Kejap-kejap Fathiyah kalih ke kiri. Kejap-kejap dipusingkan pula badannya ke kanan. Tubuhnya benar-benar tidak selesa saat ini.
Suhu aircond tidak dapat menghilangkan rasa bahang di dalam badannya.
Perlahan-lahan air mata Fathiyah mengalir lagi. Buat kesekian kalinya.
"Mana abang pergi?" Rintih Fathiyah.
Fathiyah bangkit, lalu dia melangkah penuh berhati-hati menuju ke arah almari pakaiannya bersama Rafli. Almari itu dibuka. Dia mencapai T-shirt kegemaran suaminya.
Kemudian T-shirt itu dibawa ke dalam pelukannya erat. Dicium dan dihidu. Dia rindu akan suaminya. Terlalu rindu. Tanpa sebarang kata, hanya kedengaran esakan yang tertahan-tahan oleh Fathiyah. Seolah-olah dia sedang memendam rindu yang amat mendalam terhadap Rafli. Air mata Fathiyah semakin laju menitis dan telah membasahi baju tidur yang dipakainya.
T-shirt suaminya itu dibawa bersama ke arah katil semula lantas tubuhnya dibaringkan mengikut keselesaan.
Tangannya mencapai telefon bimbitnya yang berada di meja kecil bersebelahan katilnya itu.
Jam telah menunjukkan pukul 1pagi tetapi Fathiyah sudah terjaga, akibat demam yang dialaminya tidak menunjukkan tanda-tanda ingin reda. Walaupun panadol sudah ditelan.
Fathiyah tidak pernah berhenti menghantar whatsapp kepada Rafli. Tetapi orang di sana masih tidak respon, walhal sudah dibaca. Apa yang berlaku kepada suaminya? Fathiyah sendiri tiada jawapannya. Dia juga buntu memikirkan apa yang terjadi. Dua hari lepas, Rafli masih elok seperti hari-hari lainnya. Ceria dan tidak pernah mengabaikan panggilannya walaupun sekali. Kenapa tiba-tiba? Hati Fathiyah tertanya-tanya.
*Abang...*
*I miss u a lot*
*Please reply sayang*
*Sayang tunggu abang free yer*
*Sayang tak ganggu abang*
*Sayang JANJI!!*
*(TT)* emoji sedih dihantar.
Skrin telefon bimbitnya dipandang. Bluetick.
'Abang tak tidur lagi.. tapi kenapa abang tak balas' Bisik hati kecil Fathiyah. Kecewa yang Fathiyah rasakan kini. Dia pasrah.
Kelopak matanya semakin memberat. Fathiyah lena malam itu dengan rindu yang sarat pada suami tercinta.
******************
Rafli menilik telefon bimbitnya.
Banyak whatsapp isterinya masuk.
Dibaca satu per satu.
Whatsapp isterinya dipandang sayu. Jiwanya juga meronta-ronta ingin membalas tetapi dikeraskan hatinya. Ego seorang lelaki mula menguasai dirinya tanpa dia sedar.
'Abang janji.. Esok abang balik kita settle semua masalah ini ye sayang' kata Rafli sekadar di dalam hatinya.
Gambar-gambar Fathiyah di dalam telefon bimbitnya ditilik. Jari-jemarinya bermain-main dengan setiap gambar Fathiyah.
Tanpa dia sedar air matanya juga turut mengalir di setiap lekuk di pipinya. Lekas Rafli seka.
"Abang rindu...." Rafli juga merintih sama seperti Fathiyah. Ego juga yang diletak di tangga teratas. Nasiblah Rafli oiii..
Telefon bimbit Rafli yang sedang terpapar wajah Fathiyah, Rafli cium berkali-kali. Ingin menjerit takut orang lain terjaga. "Huh" keluhan kecil sahaja yang mampu dilepaskan.
"Semoga sayang baik-baik saja di sana.." Perlahan Rafli bersuara.
**********************
"Assalamualaikum..Ra.."
"Waalaikumsalam..Yah! Kenapa dengan suara kau ni? Lemah semacam je aku dengar." Laju Zara menyoal. Risau.
"Aku tak sihat ni.. Aku call kau ni pun..uhuk! uhuk! Ehem..Nak mintak tolong." Balas Fathiyah dengan terbatuk-batuk.
"Ya Allah.. Teruk bunyi batuk kau ni. Risau pulak aku. Kejap lagi aku datang rumah kau. Aku pun baru sampai rumah ni." Zara sudah mulai bimbang.
"Terima kasih Ra... Aku memang tak larat sangat nak bangun ni. Jadi tak ada siapa nak teman pergi klinik."
"Ibu mana?"
"Ibu ada seminar dari pagi tadi...Uhuk! uhuk!"
Zara sudah tidak tentu arah. Lagi-lagi bila mendapat tahu yang sahabatnya itu, tiada sesiapa yang menemaninya di rumah.
Kalut Zara menyarung t-shirt lengan panjang serta tudung sarung di tepi pintu dicapai lalu disarung. Dia berpakaian seringkasnya.
Telefon bimbitnya dicapai semula. Fathiyah masih ditalian.
"Yah... Tiyah! Kau dengar suara aku tak?"
"Ye...ye.. Aku ada ni."
"Haishh.. Kau ni.. Buat aku takut jek." balas Zara cemas.
"Tunggu tau! Jangan nak bergerak ke mana-mana. Sekejap jek lagi aku sampai."
"Aku letak dulu eh panggilan ni." Ujar Zara lagi.
"Okey" Balas Fathiyah ringkas.
******************
"Assalamualaikum!!!!!"
"Tiyah!! Oh Tiyah!!"
Zara sudah berada di hadapan rumah Fathiyah.
Tiba-tiba, Zara menepuk dahinya. Baru dia teringat yang dia tidak maklumkan kepada Fathiyah yang dia datang bersama Paksu Taqi.
Ketahuilah bahawa Zara mempunyai lesen memandu tetapi tidak punya keyakinan untuk memandu seorang diri. Oleh sebab itu, Paksu dia telah dipaksa untuk menjadi temannya tengah hari itu. Kebetulan Paksunya ada di rumah.
Apa sahaja yang berkaitan tentang Fathiyah, Paksu Taqi tidak akan membantah. Mudah sahaja dirinya menjadi pak turut. Apatah lagi setelah dikhabarkan keadaan Fathiyah yang tidak sihat.
Krekk..
Pintu utama rumah Puan Ina terkuak dari dalam.
Muncul Fathiyah dengan muka yang pucat lesi.
Zara terus berlari ke arah Fathiyah, lalu memapah sahabatnya itu.
"Kau okey tak ni? Pucat sangat muka." Soal Zara cemas.
"Macam yang kau nampaklah sekarang ni. Aku memang tak larat sangat. Ini pun aku paksa juga bangun." Jawab Fathiyah lemah. Pinggang Zara dipaut kemas bimbang dirinya akan rebah jika tiada sokongan.
Kepala dilangut ke arah hadapan. Matanya tertancap ke wajah Taqi saat ini. Kemudian, wajahnya dikalih memandang Zara.
Zara berdehem..
"Ehem.. Sorry babe.. Aku lupa nak beritahu kau tadi. Sebab dah kalut sangat. Kebetulan Paksu aku off hari ni. Kau tahukan aku mana berani bawak kereta sensorang. Sorry.." Rayu Zara meminta simpati. Perasaan serba salah mula menyelubungi dirinya ketika dan saat ini.
"Haihh.." Fathiyah mengeluh kecil. Dia sendiri pun terlupa perihal sahabatnya yang satu itu.
"Takpelah.. Nak buat macam mana kan.. Aku faham" sambung Fathiyah lagi kerana tidak mahu Zara terus dihurung rasa bersalah.
Pertolongan Zara lebih lagi diperlukan. Dia sangat-sangat hargainya.
"Dah jom! Lagi lambat kita gerak, lagi lewat kita balik nanti." Ujar Zara pula.
Pintu kereta di bahagian belakang Taqi bukakan, untuk memudahkan Zara yang memapah masuk Fathiyah agar keadaannya lebih selesa.
Taqi pula mengambil tempat di bahagian pemandu. Tanpa membuang masa, Taqi memulakan pemanduannya ke klinik kesihatan di kawasan pekan.
Fathiyah menyandar lemah di tempat duduk penumpang belakang. Matanya cepat sahaja terlelap.
maaf sedikit hambar dan kalut....:'(
Share this novel