Suasana yang sangat janggal dirasai oleh Rafli dan Fathiyah saat ini. Walhal kedua-duanya sudah berada di kamar mereka.
Rafli melabuhkan punggungnya di birai katil.
Fathiyah pula masih berdiri kaku membelakangkan pintu. Dia tidak selesa berada dalam situasi yang sekarang ini. Tiada kemesraan dari pihak Rafli.
Sejak dari tadi lagi Rafli hanya berdiam. Bibirnya dikunci rapat. Kepalanya menunduk memandang lantai. Tangannya meraup sedikit rambutnya ke belakang dengan kasar.
"Huh.." Terluah juga keluhan dibalik bibirnya yang merah itu.
Fathiyah kalih wajahnya memandang lelaki yang sedang duduk di hadapannya kini telah melepaskan keluhan.
Langkah kakinya diatur perlahan bergerak mendekati Rafli.
Lalu, Fathiyah cuba memberanikan dirinya duduk berlutut di antara celahan kaki suaminya. Jemarinya lembut menyentuh peha Rafli.
"Ab..Abang.." Fathiyah memanggil. Dia cuba berlembut walaupun keadaan kesihatannya tidak begitu mengizinkan.
Rafli terus menyepi.
Sakit hati Fathiyah diabaikan begitu. Tetapi dia tidak berputus-asa. Dia cuba lagi bersuara.
"Abang sihat? Abang ada masalah ke?" Soalan demi soalan cuba Fathiyah ajukan.
Kening Rafli bertaut seraya menjamah wajah si isteri yang sangat dirindui. Tetapi egonya terlalu tinggi tika ini. Sehinggakan, tiada satu pun senyuman yang terlakar di wajahnya. Terasa ketat pipinya yang turut menegang saling tidak tumpah seperti keadaan mereka di bilik itu.
" Seronok keluar rumah tanpa pengetahuan abang? Hurm.." Kata-kata yang keluar daripada mulut Rafli yang sekian lama hanya berdiam diri tadi, telah membuatkan Fathiyah tersentak.
Mata Fathiyah mula dikaburi dengan air mata yang sudah mula bergenang di sekitar anak matanya. Menunggu masa untuk tumpah membasahi pipinya.
" Ab..Abang.. Setahu sayang... sa..sayang ada hantar mesej di whatsapp abang pagi tadi. Kalau abang tak percaya. Abang boleh tengok telefon sayang" Tutur Fathiyah agak gugup sambil tangannya pantas mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam tas tangannya itu. Dia menyerahkannya kepada Rafli agar lelaki itu bisa melihat segala yang tertulis di ruangan whatsapp perbualan mereka berdua.
Satu pun Fathiyah tidak pernah padam. Suaminya boleh lihat semua isi yang terkandung di dalam telefon bimbitnya kerana bagi Fathiyah tiada rahsia antara mereka yang perlu disembunyikan.
Hubungan yang jujur dan tulus tidak perlu ada rahsia. Ayat itu yang dipegang selama ini.
Fathiyah sangat yakin bahawa dia memang ada menghantar whatsapp kepada suaminya pagi tadi. Dia tidak pernah silap akan hal itu.
Telefon bimbit yang dihulurkan Fathiyah itu disambut, lalu Rafli membuka kata laluan di telefon bimbit itu dengan mudah kerana ianya sama dengan kata laluan yang digunakannya.
Diperiksa satu per satu. Dahi Rafli mula berkerut sehingga timbul garis-garis halus.
Apa yang dia lihat itu sudah terbukti yang kata- kata isterinya benar. Tapi......
Otaknya mula ligat memutarkan semula apa yang sudah berlaku.
Ego..
Ego..
Tetap ego juga yang menjadi pilihan.
Sekali lagi perasaan Fathiyah diabaikan dan ditolak ke tepi.
Rafli bangkit dari duduknya.
Cepat-cepat Fathiyah menahan kaki suaminya daripada terus melangkah pergi meninggalkan dirinya seorang diri.
"Aaa...iskk..iskk..Ab..Abang nak pergi mana?" Fathiyah mula teresak kecil. Dadanya sudah tidak dapat membendung kesedihannya lagi. Apatah lagi perasaannya yang saban hari menanggung rindu terhadap suaminya.
Rafli menoleh sekilas. Tangannya cuba meleraikan pegangan tangan Fathiyah yang memegang kakinya dengan kejap sekali.
Laju kepala Fathiyah menggeleng berserta air mata yang sudah berjuraian jatuh di pipinya dan turut membasahi baju yang dipakainya.
"Lepas Tiyah. Bagi abang tenangkan diri dulu. Ada perkara yang abang kena selesaikan di rumah ibu abang." Tegas Rafli.
"Tak nak!! Sayang nak abang." Rintih Fathiyah lagi.
"Abang cakap lepas!"
"Tak nak!!" Fathiyah mula membentak.
"Fathiyah!!! Kenapa yang degil sangat ni?" Jerkah Rafli pula.
Fathiyah tersentak. Serta-merta pegangan tangannya terlerai. Suaminya benar-benar berubah. Selama perkenalan mereka tidak pernah sekalipun Rafli menengkingnya sebegitu rupa.
Tubuhnya mula diesot ke belakang perlahan-lahan. Sehinggakan belakang badannya terasa menyentuh permukaan tepi katil.
Fathiyah mula mengongoi. Tangisannya semakin kuat dan tertahan-tahan. Lututnya dipeluk rapat ke dadanya.
Sedikit pun dia tidak memandang lagi muka suaminya.
Fathiyah kecewa.
"Pergilah.." kata Fathiyah lemah.
"Mungkin Tiyah ni tak bermakna pada abang lagi"
"Isk..iskk..iskk.. Abang kejam.."
" Abang tergesa-gesa nak balik rumah ibu abang sebab ada perempuan tu kan?" Keras Fathiyah menyoal. Tetapi wajahnya tidak diangkat sedikit pun.
Rafli terpempan.
'Apakah Fathiyah tahu kehadiran Fura di rumah ibunya' tebak hati Rafli. Rafli mula risau melihatkan keadaan isterinya itu. Nampak lemah.
" Tiyah.. Jangan nak fikir bukan-bukan ye. Abang tak ada apa-apa hubungan pun dengan Fura tu."
" Jangan nak tuduh abang pula." Rafli cuba mempertahankan dirinya.
" Oh! Fura nama dia. Takpelah.. Abang baliklah sana. Nanti lama pulak dia tunggu abang."
" Tiyah okay." Suara Fathiyah semakin lemah. Dia penat mahu berbalah. Dia redha dan pasrah.
Kepalanya pening semula. Penglihatannya mula berbalam.
Hati Rafli mula tidak sedap. Dia cuba menghampiri Fathiyah tetapi dengan pantas isterinya itu bersuara melarang dia mendekatinya.
" Jangan dekat dengan Tiyah! Kalau abang masih sayangkan Tiyah, abang baliklah rumah ibu sana dulu. Bila nanti abang dah rasa okey baru abang datang sini. Ambillah banyak mana masa yang abang perlukan. Tiyah tunggu." Suara Fathiyah yang sudah mulai serak basah.
Rafli semakin keliru atas tindakannya dari awal kepulangannya di rumah ibu mertuanya itu.
Senja yang semakin melabuhkan tirainya menjadi saksi dua jiwa insan yang sedang tersakiti.
Bunyi derapan langkah kaki Rafli semakin menjauh menandakan lelaki itu sudah melangkah keluar dari kamar tidur Fathiyah.
Tangisan Fathiyah terus pecah...:'(
Share this novel