Bab 15

Romance Series 4584

Ife memandang di sekitar café itu untuk mencari meja kosong, kaki dihayun ke sebuah meja kosong yang berada di satu sudut café itu lantas dia mendudukkan diri di kerusi meja itu. Sebuah novel dikeluarkan dari begnya untuk menyambung semula pembacaannya semalam sementara menunggu kedatangan Fira.

“Assalammualaikum” Fira memberikan salam lalu duduk dikerusi di depan Ife.

“Waalaikumsalam” balas Ife dan memandang Fira.

“Sori tadi kuliah overtime sikit, kau tau la Prof Arman tu saja jer nak bagi orang keluar lambat.”

“Takper aku baru jer sampai nie.”

“Kau belum beli makanan lagi ker? Aku dah lapar nie” kata Fira sambil mengosok perutnya.

“Aku tunggu kau la nie. Dah jom”

Serentak mereka berdua bangun menuju ke tempat menjual makanan. Ramai juga pelajar yang sedang berbaris untuk membeli makanan maklumlah dah waktu makan tengah hari. Konfom semuanya kelaparan selepas menghadiri kuliah ataupun sebelum menghadiri kuliah.

Setelah selesai membeli makanan mereka berdua beriringan menuju ke meja mereka tadi. Laju Fira membaca doa makan sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut.

“Kot ye pun lapar, perlahanlah sikit kang tercekik tu nanti” Ife menegur kawan baiknya itu.

“Hihihi” Fira hanya tersenggih mendengar teguran Ife.

Ife hanya mengelengkan kepala melihat telatah Fira itu, macam budak-budak jer.

“Kau ada kelas lagi tak lepas nie” tanya Fira kepada Ife setelah mereka berdua menghabiskan makanan masing-masing.

“Ada, tapi lama lagi la pukul 3 petang nanti. Lagi dua jam. Kau takde kelas lagikan petang nie”

“Takde” jawab Fira pendek.

“Kau nak balik kolej la lepas nie?”

“Aku nak pergi CAIS lepas nie.”

“Tak sangka ehh Fira yang anti perpustakaan boleh pergi tanpa perlu dipaksa” Ife mengusik Fira.

“Ehh kau nie kan, saje jer tau. Aku dah berubah tau” jawab Fira dengan muka sedihnya.

"Tak payahlah nak buat muka sedih kat sinilah”

“Tak sangka jugakan jauhnya kite berdua nie pergi menimba ilmu”

“Jauh apanya Fira, satu Malaysia jugakan.”

“Yerla, tapi boleh dikatakan oversea tau. Kita membelah laut cina selatan tau terbang datang sini”

“Yerla tu Fira, ada-ada jer la kau nie.”

“Kau kenal tak dengan mamat yang kat belakang tu yang pakai baju hijau tu?”

“Mamat mana pulak nie” tanya Ife lalu menoleh ke belakang mencari orang yang ditunjukkan oleh Fira.

“Tu yang sebelah baju oren tu”

“Entah tak kenal pun” jawab Ife setelah dia melihat orang yang ditunjukkan oleh Fira.

“Hurrmm”

“Kenapa dengan dia? Kau kenal ker” tanya Ife kepada Fira.

“Aku pun tak kenal”

“Habis tu?” pelik Ife dengan si Fira nie.

“Yerla kot-kot senior kau ker, sebab dari tadi tau aku tengok dia curi-curi pandang sini. Meja kat belakang kita nie kosong tepi nie pun kosong, sebab tu aku rasa dia tengah pandang kita nie” jelas Ife.

“Perasaan kau jer kot”

“Dia pandang kau la tu Ife”

“Pandang aku nak buat apanya, entah-entah dia pandang kau tu. Kau tu kan cantik”

“Eleh!”

Bukannya Fira tak tahu ramai pelajar lelaki di universiti ini meminati Ife, kalau dia berjalan bersama dengan Ife dia selalu terperasan kan mereka curi-curi pandang Ife. Wajah Ife yang sememangnya cantik dari dulu lagi itu memang membuatkan ramai yang akan tertoleh untuk kali kedua, dan keayuan Ife makin terserlah setelah dia mula bertudung.

Namun tidak semua manusia itu sempurna, wajah yang cantik itu sekarang sudah tidak lagi tersenyum gembira seperti dulu, mulutnya juga tidak lagi petah bercakap, kemanjaannya juga turut menghilang bersama, dan kadang-kadang tenggelam dengan dunianya sendiri.

Fira tak tahu Ife nie buat-buat tak kisah atau pun dia sememangnya tidak tahu apa yang berlaku disekelilingnya. Satu hal yang Ife tahu, Fira telah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki, kerana pintu itu telah dirantai dan dikunci kemas oleh seorang lelaki yang telah meninggalkan Ife lima tahun yang lalu.

Ife tidak menjangka begitu utuhnya cinta seorang gadis yang bernama Farnaz Ifeoma untuk seorang lelaki yang bernama Mohd Farrell itu. Fira selalu mendoakan agar kawan baiknya itu akan menemui sinar kebahagiaan suatu hari nanti, dan akan kembali semula ke Ife yang dia kenal sewaktu mereka masih di bangku sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience