Bab 10

Romance Series 4584

Afiq mencari kelibat rakan baiknya di sekitar pantai itu, Fael telah pun tiada dibilik mereka sewaktu dia melangkah keluar dari bilik mandi tadi. Kemudian dia melihat kawan baiknya itu sedang berbual dengan seorang gadis, sesekali terdengar ketawa mereka berdua. Jarang sekali Afiq melihat muka Fael berseri-seri dan tersenyum, rupa kacak itu jarang sekali mahu tersenyum dan tertawa dengan orang yang baru dikenali. Kaki melangkah mendekati pasangan itu, ingin sekali Afiq melihat rupa gadis yang mampu membuat kawan baiknya jadi macam tu.

“Ooo sini kau rupanya, dari tadi aku cari. Dah jumpa awek terus lupa kat aku nie erk” tangannya menepuk bahu Fael.

“Ehh Afiq. Kau buat apa kat sini?” tanya Fael kepada Afiq.

“Aku nak kutip balik ulat bulu yang aku bela daripada terus memanjat daun” Afiq memerli kawan baiknya itu.

“Kalau macam tu kau tunggu apa lagi, kang lari pulak ulat bulu tu” balas Fael kerna dia tahu Afiq memerlinya.

“Eleh! Tak nak kenalkan kat aku ker, jangan risau kalau dia terpikat dengan aku nanti aku on jer”

“Ehh! Perasan betul kau nie Afiq, ingat hensem sangat ker”

“Kau kawan dengan aku dah lama, takkan kau tak tahu lagi”

“Yerla tu, Ife kenalkan ini Yafiq, panggil Afiq jer. Afiq, nie Ifeoma panggil Ife”

“Hai, Ife” ucap Ife lalu memberikan senyuman kepada Afiq.

“Hai, Afiq. Kalau tak silap awak ni kawan minah semalam tu kan?” tanya Afiq setelah dia dapat mengingat di mana dia pernah melihat wajah Ife itu.

“Yer, saya minta maaflah atas kejadian yang semalam tu.” Ife terus meminta maaf dengan Afiq.

“Ehh! Takpe Ife dia ni pun salah juga semalam” Fael menjawab lalu menepuk lengan Afiq.

Fira telah menyiapkan beberapa lakaran daripada inspirasinya yang datang mencurah-curah pada pagi itu. Lupa pulak dia Ife yang sedang ‘menemaninya’, dari jauh dia melihat ada dua orang lelaki sedang berbual dengan Ife.

Selepas selesai mengemas segala peralatan melukis nya, Fira bangun melangkah menuju ke arah Ife. Terus kakinya dihayun dengan lebih laju apabila dia mengenali lelaki yang bersama Ife itu, lelaki semalam yang disiramnya dengan milk shake. Fira takut lelaki itu mengacau Ife, maklumlah Ife juga ada bersamanya semalam.

“Hoi beruk! Kau nak buat apa dengan kawan aku nie?!” tanya Fira lalu bediri di depan Afiq.

“Toyol nie lagi, panjang umur betul la kau nie.” Jawab Afiq memandang wajah Fira yang berada di depannya.

“Ehh! Kau kalau ada masalah cari aku, jangan kacau Ife” lalu tangannya menujuk tepat ke muka Afiq.

“Hey toyol! Cuba kau tanya kawan kau tu aku kacau dia ke tak, sukati jer nak tuduh orang” balas Afiq lalu menepis tangan Fira itu.

“Jap Fira, dorang tak kacau aku. Dorang cuma berbual jer” ujar Ife lalu menarik tangan Fira.

“Betul tu Fira, kami hanya berbual kosong jer dengan Ife. Kami ikhlas nak berkawan nie. Kan Afiq?” Fael pulak bersuara lalu menyiku Afiq untuk mengiakan kata-katanya.

“Fael, aku ikhlas nak berkawan dengan Ife jer. Tapi dengan toyol nie jangan harap, tak ingin aku!” jawab Afiq lalu menyilangkan tangannya ke dada.

“Hello!! tolong sikit, ingat aku nie nak sangat ke berkawan dengan beruk macam kau nie. Bagus lagi aku berkawan dengan beruk pak Usop yang panjat pokok kelapa itu, ada lagi untungnya boleh dapat duit!” Geram pulak Fira mendengar kata-kata Afiq itu.

“Dah la tu. Korang ni kan begaduh macam nie, kang nanti korang dua berkawin baru tau” ujar Fael kepada Afiq dan Fira.

“Memang tak la!!” serentak Afiq dengan Fira menyahut memandang Fael kemudian memandang satu sama lain apabila mereka mengucapkan ayat yang sama.

“Tu serasi pulak korang berdua menjawab” Ife pulak menambah menyokong kata-kata Fael.

“Ife!” sekali lagi serentak Afiq dengan Fira menyahut memandang Ife kemudian memandang satu sama apabila mereka sekali lagi mengucapkan benda yang sama.

Serentak itu juga Afiq melangkah ke kanan dan Fira melangkah ke kiri meninggalkan Fael dan Ife.Fael dengan Ife hanya mengeleng kepala melihat telatah kedua-dua rakan baik mereka itu. Seketika mereka memandang satu sama lain sebelum meletus ketawa mereka berdua bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience