7

Family Series 15660

Seusai Fathiyah membersihkan dirinya. Kaki diatur perlahan menuju ke arah katil. Fathiyah terus menghempas tubuh di atas tilam miliknya yang empuk itu.

"Huh..bestnya dapat landing.." Fathiyah meluah. Penat sangat tubuh dia rasa.

Mata pun sudah tidak larat, Fathiyah mahu buka. Sedang dia melayan kantuknya. Kedengaran bunyi telefon bimbitnya, menandakan ada mesej masuk. Fathiyah mengambil telefon itu, laju jarinya menekan kod kata laluannya.

Mesej dilihat daripada Abang Rafli. Serta-merta terukir sengihan kecil di bibirnya.

Mesej dibaca.

~Selamat malam si manis Abang~

Tidak perlu mukadimah. Tidak perlu pickup line bagai cukup hanya ucapan ringkas. Malam itu mereka benar-benar keletihan.


*Nitezzzzz Abang*

Fathiyah turut membalas mesej Rafli. Sama ringkas, sama padat.

Saat mata ingin terlelap. Fathiyah teringatkan kata-kata Nek Bonda tadi.

Flashback..

"Yah.." panggil Nek Bonda lembut. Panggilan itulah yang sering digunakan oleh Nek Bonda kepada dirinya. Terasa seperti cucu sendiri.

"Ya Nek Bonda.." tenang Fathiyah menyahut.

"Maafkan Nek Bonda sebab tak dapat satukan kamu dengan Taqiuddin. Nek Bonda berharap, selepas dari hari ini Yah masih kekal macam ini ya... Nek Bonda dah anggap kamu macam cucu Nek Bonda sendiri," sayu Nek Bonda bicara.

Air mata yang tidak mampu diseka oleh Fathiyah laju menuruni setiap lekuk di pipinya.

"Nek Bon..Bonda janganlah cakap macam tu! Yah tahu.. setiap jodoh, pertemuan, ajal dan maut Allah yang tentukan. Yah faham Nek Bonda.. Yah cuma sedih sikit je. Tapi Yah baik-baik saja. Nek Bonda jangan risau ye.." balas Fathiyah sedikit sebak.

Walaupun, adakalanya apa yang dilafaz tidaklah sama dengan apa yang di dalam hati rasa dan juga pendam. Fathiyah harus akur ketentuan Ilahi.

"Oiiitt..Apa yang sedih sangat ni? Kemain menangis bebenau makhluk berdua ni.." tegur Zara memecah kesayuan hati Fathiyah dengan Nek Bonda. Zara hanya tersengih seperti kerang busuk. Ada sahaja yang hendak disakatkan.

"Mana ada sedih, drama sikit je." Fathiyah bersuara kekok. Baru lepas menangis macam itulah gayanya.

"Kau dah nak balik ke Tiyah?"

"Haah lah..tengok luar tu dah malam pun. Esok aku kena datang lagi. Kau pergi mana? Jenuh aku cari tak jumpa!" Panjang omelan Fathiyah.

"Cari aku meh? Aku mandi tadi. Berlengas je rasa badan aku ni bila berpeluh. Tak selesa. Itu yang aku berendam sekejap. Hahaha.." berkata Zara sambil tergelak suka.

Cemberut muka Fathiyah memandang wajah Zara. Dia berasa geram pada Zara kerana suka menyakat dirinya.

Fathiyah menjulingkan matanya, gaya menyampah melayan sikap Zara. Tapi Zara tetap sahabat yang paling dia sayang. Kamcing sesangat.

Mereka berbual-bual sebentar berkongsi pelbagai cerita.

Perasan yang dia sudah agak terlalu lama di ruangan kamar beradu Nek Bonda. Fathiyah hampir terlupa akan Abang Rafli yang masih setia menunggunya di luar.

"Alamakk!! Nek..Zara, Tiyah gerak balik dulu ye.. kesian Abang Rafli tunggu kat luar tu. Niat Tiyah cuma nak jumpa Nek Bonda dengan Zara sebab nak beritahu, yang Tiyah nak balik rumah dulu.. tu je tadi. Tak sangka lajak sendu pula.."Terang Fathiyah panjang berjela.

"Aikk!! Ada macam bau-bau nasik minyak je ni.." sakat Zara.

"Pandailah kau punya nasikkk minyak!! Tahi minyak ada..mahu ke?" bidas Fathiyah pantas.

Dia cuma tidak mahu hanyut akan perasaan sendiri lagi. Cukuplah sekadar ini. Bagi dia ruang sejenak, agar tidak ada yang terluka kelak.

Nek Bonda tersenyum mendengar gurauan Zara. Mata redupnya menatap wajah Fathiyah yang malu-malu itu.

"Ibu tahu tak ni, Yah balik dengan Raf?" lembut Nek Bonda menyoal.

Fathiyah mengangguk kecil seraya menjawab, " Abang Rafli kata tadi, Uda mintak tolong amik dan hantar Yah balik rumah. Dia tak sempat agaknya nak singgah sini."

Nek Bonda turut mengangguk perlahan seolah mengerti apa yang diperkatakan Fathiyah itu.

"Hati-hati..jangan nak menyinggah mana-mana lagi. Lewat dah ni. Tak manis orang pandang." nada tegas Nek Bonda gunakan.

"Baik Nek Bonda..Yah ingat pesan Nek Bonda," tutur Fathiyah beserta anggukan kepala.

Tangan Nek Bonda Fathiyah raih lembut. Disalam serta dikucup lama belakang tangan wanita itu. Melepas rasa mungkin.

Fathiyah kalih memandang Zara. Tubuh sahabatnya itu didakap erat. Mereka berbalas pelukan.

"Aku harap kau tak terbawa-bawa kecewa kau tu tau!! Aku sayang kau Tiyah." Zara berbisik perlahan di telinga Fathiyah.

Fathiyah menoleh ke sisi seraya tersenyum kecil menampakkan lesung pipitnya di hujung bibir.

"Yeah..aku kena kuat.. Pantang menyerah kecuali operasi!! tiberr... hahahahaha" Fathiyah membalas spontan tertawa lucu.

Zara tergelak sama mendengarkan ayat yang meluncur keluar daripada mulut Fathiyah secara tiba-tiba itu.

Sengal dengan budak berdua ini memang tidak boleh dipisahkan.

Tidak pasti masa bila Fathiyah sudah terlena. Dibawa bersama ingatannya sebentar tadi.

Semoga hari esok akan lebih baik untuk Fathiyah.

p/s terima kasih sudi baca cerita saya.
maaf andai ada kekurangan??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience