27

Family Series 15660

Rafli memandu masuk ke ruang parkir kecemasan di Hospital Putra.

Sengaja Rafli memilih hospital swasta kerana tidak mahu menunggu lama di unit kecemasan tersebut. Jika dia berdegil untuk menghantar Fathiyah ke hospital kerajaan, mungkin kerisauan dia akan lebih tinggi terhadap keadaan isterinya itu.

Maklum sajalah, hospital kerajaan kesibukkannya tidak boleh dijangka. Pasti akan ada sahaja pesakit yang keluar masuk di situ.

Tubuh Fathiyah dicempung, lalu dibaringkan dengan perlahan di atas stretcher yang dibawa oleh pembantu hospital itu tadi.

Serta-merta stretcher ditolak masuk ke dalam ruang pesakit luar untuk diperiksa oleh doktor yang bertugas pada malam itu.

**************************

"Bro!" Sapa Uda sambil melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Rafli.

Rafli menoleh dengan wajahnya yang sedikit sembap.

Kemudian, dia sekadar mengangguk kecil.

"Macam mana adik aku? Doktor ada cakap apa-apa tak?" Uda bertanya lagi cuba menutup suasana yang agak tegang di situ.

"Belum keluar lagi tu. Kejap lagi kot." Celah Puan Ina. Dia tolong jawabkan kerana melihat keadaan menantunya yang sugul seperti kematian isteri pula.

Bibirnya tergaris senyum nipis.

Uda memandang wajah ibunya dengan anggukan. Lantas, dia baru teringat akan keberadaan Zara di situ. Dahinya ditepuk perlahan kerana hampir sahaja dia terlupa bahawa Zara ada bersama-samanya.

Wajah Zara yang masih berdiri itu dilihat. Lalu, berkata, " Zara.. Duduklah dulu. Apa tercegat macam Pak Guard jek kat situ?"

Sengaja dia memancing agar Zara mendengar bicaranya itu.

Zara menjeling tajam ke arah Uda.

Apakah perang mulut akan tercetus antara Uda dan juga Zara. Hehe.

"Hihi" Uda tergelak kecil.

" Garangnya! Tegur sikit pun tak boleh. Choiii!"

" Diamlah! Ni hospital bukan pasar jual ikan nak bising-bising. Amender lah." Bidas Zara pula.

" Dan ini bukan perpustakaan nak suruh orang diam, senyap seribu bahasa. Aaaapo!!" Uda balas tidak mahu kalah.

"Eiiiii.. Abang Uda ni kan!! Ibuuuu.." Muka kasihan ditayangkan pada Puan Ina meminta simpati.

Puan Ina tergelak kecil.

"Haih.. Macam-macamlah korang berdua ni. Pantang jumpa nak gaduh. Asal gaduh jek bila jumpa. Ehhh.."

"Ewahhh..Ibu ni.. Kita majoklah camni."

"Majoklah macam titerr nak ujok iyerr..wekk" Ajuk Uda dengan gaya cakapnya yang sengaja dipelatkan seperti kanak-kanak ribena.

"Ibuuuu.. Tengok anak ibu tu!" Adu Zara lagi.

Uda sudah mengekek di sebelah Rafli yang khusyuk membeku.

Tapi sayangnya lekuk tubuh Rafli langsung tidak terkesan.

Banyak perkara yang sedang bermain di fikiran Rafli saat itu. Itu sebab dia tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya.

" Dah.. Dah lah tu.. Meh sini Zara. Duduk sebelah ibu." Arah Puan Ina sekaligus menghentikan perbalahan budak berdua itu.

Zara hanya menurut.

"Berapa lama dah bu, Tiyah masuk dalam tu?" Soal Zara dengan riak risau.

"Ada lah dekat setengah jam jugak." Jawab Puan Ina.

"Ooo...tak lama lagi doktor muncul lah tu. Kadang yang jadi lama tu sebab tunggu doktor yang bertugas datang periksa. Maklumlah, diorang kebanyakannya on call." Jelas Zara yang mengerti akan tugas-tugas seorang doktor dan jururawat di setiap hospital.

Macam mana dia boleh tahu. Oleh kerana, dia juga merupakan seorang jururawat. Tetapi Zara bertugas di hospital kerajaan. Berbeza sedikit suasananya. Lagilah malam-malam begini.

***************

Krekk!!!

Serentak mereka berempat menoleh.

Pintu bilik di mana Fathiyah sedang dirawat terbuka dari dalam.

Muncul susuk tubuh seorang doktor lelaki.

Rafli bergegas bangun dari kerusi yang didudukinya itu.

Langkah kaki dihayun laju menerpa ke arah doktor tersebut.

Belum sempat doktor itu ingin berkata-kata, Rafli sudah memotong terlebih dahulu.

" Doktor.. Ma.. Macam mana keadaan isteri saya doktor?" Soal Rafli sedikit gugup.

Jantungnya sememangnya sedang bergerak pantas. Rentaknya tidak sehaluan. Dia takut. Takut perkara yang tidak sedap bakal didengarinya daripada mulut doktor tersebut.

"Encik bersabar ye. Isteri Encik stabil. Jangan risau, tidak ada yang serious. Mungkin isteri Encik agak stress kebelakangan ni." Tutur doktor lembut sambil memerhati segenap wajah insan-insan yang ada di hadapannya saat ini.

"Tapi.. Apa yang boleh buat sampai dia pengsan?" Rafli bertanya inginkan kepastian.

" Ohhh.. Yang tu.. Jika pesakit mempunyai sejarah penyakit gastrik, kemungkinan untuk dia pitam itu tinggi, kalau dia tidak mengambil sebarang makanan untuk perutnya. Dan satu lagi. " Ayat doktor tergantung membuatkan semua yang ada di situ penasaran.

Masing-masing memberi perhatian dengan khusyuk akan setiap bait-bait kata yang terlontar daripada ulas bibir si doktor. Terpaku gituu..hehe

Doktor itu juga tersenyum nipis. Terkejut gamaknya dengan reaksi yang diberikan oleh ahli keluarga pesakitnya itu.

Tanpa membuang masa, dia menyambung kembali kata-katanya yang tergantung tadi.

" Tahniah Encik! Isteri Encik mengandung" Berita yang disampaikan itu berjaya membuatkan mereka yang ada di hadapannya itu menitiskan air mata.

Barangkali, air mata gembira.

"Betul ke ni doktor?" Soal Rafli cuba meyakinkan lagi.

Doktor itu mengangguk sambil tangannya memegang lembut bahu Rafli.

Doktor itu sempat menitipkan pesan.

" Jaga isteri Encik baik-baik ye. Kalau boleh, jangan bagi dia stress. Makan minum kena jaga elok. On time lah senang cakap. Tak gitu Encik.. Apa-apapun, tahniah sekali lagi daripada saya." Cukup pesan yang disampaikan, lalu doktor itu melangkah pergi untuk melihat pesakit yang lain pula.

Rafli terpempan. Rambutnya diraut kasar.

Segala perlakuannya terhadap si isteri selama dua minggu dia outstation, mula berlegar-legar di kotak mindanya. Terlakar satu per satu sehinggalah di mana dia membiarkan setiap mesej serta panggilan isterinya tergantung tanpa balasan.

Air matanya jatuh lagi.

"Ya Allah..."

Rafli jatuh melutut. Kepala tertunduk menekur lantai. Air mata tidak berhenti mengalir.

"Maafkan abang, sayang..." dia menangis sepuasnya sehingga bahunya dilihat terhinggut-hinggut.

Dadanya ditekan. Sesak dirasakan. Kesal atas perbuatan diri sendiri.

"Bodoh" Itulah yang Rafli katakan pada dirinya.

Uda turut bertinggung di tepi Rafli. Tangannya menepuk-nepuk perlahan bahu sahabatnya itu. Dia cuba menenangkan. Kasihan pula dia melihat keadaan Rafli. Tidak pernah dia sesedih itu.

"Sabar bro! Aku hairanlah. Bukan ke kau patutnya gembira dapat berita ni. Tapi kenapa yang kau emo sangat ni?" Ujar Uda mengorek rahsia. Pelik kan?

Wajahnya yang masih dibasahi dengan sisa air mata itu, didongak menatap penuh syahdu wajah sahabatnya dan juga ibu mertuanya.

Siapa yang tak gembira. Of course dia bahagia. Orang gila saja tiada perasaan.

Lagi-lagi dapat tahu yang isteri dia sedang hamilkan benihnya.

Kalau boleh Rafli nak jerit satu hospital ini. Bagitahu yang dia bakal menjadi seorang ayah yang kacak lagi bergaya ini.

Cuma....

Dalam diri dia yang sekarang ini dihujani rasa bersalah. Macam mana dia mahu berdepan dengan si isteri. Pasti isterinya masih marah terhadap dirinya.

"Ahhh.. Lantaklah nak marah ke apa ke! Yang penting aku nak jadi ayah. Yeahh!" Bersorak riang Rafli dalam hatinya.

Terpancar sirna cahaya disebalik rupanya yang sugul tadi.

"Ehh! Budak ni! Tersengih pulllak! Gila ke apa?" Jerit Uda di cuping telinga Rafli.

Pantas bahu Uda dipeluk kemas oleh Rafli.

Puan Ina sekadar menggeleng lemah. Perangai masing-masing malas mahu dilayan.

"Heii..Heii.. Lepaskan tangan kau tu! Orang tengok semacam ni. Jangan nak buat hal." Tegur Uda yang kebingungan melihat reaksi tiba-tiba Rafli. Meremang bulu tengkuk. (Hahaha)

*********************

Seorang jururawat menyerahkan segala borang yang perlu diisi serta ditandatangani oleh pihak Rafli sebagai waris pesakit.

Sudah selesai borang tersebut diserahkan semula.

Fathiyah sudah dihantar ke wad kelas pertama. Atas permintaan Rafli sendiri. Dia mampu.

Pintu wad yang tergantung nama Fathiyah itu, ditolak penuh hati-hati. Tidak mahu mengganggu penghuni di dalamnya yang kelihatan begitu nyenyak lenanya.

Punggungnya dilabuhkan di kerusi bersebelahan dengan tempat isterinya terbaring lesu. Pucat-pucat pun tetap cantik. Isteri siapalah ni. Hihi...

Tangan Fathiyah disentuh lembut. Dicium lama melepas rindu. Tanpa dia sedar air matanya laju mengalir di setiap lekuk pipinya.

Kelopak mata dipejam lama. Menikmati bauan losyen kegemaran isterinya yang seringkali dilumur di tangannya setiap masa. Wangi. Bauannya masih lekat di situ. Rafli suka.

Matanya semakin layu dan layu.

Lalu tertutup.

Malam itu, dia menawarkan dirinya untuk menjaga dan menemani Fathiyah di hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience