Bab 20

Romance Series 4584

Fael memandang wajah Ife yang berdiri di sebelahnya, dia silap hari itu mengatakan Ife tidak berubah. Ternyata Ife yang sekarang jauh bezanya dengan Ife yang dia jumpa lima tahun yang lepas. Kalau dulu Ife selalu tersenyum dan bercakap walaupun diwajahnya terpancar kesedihan, tetapi sekarang wajah itu kelihatan kosong. Suaranya jarang sekali kedengaran dia becakap bila perlu sahaja, senyuman kelihatan hambar, tapi Fael akui wajah Ife tetap tampak ayu.

Setelah Fael dan Ife kembali membeli makanan, giliran Fira dengan Afiq pulak membeli makanan mereka. Fael hanya memandang Ife yang menyuap makanannya, makanan yang didepannya langsung tak terusik. Ife tahu ada sepasang mata biru sedang merenungnya makan, dada terasa berdebar tapi Ife takut untuk mengangkat mukanya.

“Kenapa tak makan?” tanya Ife tanpa memandang muka Fael.

“Ingatkan takde suara tadi”

“Takde benda nak cakap” balas Ife masih tidak memandang muka Fael.

“Orang cakap kurang sopan kalau kita brcakap tanpa memandang muka.” Fael melihat Ife mengerutkan keningnya, aduhai comel pulak.

“Huurrmm”

“Saya tahu saya tak hensem.”

“Awak hensem.”

“Kalau saya hensem awak dah pandang muka saya sekarang.”

“Hurmmmmmm” naik level pertama kegeraman Ife.

“Awak benci saya erk” tanya Fael lagi.

“Mana ada.”

“Kalau tak benci awak dah pandang muka saya.”

“Hurmmmmmm!” naik level kedua kegeraman Ife.

“Tak hensem, dibenci awak, banyak soal, banyak cakap, bany….”

“Fael!!” lantas Ife memandang Fael dengan wajah geramnya.

“Akhirnya pandang juga awak muka saya” kata Fael dengan senyuman terukir mekar diwajahnya.

Ife terus memalingkan mukanya kerana baru tersedar dia telah terpedaya dengan helah Fael untuk memandangnya. Afiq dan Fira yang kembali ke meja itu tertanya-tanya melihat Fael dengan senyuman manakala Ife dengan muka geramnya.

“Lepas nie awak berdua ada kelas lagi ker?” tanya Afiq kepada Fira dan Ife.

“Lepas nie takde, balik bilik jer” jawab Fira.

“Awak berdua tinggal kolej mana?” tanya Afiq lagi.

“Kami berdua tinggal kolej B.”

“Ehh samalah kalau macam tu, asal tak pernah jumpa erk?”

“Mungkin kita pernah berselisih kot, tapi yerla kitakan tak kenal lagi.”

“Betul juga tu” jawab Afiq menganggukkan kepalanya.

“Fael Ife kenapa diam jer, saya dengan Afiq jer yang bercakap dari tadi” tanya Fira memandang Fael kemudian Ife.

“Alaa Fira, kalau saya cakap pun bukannya kawan awak ni nak jawab” balas Fael.

“Saya jawab” balas Ife tak puas hati.

“Jawab pon sepatah dua” perli Fael.

“Jawab jugakan” tambah Ife.

"Ikhlas ker" tanya Fael.

"Allah tahu" jawab Ife.

"Pandang muka pun tidak" tambah Fael.

"Tadi pandang" Ife tak mahu kalah dengan Fael.

“Terpandang” Fael juga tak mahu mengaku kalah.

Terkebil-kebil Afiq dengan Fira memandang Ife dengan Fael silih berganti yang berperang mulut itu. Afiq menyiku Fael, manakala Fira menyiku Ife. Mereka berdua menggunakan isyarat mata kepada kawan masing-masing untuk bertanya apa yang berlaku. Serentak itu juga Ife dan Fael menjungkit bahu mereka, membuatkan Afiq dan Fira penasaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience