3

Family Series 15660

Beberapa tahun kemudian...

"Tiyah..jom ikut aku balik rumah Nek bonda aku. Nek bonda dah rindu sangat kat kau tahu tak. Banyak kali dia sebut-sebut nama kau. Ni pun dia yang suruh aku bawak kau balik rumah," bebel Zara di sebelah Fathiyah yang khusyuk menelaah.

"Aikk..bukan aku tak nak datang tapi kau tahu kan sebab ape.." balas Fathiyah perlahan.

"Aku tahu.. haihhh..tak sampai hati nak kecewakan Nek bonda lagi," keluh Zara.

"Aku kan Tiyah sampai sekarang tak faham dengan Paksu aku tu.."

"Dah kenapa pulak?"

"Hah lah..takkan la dia tak tahu yang kau suka dia, tapi tetap jugak pilih si minah senget tu. Meluat aku tengok.." omel Zara tidak berpuas hati.

"Shhh..ape mulut cakap macam tu, tak baiklah Zara. Kau ni...Nama pun jodoh. Tak boleh nak lari"

"Wait.. Masa kat sekolah dulu, kau tulis nama tak dekat kad-kad yang kau bagi pada Paksu aku tu?" Zara melihat wajah Fathiyah yang masih fokus terhadap buku-bukunya.

"Tak pun.." Fathiyah membalas ringkas.

"Laaa..patut pun lah dia tak tahu.."

"Tapi..aku tinggalkan huruf-huruf yang ada pada nama aku. Jadi, mesti dia boleh agakkan?"

"Huruf ape yang kau tulis?" laju Zara bertanya.

"N.F..kenapa weh.." Fathiyah pelik melihatkan kening Zara berkeriut seribu.

"Oppss..aku rasalah kan..Paksu aku ni mesti dah tersilap orang.."

"Apa maksud kau? Aku tak faham.." Fathiyah kaget.

"Kau lupa agaknya.. Nama minah senget tu sama huruf dengan kau. Noor Fatehah. Bezanya, kau Nur Fathiyah. So.. Dah boleh fikir ke belum?" Zara menjungkit-jungkitkan keningnya di hadapan Fathiyah.

"Ya Allah..seriuslah aku memang tak perasan bab ni..oh my!!" Fathiyah menekup mulutnya.

Dia baru teringat yang setiap kali dia curi-curi letakkan kad dan coklat di bawah meja Abang Taqiuddin, mesti dia terserempak dengan Kak Tehah di pintu kelas mereka.

Semua itu sudah tiada makna untuk Tiyah lagi sebab Abang Taqiuddin akan berkahwin dengan Kak Tehah kurang dua minggu lagi. Sedih? Siapa je yang tak sedih kan.

Masihkah ada jodoh untuk mereka?

"Tiyahhhh!!!Oiiii.. Mengelamun pulak dia ni.."

"Oiit..kot ye pun tak payahlah nak jerit kat telinga aku. Sakit tahu tak.." Fathiyah mengetap giginya geram.

"Sorrylah.. Masalahnya aku panggil-panggil nama kau dari tadi kau tak dengar. Aku jerit jek lah.. Jangan nak salahkan aku pulak. Kau yang jauh berfikir aku tengok. Sampai mana dah? hah.." Zara tersengih mengusik.

"Bukannya ape.. tetiba teringat zaman sekolah dulu. hehehe"

"Ni.. majlis Paksu aku nanti, kau datang tak?"

"Mestilah datang.. Nak tengok si dia pujaan hati. Walaupun aku tak berjodohan...hahaha" Fathiyah gelak paksa.

"Tak lawak okeyy... lagipun kau dah janji nak jadi kendarat bantu aku kan..kan..kan.. Tak baik mungkir janji.. Bak kate Aiman anak buah aku, mungkir janji dosherr..masyuk api naker..tak tau tak tau..hahahahahaha.." Terlepas gelak besar Zara.

Fathiyah turut tergelak mendengarkan pelat yang dibuat Zara itu. Terhibur sedikit hati dia.

"Ya Allah..Engkau permudahkanlah urusan hambamu ini.." Fathiyah berdoa dalam hati.

Fathiyah sedar qada' dan qadar Allah telah tentukan. Apa yang berlaku dia terima dengan hati yang terbuka. No dendam..dendam..

"Aku pernah ke mungkir janji sebelum-sebelum ni dekat kau..hurmmm.." Fathiyah sambung bicara. Bibir diukir senyuman manis kepada satu-satunya sahabat kesayangan dunia akhirat dia ni.

"Hehe.. Aku tau..kawan aku ni kuat orangnya. Dah lah cantik, lemah lembut, baik hati lagi.. rugi..rugi.. siapa yang reject kau..hahahaha.." berdekah Zara ketawa.

"Kau ni kan Zara.. tak sakat aku tak sah tau.. sepuk kang hah..geram aku.." lembut Fathiyah menepuk bahu Zara.

"Tapi kan Tiyah.. Abang Rafli kan ade. Dia tu dari zaman sekolah lagi sukakan kau. Kau aje yang tak pandang dia. Kesian aku tengok dia. Sampai sekarang masih setia tunggu kau tau."

"Cara kau cakap macamlah aku ni kejam sangat. Pintu hati ni belum boleh terima cinta lain lagi. Aku akan cuba bukak balik okey. Lagi pulak aku nak fokus study aku ni dulu. Tengoklah hujung-hujung tahun akhir nanti."

"Cuma aku mintak kau doakanlah yang baik-baik untuk kawan kau yang sorang ni tau..tau.." Fathiyah berseloroh. Mimik muka comel ditayang pada Zara.

"Eiiiii... gedik dia datang dah.. hahahaha. Mana boleh aku tak doa untuk kau. Kau lah satu-satunya kawan yang aku ada dari kecik sampai besar dah pun. Sampaikan orang semua ingat kita kembar. Mana tak nya. Di mana ade Tiyah di situ ade Zara.. Hah..gituuu.. acewahh.. jiwang lah pulak."

"Kau memang.. sengal abadi.. hahahaha," ejek Fathiyah.

Mereka berdua bergelak-tawa tanpa menghiraukan orang sekeling. Apa nak dihairankan, cuma mereka berdua sahaja yang ada di dalam bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience