Bab 6

Romance Series 4584

Seminggu telah berlalu setelah Ife dengan Arel berpisah, seminggu itulah Fira melihat Ife berusaha sedaya upaya berpura-pura ketawa dan kelihatan gembira. Dia tahu Ife hanya mahu nampak kuat di mata orang, tapi Ife tidak dapat nak menipu Fira kerana dia dah kenal dengan Ife lebih daripada orang lain.

“Ife temankan aku boleh tak petang nie”

“Pergi mana?”

“Temankan aku cari inspirasi baru, otak aku dah beku dah tak dapat nak berimaginasi lagi untuk melukis.”

“Jadi kita nak pergi mana nie”

“Kita pergi tempat biasa erk. Boleh la”

Terdiam Ife mendengar tempat biasa yang di katakan oleh Fira itu, kerana disitu la tempat di mana Arel memutuskan hubungan mereka dua minggu lepas. Namun Fira tidak mengetahui akan hal itu.

“Ok” jawab Ife dengan perlahan.

“Orait! Sayang kau Ife. Jom balik.”

“Kejap aku yang bertugas hari nie hantar kotak nie ke bilik guru” jawab Ife yang hampir terlupa akan tugasannya itu.

“Nak aku tolong tak, nampak macam berat kotak tu dah la besar.”

“Ehh! Tak payah, ni haa kau tolong pegang beg aku nie dan tunggu aku depan pagar jer.”

Bukk! Habis keluar segala isi yang berada di dalam kotak yang dipegang oleh Ife jatuh apabila dia secara tak sengaja terlanggar seseorang sewaktu mahu membelok ke lorong arah bilik guru. Lantas Ife tunduk megutip barang-barang yang berselerak di lantai sambil mulutnya meminta maaf dengan orang yang dilanggarnya.

“Maafkan saya, saya tak sengaja tadi”

Tergamam Arel apabila dia melihat wajah Ife yang melanggarnya tadi, seminggu dia tidak melihat wajah itu. Jujur setiap pagi semasa bertugas dia berharap dia dapat melihat wajah gadis itu untuk melepaskan rindu yang menebal di dalam hatinya.

Ife yang siap mengumpul barang itu mendongak apabila dia merasakan orang yang dilanggarnya masih lagi belum berganjak dari tempat tadi. Membulat mata Ife bila dia melihat seraut wajah yang sungguh dirinduinya dan yang sukar untuk dilupakan itu. Selama seminggu itu Ife cuba mengelak daripada bertembung dengan Arel, dia menggunakan pintu pagar yang terletak di bahagian belakang sekolah itu kerana Arel hanya bertugas di pintu pagar yang dihadapan sekolah pada waktu pagi. Bak kata orang dunia ini memang kecil, apatah lagi sekolah dia ini lagi la kecil.

“Maafkan saya sekali lagi” ucap Ife lalu bangun. Baru dua tapak kaki nya melangkah, tiba-tiba dia merasa ada sepasang tangan mengambil kotak itu dari tangannya. Hanya melalui dari tangannya saja Ife dapat mengagak sapa empunya tangan itu.

“Nak hantar nie pergi bilik gurukan” tanya Arel kepada Ife.

“Saya boleh hantar sendiri” lalu tangannya mahu mengambil kotak itu daripada Arel. Tapi Arel pantas mengalihkan kotak itu daripada dicapai oleh Ife.

“Kotak nie berat, biar saya angkat dan awak hanya perlu jalan jer” ketika ini Arel masih mahu bersama dekat dengan Ife.

“Kalau macam awak letak jer kat meja Cikgu Sharul, saya balik dulu. Assalammualaikum” lalu Ife melangkah pergi meninggalkan Arel. Sungguh hatinya masih lagi belum dapat melupakan hubungan yang mereka bina yang berusia hampir dua tahun itu.

Arel hanya memandang sayu belakang Ife yang semakin menjauh meninggalkannya, kalau diikutkan hati ingin dia mengejar Ife dan memeluk gadis itu. Namun, dia telah memilih jalan untuk memutuskan hubungan mereka demi kebaikkan gadis itu juga.

Petang itu, Ife menemankan Fira mencari inspirasinya di tepi pantai itu. Sesungguhnya Arel memang kejam, dia memutuskan perhubungan mereka di tempat yang sangat bermakna bagi Ife.

Fira yang melihat Ife hanya mendiamkan diri dan hanya memandang ke depan. Selalunya Ife la orang yang paling bersemangat datang ke situ, maklumlah tempat kesukaan Ife.

“Ife kenapa diam jer nie”

“Takde apa-apa la Fira, aku hanya menghayati keindahan ciptaan Allah nie”

“Ife, aku kawan dengan kau dah lama tau. Aku tahulah kalau kau tu betul-betul gembira atau berpura-pura gembira”

“Arel putuskan hubungan kami di tempat nie dua minggu lalu” ucap Ife dengan suara yang perlahan.

“Apa? Betul ker? Kenapa kau tak bagitahu dari awal lagi? Kalau aku tahu aku takkan ajak kau datang sini” jelas terpancar wajah bersalah dimuka Fira.

“Takde apa-apa Fira. Aku ok jer nie”

“Betul kau ok nie?” tanya Fira inginkan kepastian daripada Ife.

“Yer” jawab Ife lalu senyum memandang Fira.

“Nak makan milk shake tak? Aku belanja”

“Ok! Aku nak coconut milk shake tau”

“Orait kau tunggu sini jap” lalu Fira bangun menuju ke arah tempat menjual air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience