Senyap, sepi itulah yang dirasai tika ini oleh Rafli dan juga Fathiyah. Kereta yang dipandu Rafli terasa sangat perlahan kerana jarak rumah Fathiyah dengan rumah Nek Bonda tidaklah jauh.
Sehinggalah Rafli memecah kesunyian itu.
"Ehem.. Tiyah, Abang nak tanya jangan marah tau." Gugup Rafli bertanya.
Fathiyah memandang ke sisinya.
"Agak-agak boleh ke Tiyah nak marah?" Soalan yang Fathiyah balas.
"Hihi..tanya je lah Abang ni pun. Tiyah bukannya suka marah-marah orang tanpa sebab." Fathiyah menyambung ayat. Dia tersenyum nipis melihatkan wajah Rafli yang sedikit muram.
Rafli tersengeh. "Pandai kenakan Abang balik eh. Cubit pipi tu kang."
"Ade kena mengena dengan pipi Tiyah ke Abang?" Fathiyah membalas polos.
Tak semena-mena ketawa Rafli meletus. Ada-ada sahaja perangai gadis di sebelahnya ini yang dapat mencuit hati lelakinya.
"Adoii..sakit perut Abang gelak dekat awak, Tiyah oiiii.." Rafli meredakan gelak tawanya.
Rafli meneruskan bicara, "bukannya apa.. Abang perhati Tiyah masa dekat majlis di rumah Tehah tadi, Abang terrrrrnampak semacam je pandangan mata Tehah kat Tiyah. Korang berdua ada bergaduh ke?" tutur Rafli berhati-hati.
Fathiyah mengeluh perlahan.
"Abang pun nampak juga ke? Entahlah Abang, Tiyah pun tak tau. Tiyah tak rasa yang Tiyah ada masalah dengan Kak Teha tu. Sembang pun tidak, apetah lagi nak cari pasal." Balas Fathiyah lemah. Sedikit kecewa dengan layanan Kak Teha terhadapnya siang tadi.
"Ye ke? Jangan cakap, yang dia tahu Tiyah sukakan Taqi."
"Kalau Tiyah cakap ape yang Abang teka tu betul macam mana? Ape yang Abang boleh buat? Hurmm.." Fathiyah pandang tepat ke mata Rafli.
"Serius la ni?" Rafli terlopong.
"Sebabnya..seingat Tiyah lah, setiap kali Tiyah nak bagi something dekat Abang Taqiuddin mesti bertembung dengan dia." Fathiyah berkata jujur.
"Apa yang Abang akan buat kalau Abang ade kat tempat Kak Teha?" Sambung Fathiyah lagi.
"Nak jawapan jujur ke tak ni?" Tanya Rafli tersenyum sinis.
"Haruslah jujur Abang."
"Wo..wo..kalau Abang lah, confirm Abang intai ape yang Tiyah buat. Lepas tu pandailah Abang adjust apa yang patut. Hahaha..dah sayang maaa.." spontan Rafli tergelak lagi.
"So..Tiyah dah boleh agaklah ape yang Kak Teha buat lepas dah tahu jawapan Abang." Balas Fathiyah bersahaja.
Rafli tersentak. Dia beriak terkejut memandang wajah Fathiyah. Dia bagai baru tersedar.
"Jap! Jap! Maksud Tiyah, selama ni yang Taqi tak tahulah pengirim sebenar kad-kad misteri tu daripada Tiyah? Macam tu ke?"
"Yup!! Nampak gayanya begitulah."
"What!!! Selama ni memang betul sangkaan Abang. Macam ade yang tak kena. Hari ni Abang dah dapat jawapannya. Oh my... Ruginya Taqi.. Hahahaha.." Rafli tiba-tiba tergelak kuat.
"Kenapa rugi pulak?" Fathiyah berasa curiga.
"Rugilah sebab tak dapat Tiyah..hehe" jawab Rafli laju.
Fathiyah tersipu malu mendengar kata-kata Rafli itu. Dia terus sahaja menundukkan kepalanya. Segan nak menatap wajah tampan lelaki di sebelahnya ini.
"Okey..dah sampai" tegur Rafli masih dengan sisa tawanya.
Tangan Fathiyah pantas membuka pintu di bahagian penumpang itu. Dia mahu segera keluar dari kenderaan Rafli. Malunya masih belum hilang. Lagipun, dia mahu cepat-cepat mendapatkan katilnya. Penat merewang di rumah Nek Bonda masih terasa.
"Raf!!!" Panggil Angah di muka pintu rumah.
"Oiii..Ape kes! Jerit bukan main kau eh" jerit Rafli kembali.
"Tak nak singgah dulu ke bro!"
"Esok je lah weh... Dah lewat sangat ni" Rafli menolak secara baik.
"Takpelah kalau kau dah cakap macam tu. Apa-apapun aku nak ucap terima kasih sebab dah tolong amik dan hantar adik aku ni sampai rumah. Tak melencong tempat lain kan?" Angah berkata sambil menjungkit keningnya ala-ala Ziana Zain gitu..
Rafli ketawa lagi, "Choii!!! Kau macamlah tak kenal aku. Aku ni pemalu a.k.a jejaka terakhir Malaya. Kau apa kesah!"
"Puihh!!" spontan perkataan yang meluncur laju daripada mulut Angah.
"Kau punya perasan takleh bincang"
"Hahaha.. Alahaii.. relax lah abang ipar." Tak habis lagi Rafli menambah.
Angah buat muka menyampah. Nak muntah tapi kesian. Ehh..hihi
"Ada jodoh tak ke mana. Aku harap kau sabar lah bro! Adik aku tu jinak-jinak merpati." Angah berkata seolah memberi semangat.
"Aku okey je.. Kau bagi green light kan ni? Yahuuuu!!!" Rafli bersorak riang.
"Laju je kau ekk..sepuk kang!! Dah..dah pergi balik sana!" gurau Angah sambil menolak bahu Rafli.
"Ye..ye..nak balik pun ni. Kirim salam kat ibu mertua aku tau. Salam peluk cium. Hahaha..." Rafli tertawa lagi. Menyempat sahaja Rafli ni.
"Ada-ada sajalah kau Raf. Beres bro!! Nanti aku sampaikan. Hati-hati memandu, jangan nak berangan!" Tegas Angah.
"Baik abang ipar..aip! aip kapten!! Gerak lu paper roger" Rafli berkata sambil tangan dilambai kepada Angah.
Mata sempat dijelingkan ke arah tingkap bilik Fathiyah. Hati berbisik halus, "Selamat malam si manis Abang..." Senyuman tak lekang di bibir merah jambu milik Rafli. Tanda dia tidak merokok.
Kereta dipandu keluar dari halaman rumah keluarga Fathiyah.
Share this novel