Bab 28

Romance Series 4584

Afiq berasa geram melihat keadaan kawan baiknya itu. Ini dah termasuk tiga hari dia tidak mendengar khabar berita daripada Fael. Kol tak angkat, wassap pon tak dibaca apatah lagi mahu dibalas. Last seen pon tiga hari yang lepas. Entah hidup atau tak lagi nie. Nasib baik la sahabat dunia dan akhirat. Setelah diberitahu oleh Mak Jah yang Fael ada di bilik, Afiq terus menuju ke arah bilik Fael.

Afiq hanya mampu mengelengkan kepala apabila dia melihat keadaan Fael sekarang ini. Fael sedang duduk di hadapan TV dengan controller ps4 ditangan, volume TV yang mampu memekakkan telinga, makanan dan minuman ringan bersepah di atas meja, dan rupa Fael yang serabai lagi.

‘Ini lagi parah daripada yang aku sangka ni’ desis Afiq didalam hati.

“Fael!”
“Fael!”

Afiq yang geram dengan tindakan Fael yang mengedahkannya terus mencabut plug TV.

“Hey!” Fael terkejut apabila tiba-tiba skrin TV nya tiba-tiba menjadi gelap, seketika baru dia terperasankan Afiq yang sedang memegang plug TV dengan muka yang ingin menelan Fael hidup-hidup.

Gulp! Fael berasa cuak apabila Afiq mula berjalan perlahan-lahan ke arahnya seperti pemangsa sedang memburu mangsanya.

“Afiq, bila kau sampai? Aku tak perasan kau datang.”

“Kalau volume TV kau tu tak memekak dan tidak terlampau khusyuk dengan PS4 tu, kau tentu tahu aku datang. Aku kol tak jawab, wassap kau tak baca. Kau tahu tak aku risau dengan kau ni, aku ingat bagi kau ruang dan masa untuk tenangkan diri. Aku tahulah kau sekarang tengah kecewa pasal Ife, tapi kau masih ada aku. Aku takkan pernah tinggalkan kau seorang.”

“Wow!”

“Apa yang wow nya Fael?”

“Tak sangka pulak rezeki aku hari ini dapat dengar segala luahan cinta kau pada aku Afiq. Aku tahu cinta kau pada aku suci dan murni, tapi maaf aku tak boleh nak menyimpang ke arah itu.”

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

“Tengku Mohd Raffael Bin Tengku Rasydan!”

Fael terus angkat kaki lari daripada harimau aka Afiq yang sedang mengejarnya dengan muka yang memerah sedang menahan marah. Entah mana silapnya, kaki Fael terpijak bungkus keropok lalu bump!

“Kahkahkahkah! Padan muka kau. Tu lah orang cakap mata kena pandang depan kalau berjalan.” Afiq ketawa seperti orang terkena hysteria apabila melihat kawan baiknya jatuh gedebuk mengalahkan nangka busuk.

“Ceh! Bukannya nak tolong orang, malah ketawakan orang pulak” Fael berasa geram melihat Afiq yang sedang ketawa mengalahkan pontianak itu.

“Hahaha yerla. Salah kau jugakan sapa suruh kau sepahkan semua ni, lain kali jangan buang sampah merata-rata. Dah jom, aku kemaskan bilik kau nie dulu dan sementara itu kau pergi mandi. Kasi wangi kau dah macam bau entah apa dah dan satu lagi jangan lupa tu shave muka kau tu, kalah semak samun di kebun atuk aku. Lepas kau siap kita pergi keluar bagi kau hirup udara yang lebih segar dan bersih.”

“Eleh busuk konon, tapi tadi kau juga luahkan rasa cinta kau kat aku.” Fael segera menutup pintu bilik mandi apabila melihat Afiq sedang melontar kusyen ke arahnya.

Setelah selesai mengemas bilik Fael, Afiq memrebahkan badannya di atas katil Fael. Lantas dia mengambil handphone dan dia tersenyum apabila melihat nama seseorang yang sering muncul di fikirannya. Fira.

Fira - Awk kat mana ni?
Fira - Sibuk sangat ker?
Fira - Afiq?
Fira - Hidup lagi ker Afiq?
Fira - OK BYE!
Afiq – Sori, tadi busy sikit sedarkan kawan baik Fiq yang tak sedar lagi tu.
Afiq – Awk merajuk erk?
Afiq - Jngn la mrajuk hilang seri di muka awk tu nanti.
Fira- Hidup lagi rupanya. Ok tak Fael?
Afiq – Hahaha dia ok la. Lepas ni nak kluar gan dia.
Fira – Ok. Drive safely.
Afiq – Ok. Nanti Fiq wassap Fira.

Fael memerhatikan Afiq yang tersengih-sengih memandang handphonenya hanya mengelengkan kepala. Dia tahu kawan baiknya itu menhidapi sakit angau sekarang. Sejujurnya Fael berasa cemburu dengan Afiq dan Fira, berbanding dengan dirinya.

"Hurmmm"

Afiq segera menoleh apabila dia mendengar suara orang mengeluh. Dia melihat wajah kawan baiknya sekarang lebih segar dan bersih daripada tadi.

“Ehh! Bila kau siap nie?”

“Aku dah nak berjanggut dah tunggu kau siap dengan wassap kau tu. Tahulah kau tu tengah ‘honeymoon’ sekarang nie.”

“Sori lah, dah jom. Aku belanja kau. kau cakap jer nak apa semua aku tanggung.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience