Bab 3

Romance Series 4584

Tok! Tok! Segera Arel menoleh ke arah pintu biliknya saat mendengar bunyi ketukan, senyuman terukir dibibirnya saat melihat wajah ibunya yang sedang memegang gelas berisi air susu. Gelas itu diletakkan oleh ibunya di sudut meja tempat Arel sedang membuat kerja sekolah itu.

“Arel buat apa tu?” tanya Puan Amanda lalu mendudukkan diri di katil anaknya itu.

“Arel siapkan kerja sekolah mama, esok dah kena hantar dah” balasnya sambil menyambung kembali menyiapkan kerja sekolahnya itu.

“Bila exam awal tahun Arel mula?”

“Minggu depan dah mula dah mama”

“Dah sedia ker nak exam nie?”

“Mestilah mama, Arel dah siap dah ulang kaji semuanya” ujarnya lalu mengambil gelas untuk meminum air susu itu.

“Baguslah kalau macam tu. Ingatkan Arel sibuk berdating jer dengan si Ife tu”

Ahuk! Terserdak Arel mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulut dari mulut mamanya itu.

Puan Amanda tersenyum melihat reaksi Arel yang terkejut dengan kata-katanya, dia tahu betapa anak lelakinya itu menyukai gadis yang bernama Farnaz Ifeoma itu. Dia pernah berjumpa beberapa kali dengan gadis itu. Gadis itu memang cantik dimatanya, bulu kening yang lebat, memiliki sepasang mata yang bundar, hidung yang mancung, bibir yang nipis, dan rambut panjang yang ikal mayang. Namun, keperibadian gadis itu yang sungguh menrendah diri, menghormati orang tua, manja dan murah dengan senyuman membuatkan dia menyenangi gadis tersebut. Tak hairanlah anak lelaki nya ini boleh jatuh cinta dengan gadis itu.

“Mama! Mama cakap apa nie?” terus wajahnya yang berkulit cerah itu memerah menahan malu.

“Eleh! Arel ingat mama tak tahu ker anak mama nie dah gila bayang dengan si Ife tu.”

“Hihihi mama tahu erk?” ujar Arel lalu tersenggih memandang wajah ibunya.

“Mama tahu Arel sayang dengan Ife tu, tapi Arel kena ingat Arel kena jaga batas Arel dengan dia. Mama taknak nanti Ife kecewa dengan Arel. Dia tahu ker pasal hal yang satu itu?” ujar Puan Amanda lalu memandang wajah Arel terpancar kasih sayang yang tak terhingga untuk anaknya itu.

“Arel belum lagi bagitahu dia mama. Arel takut mama macam reaksi Ife kalau dia tahu nanti” balas Arel dengan suara yang perlahan.

“Mama harap Arel dapat bagitahu dia secepat mungkin, mama tahu Arel juga terseksa menanggung semua nya. Mama nak Arel tahu apa pun yang berlaku, jangan pernah lupa tau mama sentiasa di sisi Arel. Jangan lupa juga meminta petunjuk dan kekuatan daripadaNya, kerana kita sebagai manusai hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan semuanya.”

Arel hanya mendiamkan diri mendengar nasihat yang diberikan oleh mama nya itu. Arel tahu mamanya hanya mahukan yang terbaik untuk dirinya.

“Mama masuk tidur dulu. Arel habiskan air dan kerja rumah tu dulu, lepas tu pergi tidur” tangannya menepuk lembut bahu Arel lalu menuju ke arah pintu.

Malam itu terasa susah sekali untuk Arel melelapkan matanya, dia masih lagi memikirkan perbualannya dengan mamanya tadi. Macam mana la reaksi Ife nanti kalau dia bagitahu perkara itu, mahukah Ife terus menyayangi dirinya? Apakah Ife akan meninggalkan diri nya seorang diri setelah mengetahui pekara sebenar? Sanggupkah dia menerima seandainya Ife mebuat keputusan untuk meninggalkan dirinya.

‘Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan untuk memberitahu perkara sebenar kepada Ife, aku takut dirinya akan meninggalkan diri ini seorang diri. Aku tahu semua yang terjadi kepada diri ini adalah kehendakMu, dan aku redha dengan suratan takdir ini. Amin.’


*******
Akhirnya setelah seminggu berhempas pulas memerah otak menjawab ujian awal tahun itu telah pun berakhir, terasa sebiji bongkah besar hilang daripada bahu Ife. Dikerling nya Fira yang sedang meniarap dimeja itu, pasti Fira telah menggunakan otak nya ke tahap maksimum maklumlah ujian Matematik yang last sekali tadi merupakan kelemahan Fira.

“Oit! Macam mana math tadi? Dapat jawab tak?” tanya Ife kepada Fira.

“Macam tu la Ife. Dapat juga aku jawab beberapa soalan tadi, nasib baik la hari tu kita sempat meminta tunjuk ajar daripada buah hati kau itu.”

“Tu la kau, cikgu ajar kat depan kau sibuk melukis di belakang.”

“Alaa kau kan tahu aku ni kan bakal fashion designer yang bakal meletop di Malaysia nie”

“Yerla tu, jangau kau buat Puan Haslimah itu ‘meletop’ dengan result kau nanti dah la” bukan Ife tak tahu ibu Fira tu sangat tegas dengan Fira yang selalunya kecundang dalam exam. Mana taknya asyik sibuk dengan lukisan dia jer, tau la ada bakat melukis tapi janganla sampai mengabaikan subjek lain.

“Ish! Mulut kau nie kan. So petang ni kau buat apa erk? Jom lepak kan exam dah habis nie”

“Maaflah kawanku tersayang, aku dah ada plan dengan Arel” ujar Ife lalu tersenyum.

“Eleh! Tak best la macam nie” wajah Fira terus bertukar kelat.

“Nanti kita keluar sama-sama erk. Janji”

“Yerla”

“Ok! Jom la taknak balik ker nak tidur sini” lalu Ife pun bangun melangkah keluar dari kelas itu.

“Ehh! Tunggu lah Ife” laju kaki Fira mengejar langkah kaki Ife.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience