Bab 22

Romance Series 4584

Bukan main liat lagi mata Ife mahu terbuka, rasa seronok dapat tidur di katil sendiri di rumah sendiri, penat menaiki kapal terbang semalam masih lagi. Nasib baik jugalah dia bercuti dari solat hari nie, dapatlah bangun lambat sikit. Seusai mandi Ife mencari ibunya di dapur, kelihatan ibunya sedang membasuh pinggan.

“Pagi umi, abah mana tak nampak pun”

“Umi suruh abah kamu pergi beli ayam, umi nak masak rendang kesukaan kamu tu”

“Bestnya, tak sabar Ife. Umi lepas nie Ife nak keluar kejap erk, Ife nak jumpa gan mama kejap”

“Ok kirim salam umi kat mama ya”

“Ok umi, Ife pergi dulu. Assalammualaikum”

“Waalaikumsalam”

Ife menolak pintu kedai itu, seorang wanita menoleh ke arahnya lalu senyuman terukir dibibirnya dan berjalan mendekati Ife.

“Assalammualaikum mama” lantas memeluk wanita itu.

“Waalaikumsalam. Rindunya mama dengan Ife” wanita itu membalas pelukan Ife.

“Ife pun rindu dengan mama. Mama sihat? Umi kirim salam”

“Alhamdulillah sihat. Waalaikumsalam"

“Mama sibuk ker? Kak Sarah mana” tanya Ife memandang sekitar kedai.

“Taklah sibuk sangat, Sarah pergi hantar bunga tadi. Ife bila sampai sini? Cuti ker nie?”

“Semalam mama, cuti mama sebulan macam tu lah”

“Study macam mana semua ok? Dapat ramai kawan tak?”

“Ok jer mama, ramai juga kawan baru Ife.”

“Dah ada yang tersangkut tak”

“Sangkut apa nya mama, Ife pergi study jer mama.”

“Ife dah lima tahun nie”

“Mama Ife jalan dulu la mama, tadi dah janji dengan Fira. Nanti Ife datang lagi erk. Assalammualaikum” Ife melangkah keluar setelah menyalami wanita itu.

“Waalaikumsalam”

Ife mendudukkan diri di kerusi itu, berbulan dia tidak menjejakkan kaki disitu ke tempat yang begitu bermakna dalam hidup Ife. Hari ini merupakan hari lahirnya, setiap tahun dia pasti akan menghabiskan masanya disitu. ‘Mohd Farrell’ sekali lagi hati ini menyeru nama itu, sungguh Ife merindukan lelaki itu.

Tanpa Ife sedari ada tiga pasang yang dari tadi menhendapnya, mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk membuat kejutan.

Pap! Pap! Bunyi letupan kecil itu mengejutkan Ife lantas dia menoleh ke belakang dan wajah tiga orang yang amat dikenalinya sedang tersenggih memandangnya. Wajah Fira, Afiq, dan Fael dipandang silih berganti dengan pandangan geram kerana mengejutkannya tadi.

“Happy birthday Ife” lantas Fira memeluk Ife.

“Happy birthday Ife” ucap Afiq memegang kek.

“Happy birthday Farnaz Ifeoma” ucap Fael dengan senyuman manis di bibirnya.

“Terima kasih” ucap Ife.

“Jom makan kek nie” ucap Afiq dan Fira yang terlebih teruja daripada orang yang empunya birthday. Ife hanya tersenyum nipis melihat telatah pasangan itu.

“Awak tak gembira sambut birthday awak dengan kami ker?” Fael ingin mengetahui apa yang ada dalam fikiran Ife.

“Fael, jangan mulakan. Saya gembira jer” jawab Ife masih memandang Afiq dan Fira yang sedang memotong kek.

“Tapi muka awak macam tak gembira jer”

“”Mana ada, biasa jer la”

“Fira cakap benda yang awak suka adalah sesuatu yang dicipta oleh Allah”

“Betullah tu”

“Boleh bagitahu saya tak apa bendanya itu” tanya Fael ingin mengetahui kesukaan Ife.

“Hurmm baik awak tak payah tahulah”

“Kenapa awak taknak bagitahu?”

“Tak ada sebab saya nak bagitahu awak”

“Kenapa awak taknak buka hati awak untuk saya. Saya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan awak. Takkan itu pun susah untuk awak?” Fael berasa geram dengan Ife yang langsung tak mahu memberikannya peluang untuk mengenali dirinya.

“Bukan kita sekarang memang dah berkawan ke” Ife juga dah mula berubah nada. Marah.

“Yer tapi saya nak kenal awak. Saya sayangkan awak tahu tak!” suara Fael yang tinggi itu membuatkan Afiq dan Fira menoleh ke arah mereka.

“Ada saya suruh awak sayangkan saya!” Suara Ife juga dah sama tingginya dengan suara Fael.

“Kenapa nie?” tanya Afiq dan Fira.

“Memang awak tak suruh saya sayangkan awak, tapi sekurang-kurangnya awak bagi saya peluang untuk kenal awak, Ife”

“Bukan awak memang dah kenal ker? Apa lagi awak nak?!”

“Saya nak awak buka hati awak! Susah sangat ker tu? Hebat sangat ker lelaki yang mempunyai matanya sama dengan saya tu”

“Apa maksud awak nie! Jangan nak libatkan Arel dalam hal nie! Saya tak suka tahu tak!”

“Ooo Arel nama jantan tu, baik sangat ker sampai awak tutup pintu hati awak untuk terima orang lain! Kalau dia begitu baik kenapa dia tinggalkan awak!! Jantan macam tu baik pergi mati jer!!” Fael betul-betul tak tahu apa yang merasuknya.

Dia betul-betul cemburu dan marah dengan lelaki yang bernama Arel itu kerana Ife sangat menyayangi dia walaupun dia telah meninggalkan Ife.

Pang! Tangan Ife hinggap di pipi Fael, nafasnya turun naik menahan rasa marah terhadap Fael yang telah menghina orang yang paling penting dalam hidupnya.

“Kau jangan pernah nak menghina Arel, Arel berjuta kali lebih baik dari kau tahu tak!! Untuk pengetahuan kau dia bukan sengaja nak tinggalkan aku, tapi sebab Allah lebih sayangkan dia! Kau faham tak!!” lantas Ife mengangkat kaki pergi dari situ.
Terpempan Fael mendengar ayat yang baru masuk ke dalam telinganya, Fira sudah memejamkan matanya dan Afiq hanya mendiamkan diri tidak berani mengulas apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience