Bab 9

Romance Series 4584

“Assalammualaikum”

Fael memberi salam namun gadis itu masih tidak memberi reaksi. Sekali lagi Fael memberi salam tapi masih juga gadis itu tidak menoleh ke arahnya, kemudian matanya ternampak tali earphone di telinga gadis itu. Sekali lagi dia memberi salam lalu tangannya diawang-awangkan di hadapan wajah gadis itu.

Ife yang terkejut dengan kemunculan tangan itu menepis tangan Fael dengan kuat. Pantas dia menarik earphone dari telinganya dan mendongak memandang ke arah lelaki yang sedang berdiri di sebelah kanannya, tergamam Ife apabila dia melihat raut wajah itu. Ife bukannya terkejut dengan wajah tampan lelaki itu, tetapi terkejut melihat sepasang mata yang dimiliki oleh lelaki itu. Crystal blue! Persis sama sekali dengan warna mata lelaki yang cuba dilupakan oleh Ife separuh mati.

“Assalammualaikum” sekali lagi Fael memberi salam apabila gadis didepannya yang terpaku memandang wajah nya.

“Waalaikumsalam” akhirnya dengan suara perlahan Ife membalas salam Fael.

“Boleh saya duduk tak?” tanya Fael meminta kebenaran takut pulak gadis itu tak suka.

“Ni tempat awamkan, saya takde hak nak halang awak daripada duduk” sedaya upaya Ife mengawal rasa gugupnya.

“Saya tahu nie tempat awam, tapi saya nak tahu awak sudi ker tak saya duduk disini dengan awak”

“Suka hati awak la”

“Awak tak ingat saya nie lagi erk?” tanya Fael memandang wajah gadis itu.

Pantas Ife menoleh memandang muka lelaki yang disebelahnya, setelah lama menatap wajah itu baru dia teringat bahawa lelaki itu merupakan kawan kepada lelaki yang bergaduh dengan Fira semalam.

“Awak yang semalam tu kan, kawan kepada lelaki yang Fira siram dengan coconut milk shake itu kan”

“Nasib baik awak ingat lagi, ingatkan dah lupa tadi” terletus ketawa kecil dari mulut Fael.

“Bukan senang nak lupa kejadian semalam tu” tersenyum Ife apabila dia terkenang kembali peristiwa semalam.

Seketika Fael terpukau melihat wajah gadis itu sedang tersenyum, kelihatan manis sekali di matanya. Tanpa sedar dia juga mengukir senyuman sambil memandang wajah gadis itu.

Berlainan pulak dengan apa yang dirasakan oleh Ife, terasa debaran didadanya apabila dia terperasankan mata biru lelaki itu sedang ralit merenung wajahnya.

“Ehem!! Awak jangan la tenung saya macam tu, takut saya bila awak tenung saya macam tu” Ife menegur Fael yang dari tadi merenungnya hingga membuatkan dia tak senang duduk.

“Ehh! Sapa suruh awak tu senyum macam tu” ujar Fael lalu tangan dia mengurut lehernya rasa pulak ditegur merenung wajah orang.

“Rasanya saya senyum macam manusia lain jugakan”

“Memang awak senyum macam orang lain tapi bagi saya wajah awak yang tersenyum itu kelihatan indah sekali”

Memerah muka Ife apabila mendengar kata-kata yang baru diucapkan oleh lelaki yang berada disebelahnya itu.

“Dari tadi kita berbual saya belum tahu lagi nama awak nie” tanya Ife untuk menutup rasa gugupnya.

“Lupa pulak, saya Raffael panggil Fael. Awak pulak?”

“Saya Farnaz Ifeoma, panggil Ife jer”

“Ifeoma, belum pernah lagi saya dengan nama macam tu”

“Farnaz dan Ifeoma tu maksudnya sama bermaksud yang paling cantik” bukan sekali orang bertanya mengenai nama dia itu.

“Ooo macam tu, pandai ibu dan ayah awak bagi nama sesuai sekali dengan empunya nama. Cantik!”

“Ehh! Mana ada saya biasa jer la, banyak lagi yang cantik diluar tu” Kalau aku ni cantik takla Arel meninggalkan aku dan memilih Farhana yang merupakan salah seorang pelajar perempuan yang diminati ramai pelajar lelaki di sekolahnya.

“Hurmm” satu keluhan keluar dari mulut Ife bila fikirannya terkenang kembali Arel.

“Apa yang buat awak mengeluh nie? Awak tak suka saya kat sini ker?” tanya Fael apabila dia mendengar gadis itu mengeluh.

“Ehh! Tak la bukan sebab awak la, kalau awak ikhlas nak berkawan saya tak kisah” jawab Ife lalu memberikan senyuman kepada Fael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience