5

Family Series 15660

Upacara akad nikah dan majlis bersanding sudah pun selesai di sebelah pihak pengantin perempuan siang tadi.

POV Fathiyah..

Fathiyah memandang kedua mempelai di atas singgahsana dengan seribu satu rasa sayu yang bergelodak dalam jiwanya. Sedih, sakit, perit, semuanya bercantum menjadi satu. Akhirnya Fathiyah pasrah, dia kini berserah kepada takdir. Dia tahu manusia hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah itu lebih hebat lagi.
Fathiyah turut berdoa agar Allah pertemukan dia dengan jodoh yang baik-baik juga.

Sedarlah Fathiyah ada insan lain yang masih menanti dirinya. Siapa lagi, tidak lain dan tidak bukan Rafli sahabat baik Taqiuddin sendiri.

"Tenangkan diri kau Tiyah. Sedih tu tak payah nak nampak sangat," tegur Zara di tepi telinga Fathiyah.

Fathiyah menoleh, "Nampak sangat ke weh.. Aihh malu pulak aku." Fathiyah mengerling sedikit orang-orang yang duduk semeja dengannya.

Pandangan mata Fathiyah bertembung dengan Pak Achik, Zara. Abang kepada Taqiuddin. Achik memberikan senyuman manis sambil jarinya membentuk okay, seolah-olah faham apa yang aku sedang rasakan kini. Fathiyah hanya membalas dengan anggukan kecil berserta senyuman manis juga. Dia tidak mahu orang disekelilingnya mengesyaki yang bukan-bukan pula nanti.

Tamat sahaja makan beradab, mereka semua bergerak ke pelamin di hadapan sana.

Acara diteruskan dengan sesi bergambar. Macam-macam aksi dan ragam yang telah jurugambar itu rakamkan. Itu sebagai kenangan untuk pengantin.

Fathiyah tersenyum pahit apabila memandang wajah pujaan hatinya sedang memeluk erat pinggang si isteri. Bukankah dia yang sepatutnya berada di posisi itu sekarang.

Lekas sahaja Fathiyah beristighfar di dalam hatinya, "Astaghfirullahal'azim.." terlepas bagai hembusan.

POV tamat

"Ehemm.." Taqiuddin berdehem.

Serta-merta lamunan Fathiyah terhenti. Dia tersentak mendengar deheman seseorang. Fathiyah menoleh ke sisi tubuhnya kaku, mulutnya hilang bicara.

"Tiyah tak balik lagi ke?" Taqiuddin berbasa-basi.

Fathiyah sempat memejamkan matanya seketika, sepertinya menikmati merdu suara sang pujaan hati. Sangat lama dia tidak mendengar suara itu menyebut namanya. "Tiyah rinduuu" kata bisikan hatinya.

"Erkk..belum lagi Abang. Tiyah nak siapkan sikit je lagi kerja ni." Fathiyah menjawab tanpa memandang wajah Taqiuddin.

"Ooh..nanti balik siapa hantar?"

Fathiyah diam, barangkali sedang menyusun ayat.

"Aku boleh hantar dia" Rafli mencelah.

Kedua-dua mereka serentak memandang ke arah di mana suara itu datang.

Rafli muncul tepat pada waktunya.

Fathiyah lega kerana jantung dia bagai nak meletup bila berbicara dengan Taqiuddin. Gugup masih ada.

"Tiyah okay ke Abang nak hantar balik ni?" Rafli menyambung.

"Oiitt.. kau pulak tetiba muncul ni. Dari mana bro!" Sampuk Taqiuddin kembali.

Fathiyah berdiam diri cuba menyudahkan kerja-kerjanya kembali agar selesai secepatnya. Bolehlah dia pulang ke rumahnya untuk berehat.

"Aku dari kedai tadi, mak suruh belikan susu pekat manis. Saja lah melencong ke sini sekejap. Macam tahu-tahu si jantung hati masih ada dekat sini lagi." Rafli berseloroh, harap umpan mengena. hahaha

"Hahaha.. amboi kau mengayat ke tu?" meletus tawa Taqiuddin melayan Rafli.

"Kau pulak tak lepak rumah bini ke?. First night lah katekan," balas Rafli dengan gelak jahat.

Geli-geleman Fathiyah rasa apabila berada di situasi kala itu mendengarkan kata-kata senda yang terzahir daripada mulut-mulut lelaki yang dia kenal selama ini. Macam tidak percaya ayat itu terlontar daripada mulut budak berdua itu.

Tangannya meletakkan periuk terakhir di atas para dapur.

Fathiyah menjeling Rafli yang ada di depannya ketika ini.

Fathiyah memotong bualan mereka, "Tiyah dah siap ni."

"Eh..cepat pulak" kata Rafli.

"Lagi lama Tiyah dekat sini, ade yang tetiba Tiyah muntah kang.."

"Orang lain yang kahwin, orang lain yang muntah dulu ni ape cerrr.." Taqiuddin terus menyakat Fathiyah.

Muka Fathiyah sudah memerah. Fathiyah malu. Tanpa segan silu dia menunjukkan penumbuk kecilnya di hadapan muka Taqiuddin menandakan dia geram.

"Eiiii..korang berdua ni takde benda lain ke nak sembang pun. Cuba pandang orang kiri kanan. Tak malu ke?"

"Bukan ada budak kecik pun dekat sini" balasTaqiuddin tidak puas.

"Kita-kita jek kot.." tambah Taqiuddin lagi.

"Abang jangan buat-buat lupa ye.. Telinga Tiyah ni masih suci tau..erghhhhh" Fathiyah mendengus geram.

Hahahahahahaha terletus tawa Rafli dan Taqiuddin akibat tidak dapat menahan melihatkan riak wajah Fathiyah yang malu bercampur marah itu.

"Haihh.. dah lah tu.. Jangan marah-marah nanti tak comel dah kesayangan abang ni," tutur Rafli lembut.

"Jangan amik hati tau. Abang gurau jek." tambah Taqiuddin pula.

"Dah jom.. Abang hantar balik. Lewat sangat dah ni. Nanti ibu bising. Abang jugak kena marah" Rafli membebel.

"Kenapa ibu nak marah Abang Rafli pulak?" Fathiyah pelik.

"Sebenarnya, Uda awak call Abang tadi. Dia call Tiyah tak jawab jawab. Itu yang dia pesan suruh tengok-tengokkan dekat sini. Maka, sebab itulah Abang boleh tercongok dekat sini. Sekian terima kasih" panjang lebar Rafli bercerita.

Fathiyah tergelak kecil. Berhasil juga lawak Rafli.

Kedua-dua sahabat baik itu saling berpandangan. Bibir diukir senyuman. Bukan senang hendak buat Fathiyah si budak kecil ini ketawa.

Satu moment yang menarik untuk disimpan.

"Alkisah..lagi mau bagi alasan mak kau suruh beli susu eh" kutuk Taqiuddin.

"Eh kau!! Benda dah memang betul. Susu ade dalam kereta aku. Nak ke?" jawab Rafli jujur.

"Weh..aku gerak dulu. Esok jumpa lagi bro!" Rafli berjabat tangan dengan Taqiuddin.

"Baik.. Hati-hati bro! Bawak anak dara orang ni. Jadi apa-apa, aku cari kau sampai lubang biawak." berbaur amaran teguran Taqiuddin.

"Aku tahu lah" Rafli memutarkan bebola matanya menyampah.

Rafli melangkah keluar dari rumah Nek Bonda melalui pintu di belakang bahagian dapur. Di situ seliparnya ditanggalkan tadi. Langkah Rafli diikuti Fathiyah. Fathiyah membuntuti Rafli, kemudian dia bersuara.

"Abang!! tunggu sekejap. Tiyah lupa nak jumpa Nek Bonda. Lupa nak salam tadi. Zara pun Tiyah lupa nak jumpa. Nak maklum yang Tiyah balik dengan Abang. Takut diorang tercari-cari Tiyah nanti. Tunggu sekejap tau Abang. Jangan tinggalkan Tiyah pula. Nanti Tiyah cancel baru tau..hehehe" Fathiyah mengugut manja.

"Ewah..pandai main ugut-ugut ye sekarang. Bertahun pun Abang dah tunggu Tiyah. Apalah sangat seminit dua hahaha" Rafli tergelak melihat telatah Fathiyah.

"Comel sangat awak sayang. Bila nak dapat peluk ni" bisik hati Rafli.

Fathiyah membiarkan Rafli membebel seorang diri. Dia membesarkan langkahnya menuju kembali ke rumah Nek Bonda. Hilang bayang dia disebalik langsir.

Selesai urusan di dalam. Fathiyah segera berjalan ke arah kereta Rafli. Dia melihat Rafli sudah pun berada dibahagian tempat duduk pemandu. Kelihatan lesu wajah itu Fathiyah pandang.

Fathiyah mengetuk cermin kereta Rafli. Rafli menoleh ke cermin bahagian penumpang. Cermin kereta diturunkan.

"Abang, boleh Tiyah masuk tak ni?" Fathiyah bertanya sopan.

"Masuklah sayang..kenapa nak kena mintak izin bagai. Kan Abang yang ajak balik sekali tadi" balas Rafli perlahan.

Fathiyah mengerling sekilas. Sudah pandai bersayang-sayang abang kita seorang ini. Hati Fathiyah sedikit terpujuk. Berbunga jugalah hati dia.

Share this novel

NH_HANS
2020-11-01 23:12:32 

nce.. whn the nxt chp gg to updt?


NovelPlus Premium

The best ads free experience