4

Family Series 15706

Suasana di perkarangan rumah Nek Bonda kelihatan agak riuh-rendah dengan suara manusia. Ramai sanak dan saudara berkumpul di situ bagi meraikan pasangan pengantin. Maklum sahajalah anak terakhir dalam keluarga itu menamatkan zaman bujangnya.

"Assalamualaikum" Rafli menyapa.

"Waalaikumsalam, eh Abang Rafli dari mana aje ni? Terkejut Tiyah tahu." Jawab Fathiyah kalut.

Mana tidaknya tiba-tiba sahaja muncul di belakangnya tanpa Fathiyah mendengar derapan kaki empunya diri. Lagi pula keadaan di dapur ketika itu sedikit bising dengan keriuhan jiran tetangga yang memeriahkan lagi aktiviti rewang di rumah Nek Bonda.

Kebiasaannya di kampung-kampung masih lagi menjalani aktiviti gotong-royong seperti ini berbanding di bandar, semuanya banyak menggunakan khidmat katering.

"Abang buat Tiyah terkejut ke? Maaf.. maaf tak sengaja. Niat abang cuma nak tegur je tadi tak sangka pula Tiyah terkejut. Marah tak ni? Abang ganggu ke?" Rafli menjarakkan kedudukannya yang boleh tahan rapat juga dengan Fathiyah itu.

"Ishh.. Mana ade Tiyah marah pun.. abang ni!!" Sengaja Fathiyah jegilkan matanya seolah-olah beri amaran.

"Hehe..gurau je Tiyah ku sayang. Abang baru balik dari rumah Tehah ni. Abang kan pengapit Taqi, haruslah kena apit dia je. Berpeluh dah pun badan ni. Singgah sini kejap nak tengok Tiyah. Ehemm..." Rafli menutur selamba.

Terkelu lidah Fathiyah sebelum melontar kata, "Abang Rafli masih tunggu Tiyah ke? Abang juga masih mengharapkan cinta Tiyah ke abang?"

"Maafkan Tiyah, abang. Tiyah cuma takut nak bagi harapan. Tiyah risau akan melukakan hati orang lain. Tiyah tak berani." lembut sahaja kata-kata yang keluar daripada mulut Fathiyah. Tanpa sedar air di tubir matanya hampir mengalir, segera tangan kecilnya menyeka.

"Abang tetap akan tunggu, selama mana pun masa yang Tiyah perlu ambil untuk buka hati Tiyah terima diri abang yang banyak kekurangan ni."

"Abanggg!! Janganlah cakap macam tu. Apa yang Tiyah nampak Abang takde kurang apa pun. Cuma.. Tiyah berharap sangat Abang boleh beri Tiyah sedikit masa lagi, ataupun sehingga Tiyah selesaikan study dulu. Boleh ke Abang tunggu Tiyah?"

Fathiyah malu tapi dia perlu berterus terang. Dia juga tidak mahu berterusan mengharap pada cinta yang tidak pasti. Oleh sebab, orang yang didambakan selama ini juga telahpun menjadi milik orang lain.

Bercahaya mata Rafli mendengarkan setiap bait-bait ayat yang dibicarakan sendiri oleh Fathiyah. Amazing gaisss!!!??

"Sungguhkah apa yang Abang dengar ni Tiyah? Tiyah tak tipu kan?" Hampir menjerit Rafli di situ.

Keadaan di dapur tiba-tiba dirasakan sunyi seketika. Ada mata-mata yang memandang ke arah mereka berdua, pelik mungkin. (hihi)

Fathiyah hanya mampu mengangguk kepalanya sahaja. Cukup sebagai isyarat yang dia membenarkan kata-kata Rafli itu.

Bagi Fathiyah pula, mungkin ini masanya untuk dia mulakan kehidupan dia yang baru. Hati kecilnya berbisik, "Mampukah aku mencintai orang lain selain dia."

Zara bergegas ke ruang dapur.

Dia mahu sambung membantu sahabatnya yang ditinggalkan sekejap tadi. Namun, langkahnya terhenti disaat terdengar suara dua insan yang sedang berbual-bual itu. Lebih kepada sedang meluahkan rasa yang terpendam dari hati ke hati.
Zara sengaja memaku langkah kakinya. Sekadar memberi ruang insan yang di sana itu menghabiskan bicara.

Setelah kelibat Rafli dilihat hilang disebalik pintu dapur itu, laju sahaja kakinya menghampiri Tiyah yang sedang berteleku di sinki. Air paip yang terbuka itu ditadah ditelapak tangannya lalu, disapu keserata wajahnya yang sedikit sembap.

"Tiyah..kau okay tak ni?" Zara menyapa sambil tangannya memeluk erat bahu Tiyah.

Fathiyah mengangkat wajahnya sedikit, tanpa aba-aba tubuh Zara dipeluk kejap oleh Fathiyah. Dia mengongoi seperti anak kecil di bahu Zara, sahabat sejatinya.

"Betul ke apa yang aku buat ni Zara? Aku tak yakin terhadap apa yang hati aku rasa tika ini. Sakit sangat Raaa.." Tiyah masih lagi teresak kecil.

"Babe..aku rasa ni masa yang terbaik untuk kau beri peluang pada Abang Rafli. Aku yakin dia mampu bahagiakan kau lebih daripada Paksu aku sendiri." Zara berkata begitu kerana tidak mahu Fathiyah terus-terusan menagih cinta Paksunya lagi.

"Lagipun aku dah dengar semua yang korang sembang tadi. Saje aku tunggu dulu kat pintu. Kasi chance lah" sambung Zara dengan senyuman penuh makna.

Perlahan-lahan Fathiyah melepaskan pelukan tadi. Dia memandang ke arah Zara. Tangan kecilnya lembut menampar bahu Zara.

"Sampai hati kau kan biarkan aku sensorang dekat sini. Sedih tau aku. Kalau kau ada, boleh aku sorok sikit muka aku masa cakap dengan Abang Rafli tadi." Omel Fathiyah malu.

"Kiranya..kau dah okay lah ni kan. Buruk lah muka kau menangis. Macam baby. hahaha" Zara gelak besar.

"Zara!!!!!!! Aku majok dengan kau seminit."

"Alaa.. Kenapa sekejap sangat. Kenapa tak setahun ke, sebulan tahun ke.."

Hahahahahaha mereka berdua tergelak lucu.

Setelah yakin hati Fathiyah agak tenang.

Mereka meneruskan kerjaan mereka semula dengan menyudahkan susun atur pinggan, mangkuk serta gelas-gelas yang akan digunakan pada esok hari untuk majlis di sebelah pihak lelaki pula sehingga selesai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience