Bab 21

Romance Series 4584

Ife menghempaskan begnya di meja sebelum merebahkan diri di katilnya, tangannya memcicit pelipis. Fira hanya memerhatikan tingkah laku Ife, belum pernah lagi Ife menghempas barang macam itu. Ini mesti ada kena mengenai dengan Fael, sejak kebelakangan ini nama Fael selalu disebut oleh Ife.

“Ife kenapa nie? Fael ker?”

“Sapa lagi kalau bukan dia tu?” jawab Ife geram.

“Dia buat apa lagi kali nie?”

“Dia masuk kelas aku hari nie kelas Prof Nurin yang mengalahkan singa itu.”

“Biar betul? Tapi takkan dia boleh kantoi, kan banyak student”

“Memang la banyak, tapi masalahnya dia tu menonjol sangat. Mana tak nya, perempuan kat kelas tu sibuk memandang ke arah Fael bukannya memandang slides di depan. Apa lagi si singa tu pun tanya siapa dia, bila dia tahu Fael tu bukan student dia terus dia tanya kenapa dia boleh ada kat situ.”

“Jadi Fael jawab apa” bukan main teruja Fira mendengar cerita itu.

“Dia cakap perempuan yang cantik hanya akan ambik kelas dari pensyarah cantik jer, kembang bertaman-tamanlah perempuan dalam kelas tu lebih-lebih lagi Prof Nurin kecuali aku”

“Apasal pulak kau terkecuali Ife?”

“Buat apa nak kembang setaman, bukannya untung pun. Buat aku geram adalah si Fael tu”

“Laa kau nie kan. Tapi bersungguh-sungguh dia usha kau nie. Kau tak rasa apa-apa ker Ife?”

“Rasa apa Fira, dia bagi coklat kau tahukan aku tak suka coklat, lepas tu bagi bunga ros ingat semua perempuan suka bunga ros ker. Ni haa patung nie bukannya aku peluk pon tidur. Tak faham langsunglah dengan dia tu. Dah lah asyik terserempak jer dengan dia, agaknya dia ni ninja ker apa selalu jer muncul. Daripada dia buang masa tunggu dan kacau aku baik pergi study, datang sini pun memang nak studykan. Jangan bazir duit parents dia hantar pergi study sini kalau taknak study, bazir duit jer baik pergi sedekah kat rumah anak-anak yatim lebih baik dapat pahala” panjang lebar Ife membebel pasal Fael.

“Yang kau tersenggih-senggih nie kenapa pulak?” tanya Ife melihat Fira hanya tersenyum.

“Lama aku tak dengar kau cakap panjang-panjang macam nie, kau cakap macam Ife aku lima tahun yang lalu”

“Ish! Kau ni pun dah macam si Fael tu dah”

“Tapikan Ife betul ker kau takde rasa apa-apa walau 1%?” tanya Fira inginkan kepastian daripada Ife.

“Mungkin” jawab Ife sepatah.


*****

Fael menekan skrin handphonenya ‘hadiah yang sesuai untuk wanita’, Fael melihat satu-persatu laman web yang terpampang di skrin handphonenya. Afiq menepuk bahu Fael yang leka memandang handphonenya.

“Assalammualaikum. Kau tengok apa tu Fael?” Afiq melabuhkan diri di kerusi sebelah Fael.

“Waalaikumsalam. Ni haa” terus dia menayangkan handphonenya di depan muka Afiq.

“Ni konfom si Ife lah nie, patutlah aku cari kau kat bilik takde. Rupanya tengah kecewa disini.”

“Habis tu kau ingat sapa lagi, semua taktik aku tak menjadi”

“Wow pertama kali ada perempuan kebal dengan Tengku Mohd Raffael”

“Aku pun tak tahu nak bagi apa lagi, bunga, coklat, teddy bear aku dah bagi dah. Tu basic thing nak bagi kat perempuan tu tapi semuanya failed!”

“Assalammualaikum” Fira menarik kerusi lalu mendudukkan diri.

“Waalaikumsalam” Fael dan Afiq menyambut salam Fira.
“Dah lama ker sampai nie?” tanya Fira.

“Baru jer sampai, dia nie tak tahu lah pulak. Mengubat hati yang kecewa” Afiq menepuk bahu Fael.

“Kau ni kan Afiq, sukalah tu dapat kenakan aku”

“Kecewa sebab kawan saya lah nie, dia memang tak suka semua tu Fael.”

“Habis tu dia suka apa?” tanya Fael.

“Ciptaan Allah” selamba Fira menjawab.

“Maksudnya” tanya Fael lagi.

“Carilah sendiri” Fira mahu tengok kesungguhan Fael untuk menawan hati Ife.

“Aduhai” Fael meramas rambutnya.

“Berusahalah bro, caiyok!” Afiq menepuk bahu Fael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience