"Sayang dah siap ke kemas semua barang-barang sayang?" Tanya Rafli sambil memeriksa keadaan bilik wad tersebut.
Di tangannya terdapat semua bil dan surat-menyurat hospital yang sudah diselesaikan pembayarannya sebentar tadi.
Rafli toleh ke sisi..
Terpamer wajah bungkam Fathiyah.
"Haih..Sayang kenapa ni? Ada yang tak beres lagi ke?" Tanya Rafli penuh sangsi.
Renungan si suami, Fathiyah balas sayu.
"Boleh tak abang bawak saya singgah tasik kat hujung tu? Saya nak cuci mata kejap?" Ujar Fathiyah dengan muka simpati.
"Tapi sayang kan tak sihat lagi. Cuaca panas sekarang ni. Tak elok berjemur." Rafli cuba berlembut seraya berganjak mendekatkan dirinya di sisi Fathiyah.
"Sekejap je abang. Saya janji!" Dua jari diangkat sebagai tanda janji dimeterai.
"Lain kali ye sayang. Abang bawak sayang jalan puas-puas." Sogok Rafli pula.
Riak wajah Fathiyah berubah serta-merta.
Laju tangannya mencapai tas tangannya yang berada di atas katil. Lalu langkah dibuka besar menuju ke arah pintu untuk melangkah keluar.
'Sampai hati abang. Tak suka!!!' Jerit Fathiyah di dalam hati.
"Sayang!!!"
Malas Fathiyah mahu menoleh. Panggilan suaminya tidak dihiraukan.
Rafli mengorak langkah lebih laju untuk menyaingi langkah isterinya itu.
Pergelangan tangan Fathiyah dapat dicapai lalu, digenggam seeratnya. Takut tiba-tiba isterinya itu mengamuk. Sia-sia sahaja usaha dia hari itu.
Renungan tajam mata isterinya hanya diabaikan.
Nanti boleh pujuk.
Yang penting selamat sampai rumah dulu.
"Sayang tunggu sini kejap. Abang amik kereta. Jangan nak merayau. Stay!" Jelas Rafli. Kemudiannya, terus saja dia berlari ke arah tempat keretanya di parkir.
Fathiyah sekadar menjeling. Menidakkan pun tidak, mengiakan juga pun tidak. Cuba menjadi kaku.
Beberapa minit kemudian..
Pon!Pon!
Sengaja Rafli membunyikan hon keretanya.
Tergelak dia di tempat duduk pemandu setelah melihat aksi spontan isterinya yang terkejut itu.
Lucu. Sampai tercampak botol mineral yang dipegangnya.
Bertambah-tambahlah sakit hati Fathiyah dibuat Rafli.
Perangai tu kalau tak menyakat orang tak sah.
Cermin kereta di bahagian penumpang hadapan diturunkan.
"Cik adik manis.. Marahkan siapa tu? Muncung tu mintak abang kiss ke macam mana?"
Penumbuk kecil Fathiyah tayang depan muka Rafli.
"Hahaha.. Garangnya bidadari abang ni. Cepat sayang masuk! Panas lit lit ni." Gesa Rafli dengan sisa tawanya.
Pintu kereta Rafli, Fathiyah buka dengan kasar.
Setelah punggungnya berjaya dilabuhkan. Di tutup semula pintu itu dengan kasar. Bagai nak roboh.
"Biar padan muka. Nak tengok sayang bini ke sayang kereta lagi. Huh!" Omel Fathiyah sedikit perlahan.
"Ehh.. Kot ye pun marah kat abang, janganlah dihempas pintu tu sayang oiiiii.. Merajuk dia nanti. Siapa nak tanggung. Den gak haaa" Selamba bicara Rafli mengundang dengusan di bibir isterinya.
"Aishh.. Malas nak layan. Sayanglah kereta tu lebih. Siapalah kita kan? Hanya menumpang kasih pada yang tak sudi." Keluar sudah ayat meruntun jiwa. Biar orang disebelah itu sedar. Hati di sini masih pedih kerana luka semalam yang ditinggalkan.
"Pulak dah. Abang gurau jek sayang. Macam tak kenal abang jek."
"Memang tak kenal semenjak abang abaikan saya. Kecewakan hati dan perasaan saya." Bertakung air mata Fathiyah menanti untuk mengalir di garis pipinya saja.
Muka dipaling menghadap keluar tingkap.
Perlahan-lahan hingus disedut.
Rafli sudah menggelabah. Tetapi tetap juga memulakan pemanduannya menuju ke destinasi.
'Alamak! Aku salah cakap ke?' Bisik hati Rafli pula.
Jemari isterinya disentuh dan diramas lembut.
Tiada tindakbalas dari isterinya itu.
Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan sekarang ini.
Apa yang dia mahu, hubungan mereka berdua kembali pulih seperti sediakala.
Benarlah kata orang. Sekali kepercayaan itu sudah direnggut, payah untuk kembalikan kepada asal semula. Nak meraihnya juga begitu susah dirasakan.
"I'm sorry. Abang mintak maaf kalau abang ada salah cakap." Lembut tutur kata yang dilontar Rafli tika itu.
Fathiyah mengeraskan tubuhnya.
'Ya Allah.. Aku tidak mahu menjadi isteri derhaka tapi hati aku sakit dengan perbuatan suamiku terhadap ku. Ampunkan aku Ya Allah. Engkau Maha Mengetahui isi hati setiap hamba-Mu. Engkau lembutkanlah hatiku Ya Allah agar aku mampu memaafkan suamiku.' Rintih hati Fathiyah dengan memanjat doa kepada Tuhan Yang Lebih Berkuasa.
Usapan di jemarinya itu membuatkan mata Fathiyah mula terlelap. Lena dibuai mimpi.
*******************
"Sayang..."
"Sayang....bangun sayang! Kita dah sampai ni."
Dengan perlahan Rafli menepuk lengan isterinya yang sedang lena itu.
Fathiyah celik mata.
Keningnya berkerut lalu, bertanya dengan suaranya yang sedikit serak, "Kenapa balik sini? Bukan rumah ibu?
"Ehem.. Maaf tak bagitahu sayang dulu. Tapi abang ingat nak singgah rumah kita sekejap. Abang nak ambil baju dengan kertas kerja abang. Nanti dekat kampung bolehlah abang nyambil-nyambil settle kerja. Hehehe"
Sengihan seperti kerang busuk ditayang.
Sebal sahaja hati Fathiyah melihatnya. Nak marah pun tidak sampai hati barangkali, bahana muka yang selalunya macho sudah bertukar rupa.
Dalam hati Fathiyah suka. Cuma tidak dipamer.
Mahu terus menjual mahal.
"Jomlah masuk tercegat kat situ buat apa?" Tegur Fathiyah apabila melihat suaminya seolah-olah kaku tidak mahu bergerak.
Tersentak Rafli mendengar suara teguran isterinya itu.
Cepat sahaja kakinya melangkah bagi seiring dengan si isteri.
Garang sangat kenapa?hehe..
Kunci rumahnya dikeluarkan daripada poket seluar sebelah kiri.
"Baca Bismillah dulu sayang nak masuk tu."
Kata-kata Rafli hanya dibalas dengan jelingan.
"Orang dah bacalah"
"Tak dengar pun tadi"
"Memang taklah nak dengar. Dah orang baca dalam hati jek. Ehhh..Banyak songeh" Bebel Fathiyah tidak berpuas hati.
"Hahaha...Alaaa.. Abang gurau jek kot! Janganlah marah. Sayang ni moody jek."
"Biarlah nak moody ke, nak woody ke. Kisah pule saye"
"Hah! Menjawab! Menjawab!"
"Ishhhh.. Ni lama ke kat sini, dah lewat nak balik pun."
"Apakata kita tidur sini je malam ni. Boleh eh.. eh.. sayang..lama dah tak berdua-duaan dengan isteri abang ni. Rindu..." Meleret suara Rafli cuba memujuk. Pakej matanya dikebil-kebilkan.
Dia fikir dia comel barangkali buat gaya seperti itu.
"Yeke rindu? Bukan abang yang nak jauh dari sayang. Seronokkan!" Ayat sarkastik terkeluar juga daripada mulut Fathiyah.
Rafli mencebik seraya kepalanya turut digeleng-gelengkan.
"Siyes tak seronok. Abang menyesal buat tindakan bodoh macam tu." Rafli berkata penuh kekesalan.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tindakan hah menyesal tidak sudah.
"Haih" Fathiyah mengeluh perlahan.
"Baik..Kita tidur sini malam ni. Dengan syarat, abang kena cerita semua perkara yang berlaku sebelum ni kat sayang. No alasan-alasan kali ni. A to Z. Sayang nak tahu. Kalau boleh jangan ada cicir satu pun. Boleh?" Panjang lebar Fathiyah memberi syarat.
Bercahaya kornea mata milik Rafli.
"Yes..Cantik!"
"Siapa yang cantik tu bang?"
"Hehehe..Sayanglah yang cantik" Sengeh Rafli menampakkan giginya yang tersusun rapi.
"Jangan nak macam-macam ye. Sayang cancel nanti baru tahu." Seloroh Fathiyah pula.
Rafli menatap indah mata si isteri.
"Ala..Ala.. Mana boleh camtu. Dah janji kan tadi. Abang bukak story jap lagi. Ehh..Ehh."
"Jom! Naik bilik dulu. Kita bersihkan badan. Baru balik hospitalkan. Tak elok pulak." Saranan Rafli sambil menyulam jemarinya di celahan jemari Fathiyah.
Fathiyah sekadar menjeling manja.
Pantang orang dah boleh berbaik. Mulalah ulat bulu nak naik daun. Hehe.. Menyampah tapi mahu. (Hahaha)
Share this novel
tenQ hupdet ye autor