12

Family Series 15660

"Bro! Aku nak mintak izin jumpa adik kau kejap." Bicara Rafli meminta izin daripada Uda.

"Kau datang ni semata-mata nak jumpa adik aku je ke? Makaihh..Mesej beria doh. Macam urgent sangat tadi. Hampeh! Terkono den. Choiii!" bebel Uda geram.

"Haha.. Alaa.. Macam tak biase pulak kau kan. Gurau-gurau mesra gituu!" seloroh Rafli dengan ketawa kecil.

"Serius la.. Baik aku sambung landing je. Letih doh!"

"Janganlah macam tu. Aku bukannya apa, kalau kau ada kat depan ni takdelah perkara yang boleh mendatangkan fitnah. Paham ke tak paham? Nak aku terangkan panjang lagi ke macam mana.." jelas Rafli cuba mengawal situasi.

Mulut orang kampung ini tidak sama dengan orang-orang di bandar. Di kampung banyak mata-mata yang memerhati setiap tingkah laku orang sekeliling.

"Oh! Betul juga tu. Buruk baik nama keluarga aku dan keluarga kau kena jaga. Tak nak sebab perkara kecil nanti disalah ertikan pula. Tak best.. Tak best.." Uda berkata sambil tergeleng-geleng kepalanya.

"Hah! Nasib baik kau cepat faham. Kalau tak memang aku nak panggil Cikgu Rehan je tadi terangkan pada kau. Sekali dengan pakej meminang kau untuk dia..Hahaha.." Ujar Rafli seraya tergelak besar.

"Eh eh.. Mulut kau jangan nak celupar sangat boleh tak! Tak nak aku andartu tu. Ingat kau je ke selera muda. Aku nak juga." marah Uda bernada gurauan.

"Manalah tahu.. Jodoh kan kan.." seloroh Rafli lagi. Sengaja menaikkan mood amarah sahabatnya itu.

"Choiii!! Mintak jauh oii.. Kau ejeklah aku puas-puas. Aku tak bagi jumpa adik aku nanti baru kau tahu. Kuasa wali ditangan aku tau!" Ugut Uda bersahaja.

"Aihh..Main bab ni yang aku kalah ni. Aku surrender abang ipar ehh.." Rafli menjawab lemah.

"Hahaha..Hah tahu takut! Jangan macam-macam dengan ini abang kawasan!" berlagak Uda balas sambil mendabik dada.
Abang kawasan taik kucing.hihi

"Tunggu kat sana tu! Kejap lagi aku turun bawak pengantin perempuan sekali. Eh silap. Belum nikah lagi jangan nak gatal." Arah Uda dengan jari telunjuknya dituding ke arah bangku berhampiran pokok jambu air.

Rafli menganggukkan kepalanya. Langkah diatur perlahan menuju ke arah yang ditunjukkan Uda sebentar tadi.

Punggung dilabuhkan di bangku itu. Kemudian, Rafli membetulkan duduknya dengan selesa.

Sekejapan sahaja muncul wajah kesayangannya yang dirindui siang dan malam itu. Automatic senyuman lebar terukir di bibir Rafli. Rafli menoleh ke pintu dapur, terlihat kelibat Puan Ina turut berada di situ. Rafli menundukkan sedikit kepalanya tanda menyapa dengan hormat.

Tanpa berlengah-lengah Rafli segera bangkit seraya melangkah ke arah Puan Ina. Wanita tua itu disapa lalu tangannya dihulur untuk bersalaman. Puan Ina menyambut dengan senyuman mesra bak gula Melaka.

"Ibu sihat?" Rafli mula bicara.

"Alhamdulillah..Sihat aje ni. Kamu bila balik?"

"Baru je sampai ni ibu. Terus singgah sini. Ada orang tu merajuk dengan kita" suara sengaja dimanjakan. Mata Rafli tak lupa mengerling Fathiyah di sebelah Puan Ina.

"Menyampah!" Gerak bibir Fathiyah tanpa suara.

"Hahaha" Rafli tergelak lucu kerana berjaya menangkap maksud kata disebalik gerakan bibir itu.

"Ibu.. Raf mintak izin nak jumpa Fathiyah sekejap. Boleh tak ibu?" Bertanya Rafli penuh pengharapan.

"Jumpalah. Tapi jangan lama-lama sangat. Dah senja ni. Tak manis orang pandang. Kamu berdua tu dah lah bujang dengan anak dara. Faham sendiri sudah lah.." jawab Puan Ina memberi kebenaran berserta ingatan tegas.

"Ditanggung beres bu.." ujar Rafli yakin.

Isyarat mata diberikan pada Fathiyah ketika mata mereka bertembung. Fathiyah mengerti, lalu pantas sahaja kakinya menyarung selipar yang ada di situ.

Menurut tanpa suara itu yang dilakukan Fathiyah. Wajahnya sedikit pun tidak diangkat untuk melihat raut wajah tampan milik Rafli.

"Tiyah..duduklah" pelawa Rafli lembut. Asal berdepan dengan Fathiyah secara semulajadi ton suaranya jadi begitu romantik. Menusuk ke hati Fathiyah. Cair..

Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Fathiyah. Dia mematungkan diri. Membekukan lidahnya dari berkata-kata. Punggungnya tetap dilabuhkan juga di bangku panjang itu. Menurut perintah.

"Kenapa diam aje ni sayang? Tak suka abang datang ke? Atau.. Tiyah dah benci nak tengok muka ni lagi." Lembut sahaja Rafli mengutarakan katanya.

Kepala Fathiyah gelengkan isyarat menidakkan semua kata-kata Rafli itu.

"Habistu..Dah bisu ehh..takleh cakap dah ke?" tanya Rafli lagi. Dia mula mahu mengalah dengan perilaku Fathiyah.

Rafli give up!

Dia berura-ura bangkit dari duduknya. Baru sahaja hendak memulakan langkah, dia terasa hujung baju yang dipakainya itu ditarik. Terhenti serta-merta langkah Rafli. Rafli menoleh ke arah tangan itu. Pandangan matanya tidak dapat ditahan dari melihat terus ke wajah Fathiyah.

Ada titisan air jernih sedang menitis perlahan melalui pipi wanita kesayangannya itu.

Rafli cuba duduk bertinggung, lalu tunduk mencari wajah Fathiyah.

"Ya Allah.. ni kenapa yang sampai menangis pulak ni!" soal Rafli kaget.

Merenung tepat ke mata Fathiyah. Wajah itu ditatap mencari sebuah pengertian.

Tak faham orang perempuan ini. Emosi tak tentu pasal.

Fathiyah membalas pandangan redup yang Rafli berikan kepadanya. Kelihatan lesu. Penat barangkali meredah jalan semata-mata ingin menemuinya. Tapi Fathiyah pula buat perangai.

"Maafkan Tiyah, abang" srrot.. srrot.. bunyi sedutan cecair dari hidung Fathiyah.

Tersenyum manis Rafli membalas.

"Akhirnya, terubat jugak rindu abang dapat dengar suara Tiyah. Huh! Lega.." kata Rafli sambil menggosok dadanya.

"So Tiyah tahulah sebab abang datang jumpa mengejut macam ni kan!"

"Tahu"

"Now jelaskan!" Rafli pura-pura berkata dengan nada yang dikeraskan sedikit.

"Abang janganlah marah. Tiyah gurau je kot. Puncanya daripada abang jugak."

"Aikk!! Abang pulak salah"

"Memang abang salah. Siapa yang bluetick dulu. Dah lah bluetick je, lepas tu ignore Tiyah. Lama pulak tu! Seminggu bang. So, Tiyah geramlah!" terang Fathiyah panjang lebar.

"Hahahaha" meletus ketawa Rafli yang disimpan dari tadi memerhati mimik muka serta riak wajah yang dipamerkan Fathiyah. "Macam-macam sangat awak tunjuk perangai awak sekarang ye sayang" bisik hati Rafli.

"Hah! Gelak-gelak. Sukalah tu buat Tiyah tertunggu-tunggu"

"Gilaaa! Tak suka! Jarang abang nak nampak sisi Tiyah yang manja macam ni. Takkan nak lepaskan peluang macam tu aje. Sekurang-kurangnya, abang yakin..sedikit sebanyak nama abang sedang mula bertapak dalam hati Tiyah tu"

"Mungkin Tiyah tak rasa apa yang abang rasa sekarang ni. Teruja! Happy! Bahagia! Tak terungkap hanya dengan kata-kata sahaja" sebak suara Rafli berubah tiba-tiba.

"Abang"

"Lama Tiyah.. Tersangat lama abang tahan rasa ni dalam hati. Seorang diri pendam. Sakit setiap kali nama lain meniti di bibir Tiyah. Waktu tu abang tak boleh nak buat apa-apa, sebabnya abang tak suka mendesak atau memaksa Tiyah untuk sukakan abang. Lagi pula perkara dah lepas. Malas dah nak ingat balik semua tu" selesai berkata-kata Rafli terus berdiri tegak di hadapan Fathiyah. Penat bertinggung.

"Abang" Fathiyah memanggil lagi.

"Ye sayang..sorry panjang pulak abang membebel ye" jawab Rafli ringkas.

"Hurmm.. Tak apa. Tiyah faham bang. Cuma Tiyah berharap sangat yang abang boleh bersabar hadap perangai Tiyah selalu"

"Selalu? Satu petanda baikkah yinni!"

Mula dah perangai sengal dia datang balik.

"Hishh tengok tu. Suka nak main-main" cebik Fathiyah manja.

"Okey..okey.. Abang serius kali ni. Abang cadang hujung minggu ni, abang ajak ibu abang masuk minang Tiyah. Amacam! Setuju ke tak?" gelabah Rafli dibuatnya. Takut jawapan lain yang diberi. Kecewa nanti.

Fathiyah mengangguk perlahan menandakan dia turut bersetuju dengan cadangan Rafli itu.

"Sting aku yahuu!!" Rafli menjerit tiba-tiba mengundang tawa Uda dan Puan Ina yang sedang memerhatikan mereka dari jauh.

Uda memeluk erat bahu Rafli, ingin menzahirkan rasa gembiranya juga buat sahabatnya itu. Dia turut ada mendengar setiap luahan hati Rafli selama ini. Bagaimana Rafli begitu setia menunggu seorang Fathiyah. Air mata Uda menitis perlahan. Cepat diseka. Kantoi nanti jenuh kena bahan.

Fathiyah memandang Puan Ina.

Puan Ina mendepakan tangannya. Lekas sahaja Fathiyah memeluk tubuh kecil ibunya. Fathiyah teresak kecil. Mengongoi di bahu Puan Ina seperti bayi. Hujan air mata mereka berempat di situ.

Rafli mengerling jam dipergelangan tangannya. Sudah lewat hendak pulang.

Berita gembira ini seharusnya dikongsikan bersama-sama dengan ibunya. Wanita yang tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan untuk dirinya.

Hati mula dirundung sayu melihatkan wajah Puan Ina yang sudah basah lencun dek air mata. Tak memasal berair mata masing-masing petang itu.

"Ibu" serak suara Rafli kedengaran di telinga Fathiyah. Segera wajah itu dilihat Fathiyah. Ada kesan basah sedikit. Tak pernah seumur hidup dia nampak Abang Rafli menangis.

"Hah..hah ye..Kamu dah nak balik ye Raf? Baguslah tu..lewat dah ni. Kang ibu kamu pulak yang risau tak tentu pasal. Lagipun, ibu takut lagi lama kamu kat sini boleh banjir rumah ibu ni." jelas Puan Ina yang sempat bergurau.

"Hahaha..tu lah pasal bu.." sampuk Uda dengan tawanya di sisi Rafli.

Rafli menjeling Uda.

"Apa jeling-jeling! Ingat aku takutlah tu! Puih!" gertak Uda sambil gayanya pura-pura meludah itu.

"Nasib kau baik sebab nak jadi abang ipar aku dah. Tak boleh buat silap. Tak pasal-pasal kau reject aku pulak nanti. Takut!" Rafli cuba membalas tenang.

"Ibu..Raf mintak diri dulu ye. Nanti Raf inform ibu balik apa-apa hal okey!"

"Boleh aje. Ditanggung beres.." balas Puan Ina.

Semua serentak memandang Puan Ina.

"Apa?" tanya Puan Ina.

"Ibu memang dah berubah" kata Fathiyah dengan gelengan kepalanya.

"Sokong!!!" Sahut Rafli dan Uda tiba-tiba.

"Hahahaha" ketawa mereka bergabung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience