Beberapa bulan kemudian...
" Tiyah.. Dah lama ke tunggu akak?" Tehah menegur Fathiyah sambil punggungnya dilabuhkan di kerusi bertentangan dengan Fathiyah.
"Eh! Tak la kak.. Baru je lagi ni. 5 minit camtu." Sekilas pandangan matanya melihat ke arah jam tangan dipergelangan tangannya.
Huluran tangan Tiyah disambut mesra oleh Tehah.
"Ni akak ajak Tiyah keluar ni, si Raf tahu ke tak?"
"Akak rasa?" Tiyah membalas dengan soalan kembali.
Tehah tersenyum senget, lalu tanpa sengaja dia tergelak kecil melihat riak di wajah Tiyah tika itu.
"Memang taklah kan dia nak lepas isteri kesayangan dia ni." Hujung jarinya menguis lengan Tiyah yang berada di atas meja.
"Hahaha.. Akak tahu takpe!"
Tiba-tiba Tehah mengeluh sedikit perlahan.
"Itulah.. Bila teringat balik perangai lama. Alahai.. Menyesal tak sudah."
"Benda dah lepas dah kak. Tak payahlah nak ingat lagi. Tiyah pun dah lupakan. Kita masing-masing dah ada kehidupan sendirikan.
Apa yang kita hadap yang sekarang ni lah." Kata-kata Tiyah yang tidak mahu Tehah ungkit kembali kisah lama.
"Akak minta maaf tau! Sebab terlalu cemburukan Tiyah masa tu. Mana taknya. Abang Taqi tu sebenarnya pun memang ada perasaan pada Tiyah. Tapi disebabkan sikap akak yang tamak. Korang dua tak dapat bersama." Luah Teha lagi.
"Akak... Perkara dah pun berlalu. Lagipun, Abang Taqi sendiri dah buat pengakuan. Petang, selepas majlis nikah saya dengan Abang Raf. Tak ada apa yang nak dikesalkan pun. Dia pun dah bahagia dengan akak sekarang kan? Nak keluar baby dah pun tu.." seloroh Tiyah panjang lebar. Demi meyakinkan hati dan perasaan seorang Tehah.
Tehah mengangguk-anggukan kepalanya tanda setuju.
Selepas sahaja perjumpaan mereka hari itu.
Semuanya sudah mulai berubah ke arah yang lebih baik. Hubungan persahabatan mereka bertambah erat lagi.
Tiada persengketaan yang melibatkan dua jiwa.
Tiada juga dendam kesumat.
Segalanya diselesaikan secara baik.
Allah permudahkan urusan mereka.
Apa yang perlu hanyalah terus mendoakan kebahagiaan untuk semua orang. Biar tidak ada sesiapa yang terluka.
TAMAT
maaf sampai sini sj mampu tulis kisah ni.. jiwa kosong..
Share this novel