Suasana di pantai itu amat mendamaikan dengan sesekali ombaknya yang memukul pasir putih memberikan ketenangan kepada sekeping hati milik Fael.
Hari itu Afiq membawa Fael pergi bercuti hujung minggu bersama keluarganya. Fael dah dianggap seperti keluarga sendiri oleh keluarga Afiq, hubungan dua sahabat itu memang akrab sekali seperti belangkas.
“Kan rugi kalau kau tak ikut aku tadi” ujar Afiq apabila dia melihat Fael begitu khusyuk memandang keindahan alam semula jadi itu.
“Yerla tu, terima kasih daun keladi” ucap Fael dengan senyuman.
“Eleh! Kasih mu diterima kawanku” lalu menepuk bahu rakannya itu.
“Family kau tak kisah ker aku ade nie?”
“Laa nak kisah apanya, kau tahu tak mak aku tu lebih sayangkan kau dari aku tau tak. Bukan main lagi dia gembira bila aku cakap aku nak ajak kau bersama. Jeles aku tau tak. Hmph!”
“Sejak bila Yafiq aku nie pandai merajuk? Serupa mak nyah aku tengok” Fael ketawa melihat mulut kawannya dimuncungkan merajuk kononnya.
“Ish! Tak nak!” lalu Afiq menarik semula muncung mulut nya. Serentak kedengaran bunyi ketawa mereka berdua.
“Kau nak minum tak Fael, aku haus nie?”
“Kalau kau nak kau pergi la beli, aku nak duduk sini sekejap”
“Ok la kalau macam tu. Kau tunggu sini la” lalu Afiq bangun menuju ke tempat menjual minuman yang berhampiran di situ.
Fael memandang telatah orang yang datang ke pantai itu, ada yang sedang bermandi-manda, ada yang datang bersama keluarga, dan ada yang sedang bermain bola tampar.
Tiba-tiba matanya tertatap seorang gadis yang sedang duduk di sebuah kerusi yang leka memandang ke arah sepasang kanak-kanak yang sedang membina istana pasir di depannya. Fael merasakan dirinya bagaikan dipukau untuk terus memandang wajah gadis itu, wajah gadis itu kelihatan tenang tapi Fael dapat merasakan kesedihan disebalik sinar mata gadis itu.
Tiba-tiba perhatian Fael terganggu dengan suara-suara orang bertengkar, Fael pantas menoleh mencari di mana arah bunyi itu kerana dia mengenali salah satu suara yang sedang bergaduh itu. Afiq. Kaki lalu diangkat menuju ke arah tempat Afiq di salah sebuah gerai yang menjual minuman disitu, Fael melihat Afiq sedang bertengkar dengan seorang gadis.
“Afiq kenapa nie?” tanya Fael setelah dia berada di sebelah Afiq.
“Ni haa perempuan nie suka hati die jer simbah aku dengan air!” ujar Afiq dengan suara yang geram sekali.
“Ehh! Hello pakcik! Kau ingat aku suka sangat ker nak simbah kau dengan air nie buat rugi jer, lebih baik aku minum jer air nie lagi bagus!” geram pulak Fira dengan lelaki itu. Dia bukannya sengaja tadi tertumpahkan air yang baru dibelinya, kaki dia tersangkut di kaki meja tadi.
“Ehh! Ada aku kisah kau rugi ke tak, sekarang nie aku yang rugi tau! Baju aku nie lebih mahal daripada air kau tu tau tak!” Balas Afiq dengan mukanya memerah menahan geram dengan sikap gadis yang didepannya itu.
“Cik dah minta maaf ker tadi?” tanya Fael kepada gadis yang menyimbah Afiq tadi.
“dari tadi aku dah minta maaf, cuma kawan awak ni yang tak faham bahasa. Dalam Bahasa Melau orang cakap minta maaf, kalau tak faham juga I’m sori S.O.R.R.Y!” siap mengeja lagi Fira.
“Ehh! Ingat aku nie bodoh ke apa tak tahu mengeja” jawab Afiq suara yang tinggi.
“Laaa bagusla kalau kau tu tau mengeja, tapi kau tu memang bodoh pasal adab. Orang dah minta maaf masih juga nak memekak kat sini”
“Ehh! Fira kenapa nie?” Ife yang baru terperasankan bahawa Fira adalah orang yang bergaduh di situ.
“Nii haaa. Entah beruk terlepas dari zoo mana entah. Aku dah minta maaf dan bukannya banyak pun terkena baju dia tu, tapi masih juga dia ni memekak.” Fira geram dengan lelaki itu, orang dah minta maaf elok-elok masih juga nak besarkan perkara itu.
“Hey! Sedapnya mulut kau kata aku nie beruk, tadi kau cakap aku bodoh” tahap geram Afiq dah tahap maksimum.
“Aiie! Aku tak cakap itu kau pun, kalau kau terasa bukan salah aku pun” ujar Fira dengan muka selamba.
“Kau ni kan!!”
“Afiq dah la tu. dia kan dah minta maaf tu” ujar Fael dia takut Afiq tak dapat menahan rasa marah dia nanti.
“Fira dah la tu. Malu la orang tengok.” Ife cuba menenangkan api kemarahan Fira.
“Aku bukan apa Ife, kalau dia tak terjerit-jerit tadi takde aku nak buat drama kat sini. Aku minta maaf elok-elok tapi dia memekak macam tu.” jawab Fira kepada Ife.
“Hey toyol! Aku yang kena simbah nie yang patutnya panas tau bukan kau!” ujar Afiq kepada Fira.
“Toyol!!” Fira betul-betul geram dengan lelaki itu.
“Sesuai la dengan kau yang pendek ini” jawab Afiq sinis puas hati dia apabila gadis didepannya itu jelas sekali marah dengan kata-katanya.
“Kau kata kau panas tadikan, ni haa aku bagi sejuk hati kau yang panas itu” lalu Fira menuangkan satu lagi coconut milk shake yang dipegangnya dari tadi di kepala Afiq. Seusai itu, dia menarik tangan Ife lalu berlalu pergi dari situ. Padan dengan muka, ni Fira la!
Ife hanya tergamam dengan tindakan kawan baik nya itu, dia tahu Fira memang tidak disangka perangai nya.
Fael menyembunyikan ketawanya saat dia melihat muka kawannya yang terkebil-kebil masih lagi terkejut dengan tindakan gadis yang bernama Fira itu tadi. Matanya sempat juga melihat wajah kawan Fira itu tadi, gadis yang dilihatnya di pantai tadi.
‘Jadi nama dia adalah Ife’ desis hati Fael lalu dia pun tersenyum kerana secara tak sengaja mengetahui nama gadis itu.
Share this novel