Bab 13

Romance Series 4584

Fira mengajak Ife untuk makan di kantin sekolah pada waktu rehat pada hari itu, Ife hanya menurut kehendak kawannya itu. Hari itu fikirannya memang sering sekali merawang memikirkan peristiwa yang berlaku di perpustakaan semalam. Kepalanya terasa berdenyut memikirkan perangai Arel yang satu itu, dahulu dia yang bagai nak rak meminta hubungan mereka putus tapi semalam dia mengungkap kata cinta pulak pada Ife. Sungguh Ife buntu untuk meneka apa sebenarnya kehendak makhluk Allah yang satu itu.

Fira memandang pelik wajah Ife yang begitu kusut pada pagi itu, kali terakhir dia melihat Ife seperti itu adalah sebulan yang lalu.

"Ife, kenapa nie?”

“Hurmm aku tak tahu la Fira”

“Tak tahu apa, cuba bagitahu kat aku”

Ife menceritakan segala-gala yang berlaku di perpustakaan semalam dari A to Z kepada Fira. Terlopong mulut Fira mendengar apa yang diceritakan oleh kawan baiknya itu.

“Jadi kau rasa mana satu yang betul nie?” tanya Ife kepada Fira.

“Aku tak tahu la Ife” sungguh Fira pun tak tahu mahu menjawab kerana dia juga tidak tahu jawapannya.

“Tu la, benci tau dengan dia tu”

“Aku tahu la Ife kau tu bukannya benci sangat pun dengan dia”

“Hurmm”

Tengah hari itu semasa mahu melangkah dari pagar sekolah, Fira dengan Ife bertembung dengan Farhana yang bediri di tepi pagar itu seperti menunggu seseorang. Ife dan Fira terus berjalan tidak mengendahkan Farhana yang memandang mereka berdua, tiba-tiba Farhana berdiri di depan menghalang laluan mereka berdua.

“Kau nak apa ni!” tanya Fira dengan suara yang agak tinggi.

“Aku bukan nak cakap dengan kau, aku nak cakap dengan dia” tangan Farhana menunjuk ke arah Ife.

“Kau nak apa?” tanya Ife kepada Farhana.

“Kita cakap kat situ” tunjuknya ke arah sebuah pondok yang berada di Taman Sains sekolah mereka itu dan melangkah pergi menuju ke situ.

Fira dengan Ife memandang satu sama lain sebelum turut melangkah mengekori langkah Farhana. Setibanya disitu, Ife terus menanya Farhana kerana dia tak mahu berlama-lama di situ.

“Kau nak cakap apa sebenarnya nie. Cepatlah” gesa Ife kepada Farhana.

“Aku nak cakap pasal Arel. Kau tau kan dia pindah sekolah” tanya Farhana memandang wajah Ife.

Farhana akui wajah Ife memang cantik dan ayu, tak hairanlah Arel sayang kat dia separuh mati. Sehingga sanggup mengorbankan cintanya agar Ife boleh mencari kebahagiaan lain.

“Tahu” jawab Ife pendek.

“kau jumpa dia semalamkan” tanya Farhana lagi.

“Boleh tak kau terus cakap direct to the point, tak payah nak berkias-kias” tanya Ife dengan nada yang geram.

“Mungkin kau tak percaya dengan apa yang aku cakap nie nanti tapi terpulang lah samada kau nak percaya atau tak. Arel dengan aku tak pernah bercinta pun. Memang benar aku pernah luahkan perasaan kat dia, tapi dia menolak cinta aku dengan baik. Dia cakap hati dia telah lama dimiliki oleh seorang gadis yang bernama Farnaz Ifeoma, dan hanya gadis itu yang mampu membuatkan jantung dia berdegup dengan kencang. Selepas itu, Arel masih lagi sudi untuk terus berkawan dengan aku dan aku juga dah boleh terima bahawa aku takkan dapat menawan hati dia.”

“Habis yang hari itu apa pulak?” Fira menanya Farhana setelah dia mendiamkan diri dari tadi.

“Arel minta tolong dengan aku supaya berlakon menjadi kekasih dia untuk memutuskan hubungan kamu berdua. Dia nak kau percaya bahawa dia sudah tak mencintai kau lagi” jawab Farhana memandang wajah Ife.

“Kenapa pulak dia nak aku percaya bahawa dia sudah tak mencintai aku lagi” tanya Ife kepada Farhana.

“Rasanya aku bukanlah orang yang sesuai untuk menceritakan hal sebenar kepada kamu” lantas Farhana mengambil keluar sepucuk sampul lalu menyerahkannya kepada Ife.

“Apa benda nya nie?” tanya Ife lalu mengambil sampul itu.

“Kamu akan tahu bila kamu buka nanti. Maafkan aku” ucap Farhana lalu bangun melangkah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience