Selesai solat Isyak..
Rafli duduk berteleku di sejadah miliknya.
Perkara yang berlaku petang tadi sedang bergentayangan di kotak mindanya ketika ini.
Sayu Rafli mengingatkan keadaan isterinya.
"Kenapa aku ego sangat Ya Allah.. Apa yang aku dah buat pada isteriku." Rintih Rafli dengan air mata yang mulai berlinangan.
Tetapi apabila teringatkan kembali gambar yang dihantar Tehah itu. Membakar api cemburu di dalam diri Rafli. Oleh sebab itu, egonya dimenangkan tadi di hadapan Fathiyah.
Walhal di segenap hati yang lain menidakkan perbuatan isterinya. Dia kenal Fathiyah itu bagaimana. Tetap juga Rafli cuba berfikiran yang tidak-tidak.
Perkara ini harus diselesaikan segera agar dia boleh berhadapan dengan isterinya semula.
*********************
Sepetang di rumah Puan Senah...
Setibanya Rafli di muka pintu rumah Puan Senah, nama Safura dilaung berulang kali. Sehingga menggamit seisi rumah itu berkumpul di ruang tamu. Tidak pernah Rafli semarah itu.
Safura berlari terkocoh-kocoh menghampiri Rafli.
"Eh.. Kenapa ni Abang Raf? Terpekik..terlolong panggil Fura. Ada apa-apa jadi ke?" Safura kalut bertanya. Degupan jantungnya tiba-tiba berdegup lebih laju dari biasa. Kecut perutnya melihatkan rupa Rafli di hadapannya ini yang nampak berang.
" Masa Fura pinjam telefon abang pagi tadi, Fura ada buat apa-apa tak kat telefon abang?" Tanya Rafli dengan suara yang tegas. Pandangan matanya menikam wajah Fura dengan tajam.
"Errr...errrr... Mana ada Fura buat apa-apa. Fura just pinjam phone abang untuk call Mummy Fura, tu saja." Jawab Fura gugup.
"Tolonglah jujur dengan abang. Disebabkan perbuatan Fura tu, abang dah salah sangka pada isteri abang sendiri. Apa yang Fura nak sebenarnya ni?" Rafli cuba berlembut. Nada digunakan mula mengendur. Dia tidak mahu hal ini berlanjutan.
Duduknya dibetulkan sedikit. Wajah Puan Senah dilihat kebingungan. Ibunya masih tidak tahu akan perkara sebenar lagi.
"Apa yang dah jadi sebenarnya ni?" Tiba-tiba Puan Senah bersuara.
Safura terkulat-kulat membetulkan skirt pendek yang dipakainya. Dia kelam-kabut berlari keluar dari bilik yang didiami di rumah itu, setelah mendengar namanya dipanggil. Sehinggakan dia terlupa untuk menukar pakaian yang lebih sopan.
Terbeliak biji mata Rafli melihatkan pakaian Safura. Segera pandangan matanya dikalih ke arah berlainan. Meremang bulu roma.
"Ehem.." Rafli berdehem.
" Ibu tanyalah si Fura ni.. Apa yang dia dah buat?"
Puan Senah memandang ke arah Safura lalu berkata, " Hah! Fura.. Cerita cepat! Apa yang kamu dah buat sebenarnya ni? Pening ibu nak fikir." Puan Senah sudah mula mengarah.
"Err..err"
" Cepatlah cakap!" Desak Rafli lagi.
Safura jatuh melutut di kaki Puan Senah. Air matanya sudah mulai turun.
" Maafkan Fura, bu.." Tangisan Fura semakin kedengaran teresak-esak.
" Fura cemburu. Sebab tu Fura padam mesej yang Kak Tiyah hantar pada Abang Raf pagi tadi. Fura nak biar Abang Raf marah dan mula bencikan Kak Tiyah." Jelas Safura sambil menggenggam erat kekura tangan Puan Senah. Dia benar-benar memohon simpati.
" Ya Allah.. Kenapa sampai macam tu sekali? Kamu tahukan perbuatan kamu tu salah." Tegur Puan Senah dengan gelengan kepala.
Safura semakin menunduk.
"Puas hati Fura sekarang! Hurmm.. Puas!" Jerkah Rafli kembali. Hatinya sakit dipermainkan oleh orang yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Malah telah dianggap seperti adiknya sendiri. Hancur kepercayaannya selama ini.
Gadis ini tidak akan sewenangnya diberikan kebenaran untuk datang dan menginap di rumah ibunya sesuka hati lagi. Hadirnya perlu ditemani kedua-dua mummy dan daddy nya selepas ini.
"Raf.. Tiyah macam mana?" Celah Puan Senah. Hatinya berasa tidak sedap sepertinya akan berlaku sesuatu kepada menantunya itu.
"Raf pun tak pasti bu. Kami ada bergaduh sikit tadi."
"Dah tu! Kamu tinggalkan dia sorang-sorang dekat rumah mertua kamu tu?" Suara Puan Senah naik seoktaf.
Kecut perut Rafli. Kepalanya saja diangguk perlahan.
"Lepas sorang.. sorang lagi buat perangai. Kot ye pun tengah emosi, tengok keadaan bini tu sama. Jangan nak menyesal kendian nanti sudahlah.. Haih.." Keluh Puan Senah.
"Tak faham dengan sikap orang muda zaman sekarang ni. Cepat sangat nak emosi. Dah tu ego tinggi melangit. Hah! Agungkan lagi ego tu!" Bebel Puan Senah lagi.
"Ibuuu.. Janganlah cakap macam tu..."
"Tak betul ke apa yang ibu cakap. Ibu ni lebih makan garam dari kamu semua."
"Sekejap lagi, kamu pergi jenguk Tiyah tu. Kan ibu dah bagitahu, yang Tiyah tu tak sihat. Tapi apa yang kamu buat sekarang ni?. Kamu abaikan dia macam tu je. Suami macam mana kamu ni?" Marah Puan Senah. Jangan sekali-kali menaikkan kemarahannya. Mesti akan kena tempias dengan setiap kata-kata yang dikeluarkan dari ulas bibirnya.
Rafli duduk menikus. Dia mula sedar akan kesilapannya. Selepas ini, dia tekad akan belajar mengawal egonya.
"Sorry bu.. Janji tak buat lagi." Rayu Rafli.
"Bukan dekat ibu tapi Tiyah, isteri kamu tu." Balas Puan Senah. Senak perut layan kerenah anak-anak.
"Faham tak!!" Jerkah ibunya tiba-tiba.
Terhinjut bahu Rafli dan juga semua yang ada di situ.
"Dan kamu Fura. Ibu nak malam kejap lagi kemas baju-baju kamu. Esok, kamu balik rumah kamu. Ibu bukan berniat nak menghalau, cuma ibu tak nak dengan adanya kamu di sini lagi menambah masalah yang sedia ada."
"Dengar tak ni?"
"De..dengar bu.." Gagap Safura menjawab.
"Haih.. Kamu pun satu. Dah tahu Raf tu dah kahwin, apa yang nak dikejar sangat laki orang tu. Apa dah tak ada lelaki lain ke dalam dunia ni? Astaghfirullah ala'zim.." Istighfar panjang Puan Senah sambil mengurut dadanya yang dirasakan sesak sedikit. Nak dirotan anak orang. Nak dimarah lebih-lebih pun masing-masing dah besar panjang. Serba salah dibuatnya.
"Maafkan Fura bu.."
"Maafkan Fura Abang Raf. Fura menyesal." Safura mengangkat wajahnya, kemudian memandang kedua-dua insan yang banyak membantu dirinya selama mereka saling kenal.
"Abang Raf. Tolong sampaikan maaf Fura pada Kak Tiyah ye. Fura malu nak jumpa dia." pesan Safura sebelum bangkit seraya menyalami telapak tangan Puan Senah lalu memeluk tubuh tua itu dengan erat serta esak tangis penuh kekesalan.
Puan Senah membalas kembali pelukan itu. Ditepuk-tepuk lembut belakang tubuh Safura.
Hembusan nafas lega oleh Rafli. Satu masalah selesai. Dia mahu berehat sebentar.
********************
Kringgggg!!
Kringgggg!!
Nyaring bunyi telefon bimbit Rafli yang minta diangkat.
Serta-merta mematikan lamunan Rafli.
Telefon bimbitnya yang terletak di atas tilamnya dicapai, lalu dilihat nama Uda tertera di skrin itu.
Fikirannya cuma satu. Fathiyah.
Butang answer ditekan.
"Helo bro! Assalamualaikum.." Jawab Raf ringkas.
"Waalaikumsalam.. Ada mana bro?" Balas Uda pantas.
"Aku kat rumah ibu aku ni. Ada apa call aku malam-malam ni?"
"Aik! Bila kau balik sini? Aku tak tahu pun.."
"Pagi tadi sampai."
"Oh.. Kau ada kunci spare bilik adik aku tak?" Tanya Uda kepada tujuan asal dia menelefon sahabatnya itu.
"Ada je pada aku ni. Kenapa ni bro! Macam lain macam je." Ujar Rafli mulai cemas.
"Haih.. Nak cakap macam mana pun tak tau. Kau balik je la sini dulu. Bawak sekali kunci spare tu. Cepat sikit. Ibu dah risau ni dari tadi Tiyah tak keluar bilik." Jujur Uda, tidak mahu berdalih.
"Hah! Biar betul! Jap! Jap! Aku gerak sekarang."
Belum sempat Uda membalas apa-apa, Rafli terlebih dahulu memutuskan panggilan mereka.
'Sayanggg' Seru Rafli di dalam hati.
Rafli tidak berhenti berdoa agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku kepada isterinya. Jika tidak, dia pasti akan menyesal seumur hidupnya.
T-shirt dipakai sepantas yang boleh. Kemudian seluar jeans yang tergantung di dinding dicapai lalu disarung. Dia tidak mahu berlengah.
Kunci kereta di tempat letak gugusan kunci di rumah ibunya diambil.
"Eh.. Tergesa-gesa ni. Kamu nak pergi mana Raf? Dah malam-malam dah ni" Tegur Puan Senah yang muncul dari pintu dapur lalu segera mendekati anaknya.
"Hah! Bu... Raf nak pergi tengok Tiyah bu.. Uda call tadi. Tiyah tak keluar dari bilik. Dari petang tadi lagi." Jawab Rafli dengan nada yang cukup menggambarkan betapa dia tersangat bimbang.
Mahu tidaknya. Isteri kot.
Dia sekadar menyarung seliparnya sahaja kerana fikirannya hanya terbayang wajah Fathiyah yang sugul.
"Allahuakbar! Gerak cepat sikit. Hati ibu tak sedap je dari tadi. Nanti apa-apa roger ibu." Gesa Puan Senah.
"Baik bu. Raf pergi dulu."
"Hati-hati memandu. Jangan kalut sangat." Pesan Puan Senah penuh prihatin.
Rafli hanya mengangguk kecil.
"Assalamualaikum.." Salam diberi sambil tangan ibunya diambil dan dicium lembut.
"Waalaikumsalam.." Jawab Puan Senah perlahan.
Puan Senah melihat kepergian Rafli diiringi doa-doa di dalam hatinya. Memohon agar Allah permudahkan segala urusan anak dan menantunya.
Share this novel