Bab 23

Romance Series 4584

Lima tahun yang lepas….

Ife melihat kertas yang berada ditangannya. sampul yang dibukanya semalam hanya mengandungi sehelai kertas bertuliskan alamat sebuah hospital dan nombor bilik 2026. Ife masih lagi berasa was-was untuk dengan keputusannya untuk masuk ke hospital itu, mungkin ini hanya helah untuk Farhana untuk mengenakannya.

Setelah berfikir sejenak Ife mengambil keputusan untuk masuk memandangkan dia dah pun berada di depan hospital itu. Ife terus menuju ke kaunter pertanyaan di lobi hospiral itu. Wanita yang menjaga kaunter itu memberikan senyuman kepada Ife saat dia tiba di depan kaunter itu.

“Ada apa boleh saya bantu?” tanya wanita itu dengan ramah.

“Saya nak tanya bilik 2026 kat mana?”

“Bilik 2026 di aras dua cik. Lepas keluar dari lift cik belok kanan, lepas tu cik jalan terus dan bilik itu berada di hujung sekali sebelah kanan” terang wanita itu.

“Terima kasih yer” lalu Ife melangkah menuju ke lift.

Setibanya di tingkat itu Ife membelok ke kanan dan berjalan menuju ke hujung koridor itu, akhirnya kaki nya tiba di hadapan sebuah pintu yang bertulis 2026. Ife melihat pintu itu ada terbuka sedikit, baru sahaja tangannya mahu memegang tombol pintu itu dia mendengar ada suara dari dalam bilik itu.

“Arel dah makan dah ubat tu tadi?”

“Arel dah makan dah mama”

“Arel ada terapi lepas nie”

“Hurmm” terdengar keluhan keluar dari mulut Arel.

“Kenapa nie?” tanya puan Amanda sambil mengusap lengan anaknya itu.

“Perlu ker Arel buat semua tu mama?” tanya Arel dengan suara perlahan.

“Arel kenapa tanya macam tu?”

“Betul la ma, Arel ada masa sebulan jer lagi ma. Semua ini sia-sia mama. Mama tak payah nak bazirkan wang mama merawat Arel. Arel dah di peringkat terakhir mama, peluang Arel hidup sangat tipis mama.”

Tersentak Ife mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Arel itu. Air mata nya deras mengalir bercucuran dipipi, terus Ife terduduk di hadapan bilik itu. Ya Allah, kenapa selama ini Arel tak pernah bagitahu dia tentang penyakitnya itu.

“Ehh cik tak apa-apa ker?” tanya seorang jururawat.

Puan Amanda yang terdengar suara jururawat itu pantas bangun untuk melihat apa yang terjadi, tergamam puan Amanda saat dia melihat raut wajah Ife yang sedang menangis di depan itu bilik itu. Arel yang berasa pelik dengan mamanya hanya berdiri di situ memandang keluar pintu, lantas turun dari katil untuk melihat sendiri apa yang berlaku. Baru tiga langkah kakinya melangkah, Arel dapat melihat wajah gadis yang sangat dirinduinya itu sedang terduduk menangis di depan pintunya.

“Arel” kedengaran suara Ife dengan esak tangisannya.

“Ife” Arel memejamkan matanya.

Seketika suasana sunyi di bilik itu, Arel dan Ife masing-masing berdiam diri. Puan Amanda pulak telah meminta diri untuk pergi ke kantin, dia ingin memberi ruang kepada Ife dan Arel. Sesekali Arel menjeling memandang Ife yang hanya memandang kosong ke depan.

“Macam mana Ife tahu Arel ada kat sini?” akhirnya suara Arel memecahkan kesunyian.

“Kenapa tak bagitahu Ife hal sebenar?”

“Orang tanya dia, dia tanya orang balik. Jawab dulu.”

“Farhana”

“Farhana nie memang tak boleh nak simpan rahsia”

“Jadi Arel memang taknak bagitahu Ife langsunglah, Arel nak rahsiakan sampai bila!! Arel tahu tak Ife separuh mati sayang dan rindukan Arel!! Setiap hari hanya wajah Arel yang ada dalam fikiran Ife! Hanya Mohd Farrell yang Ife cinta tahu tak!!!” teresak-esak Ife mengeluarkan apa yang terbuku didalam hatinya.

Tergamam Arel mendengar luahan hati gadis itu, lidahnya kelu untuk menjawab atau membalas kata-kata Ife.

“Kenapa tak jawab Arel? Bagitahu Ife kenapa Arel buat keputusan macam tu?!”

“Arel ingat Ife akan tinggalkan Arel kalau Ife tahu hal sebenar?” ujar Arel perlahan.

“Jadi selama nie Arel tak pernah percayakan rasa sayang Ife pada Arel, macam tu ker?!”

“Bukan macam tu Ife”

“Habis tu macam mana, cubalah bagitahu Ife semuanya. Semua Mohd Farrell!” Ife berjalan mundar mandir di bilik itu.

Arel menarik nafasnya dalam-dalam sebelum mengeluarkan kata-katanya.

“Arel hanya ada sebulan lagi untuk hidup Ife, Arel dah peringkat terakhir” sayu wajah Arel memandang Ife yang sudah terhenyak di kerusi dengan air mata yang semakin lebat bercucuran di pipi.

“Kenapa tak bagitahu Ife dari awal, Ife takkan pernah tinggalkan Arel tahu tak.” Lemah suara Ife menuturkan ayat itu.

“Maafkan Arel. Arel bukan tak yakin dengan Ife, Tapi dengan diri Arel sendiri.”

“Maafkan Ife sebab marahkan Arel tadi. Ife tak dapat mengawal perasaan Ife tadi.”

“Takper Arel faham, terima kasih buat Arel gembira”

“Terima kasih buat Arel gembira?”

“Yerla, Arel tanpa sengaja mendengar love confession Ife” ketawa kecil Arel memandang Ife.

“Nak buat macam mana dah memang sayang dia” Ife mengigit bibir terasa malu pulak.

Puan Amanda mengucap syukur apabila melihat Arel dan Ife sudah tersenyum memandang satu sama lain, dia telah lama sampai tapi menunggu kedua-duanya meluahkan apa yang terbuku dihati. Lama dia tidak melihat senyuman manis yang terukir dibibir Arel, mungkin kehadiran Ife dapat mengembalikan semangat Arel untuk terus melawan penyakitnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience