Bab 16

Romance Series 4584

Fira dan Ife menaiki tangga menuju ke aras dua perpustakaan itu, mereka memilih sebuah meja yang berada di hujung sekali di berdekatan dengan rak buku. Setelah meletakkan beg Ife dan Fira masing-masing bergerak mencari buku yang diperlukan, maklumlah Ife mengambil jurusan pengurusan sumber manusia manakala Fira mengambil jurusan seni.

Setelah mendapat buku yang dicari Ife balik semula ke meja mereka tadi, dia mengeluarkan buku nota, bekas pensel dan laptop. Ife menghidupkan laptopnya, kemudian membuka buku yang diambilnya tadi. Matanya meliar melihat sekeliling untuk mencari kelibat Fira namun tiada, mungkin Fira mencari bukunya di seksyen lain kot.

Tok! Tok! Mejanya diketuk.
“Boleh saya duduk sini?” kedengaran suara lelaki bertanya.

“Boleh” Ife menjawab sepatah tanpa memandang lelaki itu sebab dia tahu lelaki itu bertanya kepada nya sebab hanya dia sahaja yang berada di meja itu.

Ife menyambung semula kerjanya yang terganggu kerana lelaki itu tadi. Seketika Ife terperasankan ada sepasang mata sedang merenungnya, lantas Ife mengangkat muka dan seketika nafas Ife seakan terhenti apabila terpandangkan sepasang mata itu. Mohd Farrell! Nama itu yang terlintas difikirannya ketika mata dia bertembung dengan mata biru lelaki yang berada didepannya. Setelah lima tahun dia tidak melihat mata biru itu, tanpa sedar air matanya menitis mengalir di pipi.

Fael yang sedang menaip menyiapkan assignment yang perlu dihantar esok terus tersentak apabila mendapati skrin laptopnya tiba-tiba gelap. Tangannya menekan butang on namun laptop masih itu tidak dapat dihidupkan. Tangannya menepuk dahi apabila baru terperasaankan laptopnya telah kehabisan bateri.

Dia memandang sekeliling untuk mencari soket, terus matanya dapat menangkap satu soket yang berada di tepi meja depannya. Lantas Fael bangun mendekati meja itu, di mengetuk meja gadis itu kerana gadis itu tidak menyedari kehadirannya. Setelah mendapat kebenaran daripada gadis tersebut Fael mengangkut segala barangnya berpindah ke meja gadis itu.

Sementara menunggu laptopnya hidup kembali, Fael memandang wajah gadis di depannya. Dia seakan-akan pernah melihat wajah gadis itu, dan dia merasakan jantungnya berdegup dengan pantas seperti orang telah menamatkan larian pecut 100m. Namun saat gadis itu mendongak dan mata mereka bertembung, Fael merasakan jantungnya berdegup dengan lebih pantas bagaikan mahu tercabut keluar.

Fira yang baru sampai, panik apabila melihat Ife menangis. Pantas dia menoleh ke arah lelaki yang berada didepan Ife, Fira terkejut saat melihat mata lelaki itu. Sekarang barulah dia mengerti mengapa Ife menangis.

“Ife kau ok tak nie?” tanya Fira memegang bahu Ife.

“Ehh! Fira” tersentak Ife dengan kehadiran Fira segera tangannya mengelap air mata dipipinya.

“Awak sorilah, kawan saya tak berapa betul sikit” kata Fira memandang lelaki itu.

“Saya terkejut juga tadi, kawan awak nie tiba-tiba jer menangis” Fael senyum memandang Fira dan Ife.

“Sampai hati kau cakap aku tak betul Fira” perlahan suara Ife.

“Betulkan apa aku cakap.”

“Masa sekolah dulu kau tu lagi tak betul, kau tumbuk orang lepas tu kau siram orang dengan milkshake. Lagi la tak betul.”

“Ehh mamat yang aku tumbuk tu sebab dia biadap, pastu yang aku simbah dengan milkshake tu beruk bukan manusia.”

“Kan lebih baik kalau diminum milkshake itu daripada kau siram lelaki tu”

“Sapa suruh beruk tu memekak, bukan banyak terkena baju dia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience