Bab 24

Romance Series 4584

Sebulan Ife telah menjadi pengujung tetap hospital itu sehinggakan ramai pekerja di hospital itu mengenali dirinya, setiap petang dia akan dihantar dan dijemput oleh ayahnya. Ife telah menceritakan segala-galanya kepada ibu dan ayahnya, mujurlah mereka memberi kebenaran untuk Ife menemani Arel. Puan Amanda begitu gembira melihat perubahan diri Arel yang kelihatan semakin bersemangat dan gembira berbanding sebulan yang lalu. Ternyata Ife memang memberi impak yang besar dalam hidup anak lelakinya itu.

“Mama, Arel minta tolong boleh tak” tanya Arel pada suatu pagi.

“Arel nak mama tolong apa?”

“Arel nak mama tolong bawa ke sini satu kotak yang berwarna biru didalam laci sebelah kanan meja Arel tengah hari nanti”

“Kotak apa tu Arel?”

“Tu hadiah untuk Ife mama, hari ni hari jadi dia mama” balas Arel dengan teruja.

“Ye ker, nak buat surprise lah nie untuk Ife”

“Yer mama, lagi satu Arel nak minta tolong dengan mama”

“Apa dia?”

“Arel nak keluar dari hospital petang nie, Arel nak sambut hari lahir Ife di tempat kesukaannya. Bolehkan mama?”

“Tapi Arel….”

“Please mama, kali nie jer”

“Hurmm baiklah. Demi anak mama yang tersayang nie”

“Terima kasih ya mama, mamalah mama yang TERbaik di dunia ini. Arel nak mama sentiasa tersenyum sebab bila mama senyum mamalah mama yang TERcantik di dunia nie. Terima kasih juga mama sebab sanggup membesarkan dan menjaga Arel sepanjang hidup ini. Maafkan segala salah silap Arel yang banyak menyusahkan mama.”

“Arel adalah anugerah yang terindah buat mama”

Ife berasa pelik melihat Arel tidak memakai pakaian hospitalnya pada petang itu, mukanya juga tak lekang dengan senyuman.

“Apasal pandang muka Arel macam tu?” tanya Arel apabila Ife memandangnya dengan kening berkerut.

“Arel ok tak nie, dari tadi tersenggih jer nie. Ni kenapa pakai macam nie?”

“Hari nie special sikit kan birthday Ife, jadi Ife kena temankan Arel hari nie”

“Kita nak pergi mana nie, Arel mana boleh pergi mana-mana”

“Alaa boleh la, please…”

“Yerla tapi lepas tu kita terus balik sini”

“Yes bos!” tersenyum gembira Arel bila Ife mengalah dengannya.

Arel membawa Ife ke tempat yang mempunyai kenangan pahit dan manis mereka bersama, tepi pantai waktu matahari baru mula melabuhkan tirainya. Lama mereka berdiam diri menikmati keindahan ciptaan Allah itu, sesekali mereka memandang ke arah wajah satu sama lain dengan senyuman di bibir.

“Selamat hari lahir ke 15 Farnaz Ifeoma” ucap Arel lalu menyerah sebuah kotak kepada Ife.

“Terima kasih. Boleh Ife buka” tangannya mengambil kotak dari tangan Arel.

“Ife buka kemudian boleh, Arel ada benda nak cakap nie”

“Ok nanti Ife buka, Arel nak cakap apa”

“Arel nak ucapkan terima kasih sebab Ife sudi hadir dalam hidup Arel dan sudi sayangkan diri Arel nie. Terima kasih sebab tak pernah berputus asa melayan segala karenah Arel dan maafkan Arel sebab banyak melukakan hati Ife. Maafkan Arel kerana Arel tak dapat menunaikan segala janji-janji Arel pada Ife untuk bersama-sama dengan Ife menjalani suka duka hingga ke hari tua. Arel nak Ife janji sekiranya Arel telah tiada nanti bukalah hati Ife untuk menerima orang lain dalam hidup Ife. Arel nak Ife menjalani kehidupan yang bahagia dengan insan tersayang walaupun orangnya bukan Arel, Arel akan selalu memandang Ife dari jauh di sisiNya nanti. Maafkan Arel sebab hari nie Arel bawa Ife ke sini ada maksud tersirat. Arel tahu tempat ni sungguh bermakna bagi Ife, tempat kesukaan Ife dan ada ciptaan Allah yang sangat disukai oleh Ife. Arel ingin kenangan terakhir Arel dengan Ife adalah di tempat nie agar setiap kali Ife ke sini Ife akan sentiasa mengingati Arel lebih-lebih lagi birthday Ife. Maafkan Arel sebab pentingkan diri dalam hal ini, Arel nak Ife selalu ingat bahawa ada seorang lelaki yang bernama Mohd Farrell sangat mencintai dirimu hingga akhir hayatnya.”

Air mata Ife sudah lama bercucuran mengalir dipipinya, rasa yang ada dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.

‘Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk merelakan dia pergi andai ini sudah suratan takdirMu dan bantulah aku Ya Allah agar aku redha dengan kepergiannya dalam hidupku ini. Amin.”

“Arel sayang Ife selamanya” lemah suara Arel menghabiskan ayat itu dan Ife mendengar Arel mengucap sebelum tangannya menangkap tubuh Arel yang rebah disisinya dengan berlatarbelakangkan matahari yang sedang terbenam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience