23

Family Series 15660

Jam di tangan dikerling. Tiba-tiba hati Fathiyah berasa resah. Seperti ada sesuatu yang bakal berlaku.

Dalam pada masa yang sama dia turut teruja untuk berkongsi akan berita kehamilannya yang baru sahaja diberitahu doktor di dalam bilik rawatan sebentar tadi.

Ucapan syukur tidak henti-henti keluar dari mulut Fathiyah. Bibirnya juga tidak lekang dengan senyuman.

Di fikirannya mula terbayang akan wajah gembira suaminya setelah mendapat perkhabaran itu nanti.

Tiba-tiba Fathiyah menunduk. Riak wajahnya berubah apabila mengingatkan akan perlakuan dan layanan suaminya terhadap dirinya beberapa hari ini. Hati Fathiyah sebak. Pilu. Sedih. Kesemuanya bergabung. Tunggu masa nak meletup saja.

Fathiyah mengelamun serta melayan perasaan yang dirundung duka itu.

" Abang balik cepat. Sayang dengan baby tunggu abang." Bisik hati kecil Fathiyah. Telapak tangannya tidak berhenti mengusap-usap perutnya yang masih kempis itu, dari bahagian lapisan luar blouse yang dipakainya.

Tidak semena-mena air mata Fathiyah gugur lagi. Buat kesekian kalinya. Murah sungguh air matanya semenjak akhir-akhir ini. Mungkin disebabkan oleh pembawakan budak agaknya.

Taqi memanjangkan langkahnya mendekati Fathiyah, lalu berdiri betul-betul di sebelahnya.

" Ehem.. Menangis lagi ke?" Tegur Taqi lembut. Dia tidak dapat menahan dirinya untuk tidak bertanyakan soalan itu.

Bukannya dia buta untuk tidak melihat wajah suram Fathiyah semenjak keluar dari rumahnya tadi.

Fathiyah menoleh ke sisi. Lekas dilap kesan basah di lekuk pipinya hasil daripada air matanya yang seperti tidak mahu berhenti itu.

Malu pula dirinya apabila ditegur begitu.

" Ishh.. Sibuk jelah Abang Taqi ni. Mengintai Tiyah ye." Fathiyah berbasa-basi demi menutup kejanggalannya di hadapan lelaki yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dahulu.

" Aik.. Abang pulak kena marah. Tanya jek kot. Dah Tiyah tu yang asik menangis jek dari tadi abang tengok. Macam baby." Taqi cuba berseloroh.

Fathiyah tergelak kecil.

" Hah.. Senyum pun. Ini barulah Tiyah budak kecik yang abang pernah kenal. Seorang yang ceria. Yang malu-malu sentiasa bila terserempak dengan abang." Tambah Taqi lagi.

Terbeliak biji mata Fathiyah. Raut wajah lelaki itu dipandang.

" Abang... Abang masih simpan lagi ke perasaan kat Tiyah." Fathiyah bernada sayu.

"Ehh.. Budak ni. Ke situ pulak dia. Haihh" Taqi mengeluh kecil.

Lelaki di sebelahnya ini, pernah meluahkan isi hatinya yang terbuku selama ini terhadap Fathiyah. Itupun selepas majlis perkahwinan Fathiyah dan Rafli.

Luahan itu sekadar melepaskan apa yang tersimpan rapi selama ini.

Ketika itu, Taqi yakin yang cinta Fathiyah untuk Rafli benar-benar ikhlas dan utuh. Dia kenal kedua-dua insan itu sedari mereka kecil lagi.

Bagi Fathiyah pula, cinta dan kasihnya kini selamanya untuk suaminya. Tidak pernah goyah. Tapi.....

"Oiii.. Berangan lagi!" Jerit Zara di tepi telinga Fathiyah.

Zara yang baru tiba itu, turut berdiri di sisi Fathiyah sambil menjinjit plastik ubat-ubatan buat sahabatnya itu.

Perbuatannya itu benar-benar mengejutkan Fathiyah. Nasib baik tiada sakit jantung. Kalau tidak, ICU dah.

" Allahuakbar! Kau ni dah kenapa terpekik macam tu?" Marah Fathiyah dengan matanya dijegilkan ke arah Zara.

" Masalahnya kau tu. Aku panggil-panggil dari tadi, kau boleh buat donno jek! Apahal?" Balas Zara geram.

Fathiyah pula terpinga-pinga hendak menjawab.

Dia tersengih seraya berkata, " Sorry..Sorry babe.. Otak ni banyak benda nak fikir tiba-tiba.

Zara menggeleng-gelengkan kepalanya.

" Apa yang kau fikir sangat ni? Pasal Abang Raf ke? Siap dia nanti kalau aku jumpa dia... Tahu lah aku nak buat apa. Suka-suka je buat kawan aku nangis. Smackdown dia kang, tersungkur tepi perigi Pak Mat Labu." Amaran Zara hanya membuatkan tawa Fathiyah pecah. Tidak ketinggalan Taqi juga turut tergelak sama. Lucu.

" Berani ke?" Sampuk Taqi.

Zara menjeling Taqi sekilas.

"Ni Zara lah Pak Su. See the leg lah!" Ujar Zara angkuh.

"Eleh.. Sembang! Jumpa depan-depan, pandai pulak menikus. Puihhh!" Taqi menambah bara di hati Zara. Dia sengaja mencurah minyak. Sudah lama tidak bergurau sebegitu dengan budak dua yang ada bersama-samanya sekarang ini.

Fathiyah sekadar memerhati. Gelak tawanya masih bersisa.

" Kita nak terus balik ke, nak pergi makan dulu?" Tanya Fathiyah secara tidak langsung yang cuba menghentikan pergaduhan antara Zara dan Pak Su nya itu.

Pandangan matanya bersilih ganti melihat wajah kedua-dua insan yang sudahpun berdiri di hadapannya kini.

Taqi cuba berbicara, " Apa kata kita pergi makan dulu. Perut masing-masing mesti dah lapar kan? Lama sangat kot tunggu tadi. Korang tak lapar ke? Pak Su dah lapar sangat ni. Tadi tak sempat nak jamah makanan, budak ni dah heret Pak Su sekali." Jari telunjuk dituding ke muka Zara.

Zara membuat muka menyampah. "Pak Su gedik" Omel Zara di dalam hatinya.

"Jomlah! Kalau dah Abang Taqi cakap macam tu. Kang lambat pulak sampai rumah, kalau dah tercegat dekat sini."

"Hah! Moh la kite!" Ajak Zara dengan loghat ala Perak.

Mereka bertiga sepakat untuk makan di gerai sekitar situ sahaja kerana malas mahu memandu lebih jauh. Masing-masing sudah keletihan.

****************

Setibanya kereta yang dipandu oleh Taqi itu memasuki ke halaman rumah Puan Ina, Taqi sudah nampak kelibat Rafli yang sedang elok bersandar di tepi pintu kereta miliknya.

"Barangkali Rafli baru tiba di rumah mertuanya." tebak hati Taqi.

Enjin kereta dimatikan. Taqi mengatur langkah menuju ke arah Rafli.

Tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan sahabat baiknya itu.

Riak wajah Rafli serta-merta berubah apabila melihat susuk tubuh isterinya melangkah keluar dari pintu belakang kereta kepunyaan Taqi.

Fathiyah mendongak sedikit. Adakah ini kebenaran?(^^)

Tidak berlengah-lengah, Fathiyah meluru mendapatkan suaminya. Tubuh Rafli, didakap erat seolah tidak mahu melepaskannya.

Lambat-lambat Rafli membalas pelukan si isteri. Demi menjaga air mukanya dan juga Fathiyah.
Sedangkan di dalam hatinya banyak persoalan yang ingin diluahkan.

"Bro! Kau okay tak?" Tegur Taqi sambil telapak tangannya menepuk lembut bahu sahabatnya itu.

"Ehem! Aku okay jek. Lewat korang balik? Dari mana?" Soal Rafli dengan nada curiga.

Fathiyah mengangkat wajahnya memandang tepat ke wajah suaminya itu. Keningnya berkerut. Pelik.

"Abang tak dapat mesej sayang ke?" Fathiyah bertanya lembut.

Pandangan mata Rafli tunak menikam redup mata Fathiyah, lalu kepalanya digeleng perlahan.

"Pelik" bisik Fathiyah takut didengari oleh Rafli.

"Paksu! Jomlah gerak! Lewat dah ni." Kuat Zara menjerit memanggil Taqi.

Ketiga-tiga mereka menoleh serentak.

Taqi sekadar mengangguk.

"Bro! Aku gerak dulu. Bising kang bini aku dekat rumah tu." Taqi bersuara meminta diri.

Fathiyah lantas menoleh,lalu berkata, "Abang Taqi, terima kasih ye. Maafkan Tiyah sebab dah susahkan abang dengan Zara." Ujar Fathiyah sambil kepalanya ditundukkan sedikit tanda berterima kasih.

"Sama-sama. Alah.. kecik punya hal. Tu abang sayang dah balik bolehlah lepas rindu. Hahaha" Seloroh Taqi pula.

Rafli terus membeku di sisi Fathiyah. Hatinya sedang sesak diasak cemburu.

Fathiyah hanya tersenyum dengan gurauan itu.

Kereta Taqi bergerak keluar dari halaman rumah Puan Ina.

Kini tinggal Fathiyah dan Rafli sahaja. Kedua-duanya diam membisu. Tidak tahu mahu mula dari mana? Fathiyah bingung.

Rafli melangkah terlebih dahulu, kemudiannya barulah Fathiyah menyusul.

Kunci rumah yang berada di dalam tas tangan, Fathiyah keluarkan.

Cepat Rafli merampasnya sebelum sempat Fathiyah halakan ke lubang tombol pintu rumah ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience