Seusai membersihkan diri. Kedua-dua pasangan sejoli itu menyandar elok di kepala katil di bilik beradu mereka.
"Kata nak story. Cepatlah!" Fathiyah memecah sunyi antara mereka berdua.
"Amboi! Tak sabar sangatlah tu."
"Haruslah.."
"Hahaha.. Pandai eh sayang. Meh! Sini dekat kat abang. Kena peluk dulu baru abang mula."
"Ihhh.. Mengadalah abang ni!" Mulut Fathiyah mengomel tetapi dalam masa yang sama tubuhnya mengesot lebih rapat ke sisi suaminya.
Tangannya dicapai oleh Rafli, lalu ditarik melilit ke perutnya yang berketak itu. Auch..
Fathiyah mengangkat wajahnya, sedikit mendongak memandang wajah Rafli yang nyata tersengeh gatal. Sepantas kilat Rafli mencuri cium di puncak hidung isterinya itu.
"Abangggg.." Terjerit kecil Fathiyah dibuatnya. Tamparan manja dilepaskan ke dada bidang Rafli.
Rafli sempat menangkap tangan milik Fathiyah lalu digenggam erat seraya jemari lembut itu dibawa ke bibir. Dicium lama seperti tidak mahu lepas.
"Hehehe..Ni lepas rindu namanya yang." Ujar Rafli dengan tawa halus.
"Dah..Dah.. Dengar sini abang nak mula story ni. Nak dengar ke tak?"
"Nak la" Balas Fathiyah tidak sabar.
"First sekali. Masa abang outstation tu, abang ada dapat whatsapp daripada seseorang.." Rafli mula bicara.
"Who?" Soal Fathiyah pelik.
Rafli memandang wajah isterinya seraya menjawab, "Tehah"
"What?? Kejap! Abang ada nombor dia?" Fathiyah bertanya seakan curiga.
Anggukan suaminya itu membuatkan Fathiyah cuba melonggarkan sedikit pelukannya pada bahagian perut Rafli.
Kecewa, sedih bercampur-baur.
Rafli tersedar akan gerakan drastik si isteri. Cepat-cepat tangan isterinya itu ditarik kembali serta digenggam lebih kukuh.
"Sayang.. Sabar dulu. Dengar cerita abang sampai habis okey." Ayat Rafli cuba meyakinkan isterinya semula.
Fathiyah tayang wajah bungkam. Bibirnya dicebik tanda dia tidak suka.
"Haih.. Abang simpan nombor dia pun sebab dia pernah call abang sebelum ni. Dia mintak tolong abang pujuk Taqi."
"Tapi sekali tu jek yang.. Abang tak pernah langsung contact dia ke. Atau apa-apa. Sampailah masa abang outstation tu. Dia hantar gambar-gambar sayang dengan Taqi."
"Hah!" Tercengang Fathiyah dibuatnya.
"Gambar? Gambar apa ni?" Semakin pelik.
Apa yang Fathiyah dah buat. Dia sendiri tidak tahu. Seingat dia. Tak pernah pula dia ada bergambar dengan Taqi. Pergi klinik hari itu sahaja. Itupun, ada Zara yang menemani.
Jemari runcingnya dimainkan di hujung dagunya, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
Rafli menoleh bagi melihat riak di wajah Fathiyah.
"Sayang fikir apa tu?" Soal Rafli ingin tahu.
"Tengah cari maklumat dalam otak ni. Time bila pulak sayang ada masa nak bergambar dengan Abang Taqi tu. Nonsense" Jawab Fathiyah tidak puas hati.
"Mana gambar yang dia hantar tu? Sayang nak tengok." Tambah Fathiyah lagi.
Telefon bimbit milik Rafli dicapai di atas meja kecil bersebelahan dengan kepala katil tersebut. Kemudian kata laluannya ditekan.
Seterusnya, barulah telefon bimbit itu diserahkan kepada suaminya pula.
"Hehe.. Nah!" Fathiyah tersengih membalas pandangan mata si suami. Fahamlah yang suaminya itu sedang menahan geram.
Malas mahu memanjangkan cerita, telefon bimbit yang dihulurkan oleh Fathiyah itu Rafli ambil.
Disebabkan tidak boleh hendak marah-marah, dua jari Rafli kepit ke hidung Fathiyah.
"Hah! rasakan...Hahaha" Bibirnya turut dikemam. Geram sangat tu.
"Sakittt! Abanggg!!!" Jerit Fathiyah.
Penumbuk kecilnya dihadiahkan di perut Rafli.
Balasan!
"Aduh! Sayang main kasar nampak.."
"Abang yang mulakan dulu. Siapa suruh. Sayang balaslah balik."
"Ihhh.. Gigit hidung tu nanti baru tahu."
"Hilang hidung sayang, macam mana nak amik aura bau tiak tu. Hehe" Fathiyah tersengeh gatal.
" Amboi! Bukan main sekarang ye. Sejak bila pandai guna ayat-ayat miang ni?" Pertanyaan Rafli itu Fathiyah balas dengan cebikan di hujung bibir saja.
" Dah! Dah! Berbalik pada topik kita tadi." Fathiyah bersuara bagi menghentikan gurauan mereka sebentar tadi. Takut melarat kepada perkara yang lainnya pula nanti. Sabar.
"Hahaha.. Okey.. Okey.. Apa yang abang boleh simpulkan kat sini. Abang memang tetiba macam dikuasai cemburu yang teramat sangat bila buka gambar-gambar Tehah hantar tu. Hilang waras sekejap. Entahlah. Tak tahu kenapa jadi emosi. Sedangkan selama ni, sayang tahukan abang ni cool jek kan kan kan."
"Tak macam pelik ke sayang?" Rafli menambah lagi meminta pendapat si isteri.
Terangguk-angguk kepala Fathiyah tika itu. Mengiakan kata-kata suaminya.
"Pelik! Pelik! Dah tu hangin semedang. Tempiasnya sayang jugak yang dapat. Masa tu memang sedih gila. Rasa jantung sayang macam kena robek-robek tau!" Rungut Fathiyah.
Rafli merangkul kejap tubuh isterinya itu.
" Sorry sayang. Abang tak tahulah apa motif si Tehah tu?"
" Cemburu yakmat dia tu. Walhal Abang Taqi tu sendiri beritahu terima dia seadanya. Sayang dekat bini dia tu sesangat. Tapi still gak tak yakin. Malah taknak percaya. Susahlah macam tu. Tak memasal kita diseretnya sekali join masalah rumahtangga dia orang." Kesal Fathiyah terluah juga.
Bukannya apa, dari dulu kot diri dia cuba dimusuhi oleh Kak Tehah itu.
"Hah! Abang tengok gambar yang ni. Terang-terang tu gambar depan pintu rumah ibu kan?" Tegur Fathiyah saat terpandang gambar yang sedang diskrol di halaman whatsapp milik suaminya itu.
Rafli menjenguk ke sisi. Kepala diangguk mengiakan kenyataan si isteri.
Keningnya sedikit berkerut, lalu bertanya " Apa yang dia bagi tu?"
"Bubur. Nek Bonda yang masakkan untuk sayang sebab dia tahu sayang tak sihat." Jelas Fathiyah tidak mahu suaminya salah faham.
"Oh... Tapi siapa yang amik gambar ni?"
"Kalau dah Kak Tehah yang hantar gambar tu, mestilah dia yang amik sendiri. Waktu tu, Abang Taqi cakap dia datang dengan Kak Tehah. Hah! Dah sah-sahlah dia punya kerja. Dia duduk dalam kereta, langsung tak keluar." Fathiyah kerling wajah Rafli. Bercerita penuh yakin.
Ya. Memang dia yakin Kak Tehah punya angkara semua ni. Motif? Cemburu tak habis. Ceh!
"Sekarang ni, abang dah tahukan kebenarannya? Sayang tak bersalah hokeyyyy.." Putus Fathiyah. Geram tau bila kita tak tahu apa-apa, tiba-tiba kena pulau. Apakah?
"Ya.. Ya.. Abang ngaku abang salah." Jawab Rafli pantas. Pipi isterinya dielus lembut.
"Maafkan abang tak ni?"
"Mintak maaf pun belum? Macam mana nak maafkan" tercebik bibir mungil Fathiyah.
"Belum meh.."
"Belum lorr.."
"Hahahahahaha" Rafli gelak terbahak-bahak mendengar jawapan Fathiyah.
Jemari Fathiyah diraih lembut, lalu dibawa ke ulas bibirnya. Dikucup perlahan.
"Abang mintak maaf. Sebab dah salah sangka dekat sayang. Tapi kan.. Sayang hutang dengan abang sesuatu?" Rafli menyoal Fathiyah pula. Dia mahu berita gembira itu disampaikan sendiri tuan empunya diri.
"Aik! Berita apa pulak ye?" Fathiyah cuba berfikir-fikir sejenak. Ting!! Mentol atas kepala(hahaha)
Baru dia teringat akan hal yang satu itu.
"Erkkk"
"Apa erkk.. erkk.. Cer citer! Cer citer!" Gaya Usop Wilcha ditiru Rafli.
"Hahahaha" Fathiyah pula tergelak lucu.
Comel sangat abang ni. Bikin adik grrrr... Geram nak terkam.
"Alaaa.. Abang mesti dah tahu kan..kan.." Hujung bantal peluk digentel-gentel.
"Abang nak dengar daripada mulut sayang sendiri. Baru feel, sayang."
"Ewah! Demand kemain"
"Ehem.. Abang bakal menjadi walid tak lama lagi. Sayang mengandung." Ujar Fathiyah teruja.
"Alhamdulillah.. Tak sia-sia usaha abang. Tahniah untuk sayang juga bakal menjadi seorang Ummi." Balas Rafli seraya mengucup ubun Fathiyah.
Tak semena-mena, air matanya turut mengalir. Penuh syahdu. Dalam hatinya sarat dengan kata-kata syukur ke hadrat Illahi.
"Terima kasih abang sebab masih setia di samping sayang. Sayang dah maafkan abang dah. Lepas ni, jangan nak buat perangai macam tu lagi. Awas!" Kata-kata Fathiyah terselit amaran buat Rafli.
"Hahaha.. Yerr.. Apa-apa kita bincang dulu kan. Abang serik dah. Menyesal sangat." Jujur. Rafli kesal.
"Janganlah nangis-nangis. Nanti kang sayang ikut nangis jugak. Melarat pulak."
"Hahaha.. Tangisan kegembiraan ni sayangku." Rafli mula menindih tubuh Fathiyah.
Kucupan demi kucupan dihadiahkan untuk isteri kesayangnnya yang seorang ini.
Tiada ganti. Dia seorang saja.
Selamanya Dia......
sorry lambat..stuck..erghhh❤️
Share this novel