Bab 29

Romance Series 4584

Fira menoleh ke arah Ife yang sedang khusyuk membaca novel di tangannya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Baru semalam mereka meminta maaf antara satu sama lain selepas kejadian di kedai bunga itu. Dia ingin bertanya dengan Ife pasal Fael, tapi takut pulak sekiranya Ife mengamuk pulak mendengar nama Fael.

“Hurmm”

Ife mengalihkan pandangan dari novel yang dibaca nya ke arah Fira apabila dia mendengar kawan baiknya itu mengeluh. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Fira ketika ini.

“Kalau kau ada benda nak tanya, kau tanya jer la Fira.”

“Aku memang ada banyak benda nak tanya dengau Ife, tapi aku takut kau marah pulak kalau aku tanya.”

“Kau nak tanya pasal Fael kan?”

“Haah” lantas Fira terus menganggukkan kepala.

“Tanya jer la. Kalau boleh aku jawab.”

“Kau masih marah lagi dengan Fael ker?”

“Sejujurnya aku masih marah bab dia kata macam tu kat Arel”

“Tapi kan Ife, dia tak tahu pon pasal Arel tu. Lagipun…”

“Lagipun apa?”

“Lagipun, dia dah tak tahu nak buat apa lagi Ife. Dia dah buat macam-macam untuk tarik perhatian kau, tapi kau langsung tak pandang pon dia. Kau betul takde rasa apa-apa ker kat dia.”

Lama Ife mendiamkan diri mendengar kata-kata Fira. Dia tahu dia langsung tidak memberi peluang kepada Fael untuk mendekati dirinya. Dia akui hati dia terusik sedikit dengan kehadiran Fael dalam hidupnya, dia mula menerima kehadiran Fael.

“Aku pon tak pasti Fira, aku dah boleh menerima Fael sedikit. Aku sendiri masih keliru dengan apa yang aku rasa sekarang ini.”

‘Lebih-lebih lagi sekarang nie aku tahu Fael itu kembar Arel' namun hanya disambungnya dalam hati. Ife tidak mahu menceritakan perihal Fael dan Arel adalah adik-beradik kembar. Bukan hak dia untuk menceritakannya kepada sesiapa pon, itu adalah hal keluarga Fael.

“Maksud kau Ife?”

“Aku masih sayangkan Arel tapi pada masa yang sama aku mula suka dengan Fael. Aku rasa seperti aku menduakan Arel kerna rasa suka aku dengan Fael, dan aku juga tak mahu Fael berasa dia yang kedua selepas Arel bila dia tahu aku masih lagi sayangkan Arel.”

“Ohhh..aku faham apa yang kau cuba sampaikan. Ife kau kena berterus terang dengan Fael, kau kena bagitahu dia apa yang kau rasa sekarang ini. Aku yakin dia akan faham. Itu lebih baik daripada dia tidak mengetahui apa-apa. Jangan biarkan dia tertanya-tanya, itu lagi merumitkan keadaan. Kita mahu kejadian masa birthday kau tu terjadi lagi.”

“Betul apa yang kau cakap tu, tapi nak ker Fael berjumpa dengan aku sekarang nie. Aku tak yakinlah dia nak jumpa dengan aku sekarang nie.”

“Kalau kau nak aku boleh minta tolong dengan Afiq.”

“Hmm..bercakap pasal Afiq, bukan main rapat lagi kau dengan Afiq sekarang nie. Ada apa-apa kau tak bagitahu aku nie. Baik kau bagitahu sekarang"

“Ehh! Mana ada takde apa-apa lah. Aku dengan dia kawan jer tak lebih dari itu.”

“Hmmm kawan erk, macam tak boleh percaya jer.”

“yer kawan K.A.W.A.N”

Bukannya Ife tak tahu yang Fira dah gila bayang dengan si Afiq, tadi pon bukan main lebar senyuman melihat handphone. Wassap dengan Afiq lah tu sampaikan tersengih-sengih seorang diri. Apa-apapun Ife tumpang gembira melihat kebahagiaan yang sedang melanda kawan baiknya itu.

Berbalik pulak dengan si Fael, pelbagai persoalan yang ada di fikiran Ife sekarang. Mahukah Fael berjumpa dengan dia? Masih marahkah Fael dengan Puan Amanda? Bagaimana dengan Puan Amanda sekarang nie? Dan yang penting sekali, sukakah aku dengan Fael?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience