang mintak Abang Uda amik" Titik.
"Tak perlu sampai macam tu sekali boleh tak!" Menjeling tajam melawan pandangan mata Fathiyah.
"Dah kasi betis nak peha pulak. Sayang tu tanggungjawab abang. Abang yang bawak sayang datang sini. Abang akan pastikan abang jugak yang bawak sayang balik rumah semula. Faham!" Tegas Rafli tidak mahu bagi muka.
Suka-suka hati buat perancangan sendiri. Fikir kita tunggul agaknya. Kuasa suami ditangan Rafli sebagai ketua keluarga.
"Aduhai.. Baru nak melencong" Alamak! Fathiyah menampur mulutnya yang terlepas cakap itu.
"Apa sayang cakap? Melencong?"
"Jangan nak mengada. Sayang belum sihat sepenuhnya lagi tau!" Bebelan Rafli membuatkan Fathiyah menggumam perlahan.
Amaran keras diberikan agar orang di sana tidak berani berbuat sebarangan. Jentik kang. Hahaha
*****************
Fathiyah tersentak apabila pehanya ditepuk oleh Puan Ina. Serta-merta mematikan ingatannya akan perihal pagi tadi.
Dia tersengih malu. Tak sangka pula dirinya boleh mengelamun jauh.
"Semua ni abang punya pasal!" Fathiyah mengata suaminya dalam hati.
"Fikirkan apa yang jauh sangat tu? Sampaikan ibu panggil pun tak menyahut." Ujar Puan Ina dengan bibirnya dimuncungkan. Seolah-olah merajuk.
"Hehe.. Tak ada apalah ibu." Ringkas sahaja jawapan Fathiyah.
"Eleh.. Rindu Raf lah tu. Lain kali tak payah nak jual mahal sangat. Merajuk macam budak kecik. Pening dengan korang ni." Bibir mungil Puan Ina tidak henti-henti mengomel.
"Kan..Ina.. Aku pun kadang-kadang, naik malas nak layan perangai memasing. Bikin aku pusing lagi adalah. Lepas satu, satu hal pulak muncul. Dah tu.. masing-masing nak tunjuk pandai. Yang ni dengan ego. Yang seorang lagi dengan kecewa. Haihh.. Entahlah." Tambah Puan Senah panjang lebar.
Biar menantunya dengar apa yang terbuku kat dada ini.
"Lagi satu. Kamu dah tahukan tentang kandungan kamu tu?" Sambung Puan Senah lagi dengan soalan yang membuatkan Fathiyah ternganga.
"Erkk..Macam mana ibu tahu?"
"Ibu kamulah bagitahu pada ibu. Kenapa nak rahsiakan? Kalau jadi apa-apakan dah susah." Bebel Puan Senah tidak mengerti. Tetapi nak Fathiyah tahu yang orang disekelilingnya risaukan keadaannya.
"Maaf bu. Bukan niat Tiyah nak sorok atau nak rahsiakan pada sesiapa. Cuma Tiyah nak Abang Raf orang pertama yang tahu dulu. Tapi..." Fathiyah tidak jadi sambung ayatnya. Hanya pandangan matanya yang kuyu itu sudah cukup menggambarkan apa yang terpendam.
Puan Senah memeluk erat tubuh menantu kesayangannya itu. Belakang tubuh itu digosok lembut. Cuba menyalurkan kekuatan.
"Kamu ada salah fahamkan dengan Raf. Dia dah cerita semuanya dekat ibu." Sayu suara Puan Senah.
"Ibu jugak nak mintak maaf bagi pihak anak ibu." Rayu Puan Senah. Dia sayangkan menantunya ini. Dia tidak mahu kehilangan menantu yang baik macam Fathiyah.
Pelukan ibu mertuanya itu tidak dibiarkan begitu saja. Fathiyah turut membalas dengan mengeratkan lagi pelukan antara mereka.
Puan Ina turut tidak melepaskan peluang yang ada. Kedua-dua tujuan tubuh anak dan sahabatnya itu dipeluk lebih rapat.
Orang tua terdahulu. Lebih tahu. Lebih banyak pengalaman hidup nak dibandingkan dengan usia perkahwinan Fathiyah dan Rafli yang baru berusia setahun jagung.
Share this novel