20

Family Series 15660

Beberapa bulan kemudian...

Rafli membuka gambar yang dihantar Teha di telefon bimbitnya melalui whatsapp.

Mata Rafli seolah tidak percaya, tetapi dia tidak mahu cepat melatah. Dia kenal isterinya bagaimana. Balik nanti dia sendiri akan bertanyakan hal itu. "Apa lagi si Teha ni nak! Sampaikan sanggup hantar gambar suaminya sendiri bersama perempuan lain. Dan perempuan itu pula adalah Fathiyah, isteri aku." Rafli mendengus perlahan.

Tidak lama selepas itu, telefon bimbit Rafli pula berbunyi. Rafli melihat si pemanggil. Terlayar nama 'Ibu Tercinta' lantas dia mengukir senyuman.

"Assalamualaikum..ibu.. Ada apa ni?" tanya Rafli.

"Waalaikumsalam.. Raf balik kan minggu ni?"

"InshaAllah.. bu.. Kalau tak ada masalah dekat sini. Raf balik awal." Jelas Rafli.

"Okey.. Baguslah kalau macam tu. Ni hah si Fura ada datang rumah ibu. Dia kata nak sangat jumpa kamu. Nak bersemuka katanya. Ibu tak larat nak layan kerenah dia. Pandai-pandai kamu lah nanti." Bebel Puan Senah panjang lebar. Ada keluhan kecil di hujung sana.

Rafli menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kusut. Masalah apa lagilah yang datang ni.

"Hah! Fura? Bila dia sampai bu?" Soal Rafli terkejut.
"Semalam petang sampai. Nasib baik masa dia sampai tu. Tiyah baru gerak balik rumah ibu dia. Ibu risau dia fikir lain pula. Hah! lagi satu, ibu tengok Tiyah macam tak sihat je.. Kamu ada call dia tak ni?" Terang Puan Senah beserta soalan.

"Hurmm.. Raf belum call dia lagi ni bu. Tunggu lapang sikit. Line pun ada tak ada saja dekat kawasan ni. Ini pun sebab Raf keluar ke pekan." Balas Rafli.

"Tak apalah kalau macam tu. Tanyalah khabar dia. Kesian ibu tengok macam tak bermaya." Kata Puan Senah. Hati tuanya risau.

Badannya disandarkan di kerusi tempat duduk pemandu. Selesakan diri.

"Baik ibu.. Sekejap lagi Raf call dia ye. Ibu janganlah risau." Rafli cuba menenangkan ibunya.

"Ha.. yelah.. Kamu pun jaga kesihatan duduk kat tempat orang tu!" Pesan Puan Senah.

"Baik bos!!" Seloroh Rafli dengan tawa kecil.

"Banyaklah kamu punya bos! Cepatlah balik bila kerja kamu dah selesai di sana. Di sini pulak nak kena settle..hehehe" gelak Puan Senah seolah mengejek.

"Ye..ye.. Raf tahu. Okey ibu..Jaga diri baik-baik. Nanti Raf balik. Nak kena gerak balik sarang dah ni. Sayanggggg ibu!!! Muah! Muah!" Tutur Rafli sebelum mematikan panggilan ibunya itu.

"Assalamualaikum.." ucap Puan Senah lagi.

"Waalaikumsalam" jawab Rafli.

Selepas sahaja panggilan itu dimatikan. Rafli terus memandu pulang ke kawasan pedalaman itu semula. Di mana kawasan itu merupakan tempat yang perlu syarikat dia dan kawan-kawannya bangunkan bersama-sama.

Janjinya pada Puan senah untuk menelefon isterinya juga, dia sudah lupa. Kesian Tiyah.

**************

*Abang..Kenapa sayang call tak dapat.. Whatsapp tak reply???*

Banyak lagi mesej yang Fathiyah hantar tapi sekadar bluetick sahaja.

Ada sedikit gusar di dalam hati Fathiyah. Bila berjauhan, dia jadi tidak keruan memikirkan apa yang terjadi pada suaminya. Cuma doa yang menjadi teman harian Fathiyah untuk menenangkan jiwanya yang berkecamuk. 'Semoga abang baik-baik saja di sana,' bisik hati kecil Fathiyah.

"Adik!!!!" Jeritan serta bunyi ketukan pintu bertalu-talu dari luar kamarnya, telah mematikan lamunan Fathiyah.

Dengan kadar segera Fathiyah bangkit dari pembaringannya. Dia dapat rasakan suhu badannya sudah mulai membahang. Kepalanya juga turut berdenyut-denyut. Fathiyah pening. Sempat tangannya mencapai besi penyidai sejadah, kerana keadaannya yang tidak begitu stabil.

Tombol pintu dipulas dari dalam. Wajah Puan Ina yang sudah bercekak pinggang itu menyapanya. Terus berubah air muka ibunya apabila terlihat wajah Fathiyah yang sedikit pucat itu.

"Eh! Kenapa pucat sangat muka adik ni?" Puan Ina menegur sambil belakang telapak tangannya diletakkan di dahi Fathiyah.

"Panasnya dik!" sambung Puan Ina lagi.

"Huh! Adik okey bu.." jawab Fathiyah lemah.

"Okey!!! Okey apa macam ni! Panas sangat. Adik demam ni. Jom ibu bawak pergi klinik." Gesa ibunya.

"Tak apa bu. Lepas adik makan panadol nanti, InshaAllah lega lah dia."

"Jangan nak mengada! Tahu dek Raf yang adik sakit, risau dia kang!" Puan Ina mula membebel.

Fathiyah bertambah sedih apabila nama suaminya disebut. Air matanya tidak segan-silu menitis perlahan lalu mengalir di kedua-dua pipinya.

"La.. Nangis pulak. Adik ada masalah dengan Raf ke?" tanya Puan Ina dengan perasaan curiga.

"Mana ada ibu...Cuma Abang Raf tak angkat call adik dari pagi tadi. Whatsapp adik pun dia tak reply just bluetick je. Tu yang adik sedih ni.." jelas Fathiyah sayu.

"Oh.. Dia busy kot tu.. Sabarlah nanti-nanti dia call lah tu" Puan Ina cuba menenangkan anaknya.

"Selalunya tak macam ni pun. Macam mana busy pun Abang mesti call adik." jiwa Fathiyah sedang kacau.

"Dah..Dah lah tu.. Jangan nak manja sangat. Adik kena biasakan diri, dalam keadaan korang berjauhan macam ini. Lama-kelamaan adik dah terbiasa. Kamu kenalah faham kerja dia tu. Mungkin dia nak call line tak ada ke. Hah! Tak gitu.. Tak baik bersangka-sangka yang bukan-bukan dekat suami. Berdosa kalau tanggapan adik tu salah. Nak syurga tak??" bebel Puan Ina panjang lebar. Soalan terakhir itu mengundang cebikan Fathiyah.

Puan Ina tersenyum melihat reaksi anaknya begitu.

Fathiyah mengangguk kecil.

Siapa tak nak syurga oiii..Hehe..

"Tapi adik tak nak pergi klinik tau! Adik rehat dalam bilik je.. Kalau tak lega jugak, esok adik pergi klinik ye bu." Rayu Fathiyah. Bukannya apa, dia cuma malas mahu menunggu lama di klinik itu kerana kebiasaannya waktu-waktu lewat begini masih ramai orang yang menunggu giliran.

"Suka hati kamulah! Eh! Kejap! Esok ibu ada seminar tau dik.. Dari pagi sampai petang, baru habis. Macam mana adik nak pergi klinik tu? Siapa nak teman?" Baru Puan Ina ingat akan jadualnya untuk hari esok.

"Alamak! Adik lupa pula.. Kalau tak ada orang teman, adik mintak tolong Zara je lah nanti. Bolehkan ibu?" soal Fathiyah.

"Baguslah kalau begitu. Apa-apa hal nanti beritahu ibu. Risau ibu tengok adik sakit macam ni. Orang nak ajak pergi klinik tak nak pulak. Degil!" Omel Puan Ina beserta ketidakpuasan hatinya terhadap si anak.

"Hehe.. Adik kan dah besar. Boleh jaga diri. Ibu janganlah risau"

"Yelah sangat...." Puan Ina membalas sambil bebola matanya diputarkan. Geram barangkali.

"Pergi makan dulu, lepas tu makan panadol. Jangan nak buat-buat lupa! Lekaslah keluar dari bilik ni! Lagi cepat adik selesai makan lagi cepat adik boleh sambung rehat. Ibu tak kacau dah." Arah Puan Ina tegas.

"Baik bu.." Fathiyah patuh. Dia akur kerana tidak mahu mendengar bebelan ibunya lebih panjang.

*Maaf hambar (TT)

Share this novel

mrsApril
2021-01-15 07:44:04 

ayat kauuuu nak syurga tu penah dengaq... ermmm


NovelPlus Premium

The best ads free experience