Bab 8

Romance Series 4584

Afiq menghempas tubuhnya di sofa setelah selesai mandi mencuci badannya yang melekit dek kerana disimbah dengan coconut milk shake gadis yang bernama Fira itu. Rasa geram dan marah masih lagi belum reda, kalau dia jumpa perempuan tu lagi sekali tau la dia nanti. Rambut yang basah itu digosok dengan kuat menggunakan tuala.

“Masih marah lagi ker Afiq?” tanya Fael kepada rakannya yang sedang mengeringkan rambut dengan tuala.

“Yerla kalau kau ditempat aku pun kau marah jugakan”

“Tu la kau, dia dah minta maaf tu masih juga kau marah dia”

“Fael kau ni kawan aku ke tak nie? Yang kau pergi backup perempuan tu apasal” geram pulak Afiq bila Fael seakan berpihak pada gadis itu.

“Aku bukan nak backup sapa-sapa pun, dia kan dah minta maaf lainlah kalau dia cabut macam tu jer barulah kau patut mengamuk dengan dia. Boleh bincang elok-elokkan”

“Hmph! Kau tau tak tu baju kesukaan aku la”

“Laa kalau macam tu baik lain kali kau bungkus elok-elok lepas tu kau simpan jer dalam almari tu. tak kotor baju tu nanti” ketawa Fael melihat telatah rakannya itu.

“Ish! Kau nie kan!” tuala yang dipegang dibaling ke arah Fael.

Pada masa yang sama Fira dengan Ife duduk di buaian depan rumah Ife. Fira menceritakan segala yang terjadi tadi kepada Ife. Ife tahu rakannya itu memang tak sabar orangnya, tambah lagi apabila orang itu bersikap kurang ajar. Pernah sekali menumbuk seorang pelajar lelaki yang bersikap biadap dengan pakcik yang bekerja di kantin sekolah mereka.

“Dah la tu, nah minum air nie biar sejuk sikit hati itu” gelas yang berisi air itu disuakan kepada Fira.

“Terima kasih. Geram betullah dengan mamat tu, tapikan aku belum pernah nampak muka dia kat sini” lalu diteguknya air itu.

“Mungkin yang datang bercuti kot, sekarangkan hujung minggu”

“Betul juga tu, tapikan macam manalah orang macam tu wujud di dunia nie. Kawan dia ok la pulak, kesian dengan kawan dia tu berkawan dengan beruk yang berasal dari mana entah.”

“Ish dah la tu, kau pun salah juga. Yang kau pergi siram dia sekali lagi dengan air tu kenapa pulak”

“Baru padan dengan muka dia Ife, baru dia tahu langit itu tinggi ke rendah”

“tapi lawak jugakan muka dia masa kau siram dia tu.”

Serentak bederai ketawa mereka berdua bila mengenang kembali muka lelaki yang disiram oleh Fira tadi.

“Esok kau nak ikut?”

“Kau nak pergi mana Fira?”

“Tadi kan aku belum sempat lagi melukis apa-apa pun” ujar Fira lalu membuat muka sedihnya.

“Ehh nak pergi pantai lagi la nie? Kau tak takut terserempak dengan lelaki itu lagi?”

“Yerla, nak takut buat apa Ife aku tumbuk kang kalau dia kacau aku lagi nanti” lalu diangkat tangan yang dikepalkan di depan Ife.

“Hahaha ada-ada jer la kau nie”

“Aku balik dulu la, dah lewat ni kang membebel Puan Haslimah. Assalammualaikum”

“Waalaikumsalam” Ife memandang permergian kawannya dengan senyuman.

Pagi itu Ife hanya memerhatikan Fira yang kelihatan fokus sekali melukis apa Ife pun tak tahu. Ife mengambil earphone dari dalam beg yang dibawanya, lalu disumbatkan ke telinga mendengar lagu sambil menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi itu.

Sekali lagi fikirannya merawang mengingati wajah seorang lelaki yang sangat dirinduinya, dia rindu untuk menatap sepasang mata biru milik lelaki itu. Apa agaknya Arel sedang lakukan ketika ini? Pertemuannya dengan Arel semalam betul-betul mengusik hatinya, terasa lemah lututnya apabila mata biru lelaki itu memandang dirinya.

‘Arghh!! Ife kau kena lupakan dia Ife, dia dah orang lain dah Ife. Tapi aku masih sayangkan dia, aku sayangkan lelaki yang bermata biru bernama Mohd Farrell itu!’ semuanya hanya mampu diluahkan di dalam hati gadis yang bernama Farnaz Ifeoma.

Mata Fael terus menangkap susuk tubuh gadis yang dilihatnya semalam, dia memang berharap dapat melihat gadis itu lagi hari ini, tak sangka pulak rezeki datang kepadanya secepat itu. Kaki dihayun pergi mendekat ke tempat gadis itu sedang duduk, kakinya berhenti setelah jarak dia hanya tinggal tiga langkah jer lagi.

‘Nak tanya ke tak nie nanti apa kata dia bila aku tanya tiba-tiba, entah-entah dia tak ingat pun aku ni semalam. Jangan-jangan nanti dia marah juga kat aku, Afiq kan bergaduh dengan kawan dia semalam. Kau tak cuba lagi manalah kau tau, belum cuba belum tahu.’ Fael berperang dengan perasaannya sendiri, akhirnya dia memutuskan untuk mencuba nasib

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience