19

Family Series 15660

Selesai sahaja tugas masak-memasak di dapur Fathiyah bergegas ke bilik suaminya pula kerana Puan Senah menyuruhnya memanggil suaminya itu.

Sepanjang Fathiyah menapak ke bilik suaminya itu, matanya meliar memerhati setiap sudut dinding di rumah tersebut. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu frame gambar yang begitu menarik perhatiannya untuk dibelek seketika. Diteliti dan diamati. Fathiyah tersenyum lucu. Dia yakin itu foto suaminya sewaktu kecil. Dengan mengenakan baju bebek beserta wajahnya yang sudah comot dengan aiskrim. 'Comel..' detik hati kecil Fathiyah.

Kemudian, Fathiyah tersedar yang dia sudah agak lama berdiri di sudut tersebut. Dia meneruskan langkahnya mencari bilik yang dimaksudkan suaminya sebelum ini. Satu per satu pintu bilik diperhati. Ada tergantung nama di situ. Memudahkan lagi misi Fathiyah untuk mencari. Sampailah di pintu terakhir. Di situ tertera nama suaminya. R.A.F.L.I. Tanpa membuang masa.....

Pintu diketuk dari luar.

Tok! Tok! Tok!

"Abang! Boleh Tiyah masuk!" suara Fathiyah meminta izin di luar sambil tangannya memegang tombol pintu bilik Rafli.

"Sayang! Masuk je.. Pintu abang tak kunci pun" laung Rafli dari dalam.

Segera tombol pintu tersebut Fathiyah pulas. Kepalanya dijenguk ke dalam. Melihatkan aktiviti apa yang dilakukan suaminya selama berada di dalam kamar itu. Dilihat Rafli sedang fokus dengan laptopnya di atas meja kerjanya.

Fathiyah jadi kaku apabila terpandangkan gambar-gambar yang tergantung elok di bilik suaminya itu. Di setiap ceruk dinding ada terselit gambarnya. Apakah?

Rafli yang sedang khusyuk menyudahkan kerja-kerjanya, tiba-tiba berasa hairan kenapa isterinya senyap saja. Serta-merta dia menoleh ke belakang. Kelihatan isterinya itu berdiri kaku dengan pandangan matanya melilau memerhati di setiap sudut kamarnya itu. Kemudiannya, Rafli bangkit dari duduknya. Dia berjalan ke arah Fathiyah. Bahu isterinya dipeluk lembut seraya berkata, "Kenapa tercegat aje ni sayang?."

"Ehem.." Fathiyah berdeham. Dia tersentak apabila terasa dirinya dipeluk oleh Rafli. Dengan perlahan tangannya diangkat menyentuh lengan suaminya lalu dia bersuara, "Hurmm.. Ti-Tiyah cuma terkejut dengan apa yang Tiyah baru nampak ni."

"Apa yang sayang nampak? Hurm.." soal Rafli pula.

Jari telunjuk Fathiyah tuding ke arah kesemua gambar-gambarnya yang dibingkaikan dan tergantung elok bersebelahan frame-frame gambar Rafli yang lainnya.

"Macam mana abang boleh dapat semua gambar tu?" tanya Fathiyah dengan pandangan matanya merenung tepat ke mata Rafli melalui pantulan cermin meja solek di hadapan mereka itu.

"Adalah.. Rahsia!"

"Abang!! Betul-betul lah jawab"

"Sayang rasa?"

Rafli berteka-teki dengan Fathiyah.

Fathiyah jungkit bahu.

"Bukannya apa... Setahu Tiyah semua gambar-gambar tu, gambar Tiyah yang hilang dari dalam koleksi album gambar lama Tiyah." Jelas Fathiyah. Fathiyah tiba-tiba ternganga seperti teringatkan sesuatu. Dia merenung suaminya tajam.

"Jangan cakap abang yang curi gambar Tiyah yang hilang tu.." tebak Fathiyah laju.

Rafli hamburkan tawanya kuat. Terkekeh-kekeh dia ketawa. Dia sudah tertangkap. Tidak boleh lari lagi.

Anggukan Rafli sudah cukup memberitahu kepada Fathiyah bahawa dia si pelaku itu yang telah mengambil kepingan-kepingan gambar Fathiyah tanpa keizinan tuan badan.

"Tapi... How?" Fathiyah bertanya dengan riak wajah hairan. Dia berfikir sejenak. Nama seseorang sedang berlegar-legar di benak fikirannya saat ini. Tidak lain dan tidak bukan.

"Mesti kerja Zara kan ni? Betul tak abang?" teka Fathiyah lagi.

"Yup! Sayang jangan marah dia pulak. Nak marah..marah abang je. Abang yang suruh dia buat macam tu. Walaupun dia takut-takut sebenarnya..Hahaha.." balas Rafli dengan gelak dihujungnya. Ingatannya kembali teringat bagaimana rupa Zara sewaktu diminta untuk membantu dirinya dalam melaksanakan misinya pada ketika itu.

Sesungguhnya air muka Zara telah menunjukkan reaksinya yang tidak rela. Tetapi dia terpaksa setelah diugut oleh Rafli yang cuba membocorkan rahsianya pada Uda, abangnya Fathiyah. Jeng jeng jeng...

Berbalik kepada realiti.

"Dalam diam ehh.. budak tu buat kerja. Siap dia kalau Tiyah jumpa nanti. Geram tahu tak! Pandai sangat berlakon sampaikan Tiyah boleh tertipu dengan lakonan dia. Lama pulak tu! Makan tahun. Sekarang baru jumpa penjenayahnya." bebel Fathiyah panjang lebar sambil dijeling-jeling suaminya itu.

Rafli terhibur.

Jarang dia nak nampak wanita kesayangannya itu membebel serupa itu. 'Hah! Seronoknya dengar suara Fathiyah membebel. Boleh tak Abang Rafli nak rakam' hati Rafli berbisik. Dia tersengih nakal.

Chuppp!! Chuppp!!

Laju bibir Rafli menyinggah di pipi Fathiyah.

Fathiyah terdiam serta tergamam. Mulutnya terkunci untuk meneruskan omelannya lagi.

"Aikk!! Diam pulak. Tadi laju jek mulut tu membebel-bebel." ujar Rafli penuh sakat.

Pelukannya dieratkan lagi. Rafli mengambil peluang yang ada itu dengan menghidu haruman rambut Fathiyah disebalik tudung yang dipakainya. 'Hurmm.. Wangi! aci tak kalau nak ajak Fathiyah guling-guling sekejap atas katil' hati Rafli berbisik nakal.

Terpejam mata Fathiyah. Dia turut menikmati rasa teruja yang bertandang.

"I love you, sayang!" bisik Rafli penuh romantis di tepi telinga Fathiyah serta cuba memecah kebisuan isterinya itu.

Kelopak mata Fathiyah yang terpejam, perlahan-lahan dibuka saat mendengarkan ayat keramat yang terlafaz dari ulas bibir suaminya itu.

Kalau dulu memang dia akan berdiam diri, tetapi kini tidak lagi. Rafli jodohnya. Rafli sudah menjadi suaminya. Dia harus dikasihi selayaknya. Syurganya kini adalah suaminya. Berdosa jika dia punya perasaan pada lelaki lain.

"I love you too, abang!" luah Fathiyah yakin, sambil bibirnya menguntum senyum.

Rafli membuka luas kelopak matanya. Hampir saja biji matanya tersembul seperti mahu terkeluar. Kelu lidahnya mahu berkata-kata.

Fathiyah perasan mata suaminya itu bersinar-sinar menunjukkan kegembiraannya.

Mereka berdua bertentangan mata. Merenung antara satu sama lain. Rafli cuba meluahkan segalanya melalui renungan matanya. Fathiyah faham. Fathiyah juga mengerti kerana ayat itulah yang sangat-sangat suaminya nantikan.

Tubuh Fathiyah, Rafli pusingkan untuk menghadap ke arahnya. Fathiyah akur.

Tanpa butir bicara. Dahi dan pipi Fathiyah menerima ciuman bertalu-talu daripada Rafli.

"Terima kasih sayang! Terima kasih!" ucap Rafli dengan air matanya turut berlinangan di setiap lekuk pipinya.

Melihatkan tangisan suaminya itu, Fathiyah tanpa segan-silu turut menitiskan air matanya jua.

"Selepas ini.. Tiyah janji.. Tiyah akan cintakan abang sepenuh hati Tiyah. Maaf andai Tiyah lewat ungkapkan kata-kata cinta dan sayang untuk abang selama kita kenal. Waktu tu Tiyah takut. Tiyah masih ragu-ragu. Maafkan Tiyah, abang!" jujur Tiyah meluahkan apa yang terpendam. Wajahnya disembamkan ke dada bidang Rafli.

"No sayang.. Jangan cakap macam tu. Abang faham. Sebab itu abang tak pernah paksa sayang untuk balas cinta abang. Abang gembira sangat bila dengar sayang cakap sayang cintakan abang. Abang tak akan lupakan kenangan ini." pelukan semakin dieratkan.

Rafli mengusap-usap belakang tubuh Fathiyah.

Fathiyah selesa berada dalam dakapan suaminya. Tetapi kedaan itu tidak boleh dipanjangkan lagi buat masa ini. Risau saudara-mara yang lain sedang menunggu mereka di ruang makan.

"Abang.. Jomlah kita keluar pergi makan. Ibu suruh Tiyah panggil abang sebenarnya.. Ini dah macam jejak kasih pula." ujar Fathiyah sambil tangannya mengesat saki baki air mata yang masih bersisa di wajah suaminya itu.

Rafli menekap kedua belah pipi isterinya pula seraya berkata, "Jangan pernah sia-sia kan hubungan kita tau sayang.. Till jannah.." ungkapan Rafli ikhlas dari lubuk hatinya yang paling dalam.

"Dah jom! Tak nak sedih-sedih macam ni.. Nanti orang nampak malu aje.." omel Fathiyah.

"Jom!" ajak Rafli seraya tangannya menggenggam kemas jemari isterinya.

Mereka melangkah dengan senyuman lebar penuh di wajah. Mereka terlihat bahagia.

Sesampai sahaja di ruang makan, semua orang yang ada di situ serentak memandang ke arah mereka berdua.

"Raf..Kamu ni betul-betul buat Pak Ngah rasa nak jadi muda balik." kata Pak Ngah selamba.

"Hahaha" Rafli tergelak.

" Ewah..Pak Ngah bukan main lagi dia. Mak Ngah tengok ni. Suami siapalah ni ekk.." balas Rafli sekadar bergurau.

Diraih tangan Fathiyah semula yang sudah terlerai, agar isterinya itu berada di sebelahnya saja. Dia tak nak Fathiyah jauh darinya. Nanti dia rindu. hihi

Fathiyah duduk bersimpuh di tepi ibu mertuanya diikuti Rafli pula.

Sikap Rafli yang agak manja itu diperhati Puan Senah dengan jelingan. Mengada betul.

Sudahlah nasi dihidangkan oleh Fathiyah, tiba-tiba minta disuap pula. Semua mata yang memandang turut tergeleng-gelengkan kepala sama. Tidak pernah lagi melihat sisi Rafli yang sekarang ini. Over.

"Ya Allah! Budak ni kan! Kenapa melampau sangat mengada-ngadanya tu.. Nak bersuap bagai. Tangan tu dah kenapa?" Tegur Puan Senah geram. Melampau sangat dah tu.

Fathiyah menoleh ke arah ibu mertuanya seraya berkata, "Tak apalah ibu.. Tiyah okey je.." ujar Fathiyah dengan senyuman manis.

"See..Tiyah okey jek pun.. Ibu cemburu eh.." seloroh Rafli menyakat Ibunya pula.

"Ihhh.. Tak kuasa ibu nak jealous bagai.. Tak ada hasil." Balas Puan Senah tidak mahu kalah.

Tergelak semua yang ada di situ. Anak-beranak ini memang sentiasa menghiburkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience