Arel tidak membaca satu patah perkataan pun yang ada didalam buku yang dipegangnya itu, matanya hanya memandang wajah gadis yang berada didepannya ketika ini. Betapa dia merindui untuk menatap sepasang mata dulunya selalu merenung lembut dirinya dan bibir yang selalu mengukirkan senyuman manis untuknya. Sekarang dia hanya mendapat jelingan maut dari mata itu dan cebikkan senyum sinis dari bibir gadis itu.
“Daripada tenung muka saya nie, baik awak baca buku lagi berfaedah” tegur Ife kerana dari tadi Arel hanya merenung dirinya.
Dari awal lagi Ife memang tak boleh menfokuskan diri membaca buku di depannya, semuanya salah sepasang mata biru yang merenung nya sepanjang masa.
“Baca buku memang membawa faedah kepada saya, tapi memandang wajah awak mendamaikan hati saya” balas Arel dengan senyuman dibibir.
“Mendamaikan, sepatutnya wajah Farhana yang mendamaikan hati awak bukan saya. Yerla bukan awak dah tak suka saya kenal dengan awak, awak suruh saya buat-buat tak kenal. Jadi sekarang ni awak sedang buat apa kat depan saya nie?” sinis Ife mengungkap kata-kata itu.
Terdiam Arel mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ife itu, Ife menyindirnya dengan kata-kata yang dia ungkapkan sewaktu Arel memutuskan hubungan mereka dahulu. Lantas dia pun memalingkan mukanya ke arah tingkap, dan satu keluhan dilepaskan daripada mulutnya.
“Hurmm”
“Kenapa awak mengeluh, terasa ker dengan kata-kata saya tadi”
“Ife, Arel buat semua tu bersebab tahu tak” Arel tanpa sengaja menggunakan nama panggilan mereka.
“Bersebab? Sebab Farhana kan”
“Hurmm ini semua demi kebaikan Ife juga” lirih suara Arel lalu memandang muka Ife yang sekarang hanya tersenyum sinis memandangnya.
“Ooo demi kebaikan saya la tu, dengar beritanya awak nak pindah sekolah” tanya Ife ingin mengetahui kesahihan gosip itu alang-alang tuan punya dah ada kat depan mata.
“Macam mana Ife boleh tahu?” tanya Arel apabila Ife mengetahui serba sedikit mengenai dirinya terasa dirinya masih lagi ada makna dalam hidup Ife.
“Saya bukannya tahu sangat pun, Fira yang bagitahu. Takde sebab untuk saya tahu pasal awak lagi kan” jawab Ife acuh tak acuh. Dia tak mahu mempamerkan bahawa dia masih lagi mengambil tahu perihal hidup Arel.
“Macam tu ker” jelas terpancar wajah kecewa di muka Arel.
“Jadi betul ker tak?” tanya Ife tak sabar kerana Arel bertangguh menjawab soalannya tadi.
“Yer Arel akan pindah sekolah, esok hari terakhir Arel pergi ke sekolah” perlahan suara Arel menjawab pertanyaan Ife itu.
“Baguslah kalau macam tu. Lagi senangkan lepas nie kita tak akan bertemu dengan satu sama lain lagi” ucap Ife tanpa perasaan.
Terpempan Arel mendengar sebaris ayat itu terasa ayat itu menyentap tangkai hatinya dan tanpa sedar air mata lelakinya menitis.
Tergamam Ife saat melihat air mata yang mengalir keluar dari mata Arel itu, dia tak menyangka Arel akan terasa sampai begitu sekali dengan kata-katanya tadi.
“Yer betul cakap Ife, mungkin kita takkan dapat berjumpa lagi selepas ini. Arel nak minta maaf sebab lukakan hati Ife sebelum ini, sejujurnya tiada niat di hati Arel untuk melukakan hati Ife. Arel lakukan semuanya demi Ife, demi seorang gadis yang sangat bermakna dalam hidup Arel. Percayalah, lelaki yang bernama Mohd Farrell ini sangat mencintai gadis yang bernama Farnaz Ifeoma sepanjang hayat ini.”
Senyuman hambar diukir untuk gadis di depannya itu yang jelas sekali terkejut dengan kata-katanya tadi dan perlahan-lahan dia bangun lalu melangkah pergi dari situ.
Share this novel