Bab 19

Romance Series 4584

Fira meregangkan otot-otot badannya yang terasa lenguh menaip sejak dari tadi, kemudian dia menoleh ke arah Ife yang sedang meniarap di atas katil membaca novel. Tiba-tiba dia teringat pertemuan mereka dengan Fael di CAIS dua hari lepas, ingin dia tahu apa pendapat Ife tentang Fael.

“Ife, nak tanya boleh?”

“Apa dia?” mata Ife masih lagi menatap novel ditangannya.

“Fael tu hensemkan?”

“Fael?” terus Ife berhenti membaca novel dan mengalihkan pandangannya memandang Fira.

“Yerla, rasanya pasti dia popularkan”

“Kau dah jatuh cinta dengan dia ker?”

“Ehh! Bukanlah, muka hensem macam tu mestilah ada ramai peminat. Kau rasa dia hensem tak?”

“Hensem kot” jawab Ife pendek.

“Tu jer” tanya Fira dengan muka tidak percayanya.

“Habis tu kau nak aku cakap macam mana lagi, ker kau ada benda lain kau nak cakap nie?”

“Kau ni kan Ife memang tau jer apa yang aku fikir nie”

“Kita berkawan dah lama Fira” dia kembali menyambung semula pembacaannya.

“Ife, kau…masih…ingat…Arel?” lambat-lambat Fira menghabiskan soalannya.

“Kenapa?”

“Kau menangis hari tu sebab Arel kan, sebab mata Fael itu persis dengan mata Arel. Aku tahu Ife betapa sukarnya untuk kau melupakan Arel, tapi Ife kau kena belajar untuk buka pintu hati kau. Kau kena bagi peluang untuk diri kau mengecapi kebahagiaan, aku rindu dengan kawan yang aku yang dulu.”

Mata Ife terkebil-kebil memandang syiling, kata-kata Fira tadi terngiang-ngiang di telinganya. Bahkan itu bukan kali pertama Fira berkata sebegitu, Ife akui Fira memang seorang sahabat yang sanggup berkongsi suka dan duka bersamanya. Andainya kau tahu Fira, dalam masa tujuh tahun aku mencintai Arel, tak pernah walau sesaat cinta aku pudar. Fael, terlintas wajah lelaki itu di mindanya. Memang benar kata Fira, muka Fael memang hensem. Kulitnya putih, bulu keningnya tebal melengkung indah, hidungnya mancung rambutnya keperangan, lesung pipit di sebelah kan, dan mata birunya itu. Dia memang tak pernah melupakan Fael, satu-satunya benda yang membuatkan dia mengingati Fael adalah sepasang mata biru itu.

‘Ya Allah, tolonglah berikan hambaMu ini kekuatan untuk melawan godaan sepasang mata biru itu, sesungguhnya hati ini masih lagi belum bersedia untuk menduakan Arel.’


*****

Mata Fira dan Ife meliar melihat di sekitar kafe untuk mencari kekosongan, namun hampa tiada kekosongan dan sekilas Fira terpandangkan Fael yang sedang melambaikan tangan ke arahnya. Dicuitnya bahu Ife bibirnya dimuncungkan ke arah meja Fael, senyum senggih dipamerkan dan mulutnya bergerak ‘lapar’. Fira mengorak langkah mendekati meja Fael setelah melihat Ife menganggukkan kepalanya, setelah mendekat baru dia terperasaankan Fael tidak bersendirian.

Fael berpindah ke kerusi sebelah Afiq untuk memberi ruang kepada Fira dan Ife, Afiq tertanya-tanya dengan kelakuan Fael kerana dari tadi dia leka dengan handphonenya. Kemudian dia memandang dua gadis yang sedang mendudukkan diri di kerusi meja mereka itu.

“Terima kasih la Fael, kalau tak tentu lama nak tunggu tempat kosong tadi” Fira terus mengucapkan terima kasih seusainya dia duduk.

“Sama-sama, kami dua orang, nie pun baru berapa minit jer dah duduk.”

“Ye ker, patutlah meja kosong jer belum ada makanan” balas Fira dengan senyuman.

“Fael takkan taknak kenalkan dengan aku?” tanya Afiq yang tertanya-tanya sapa dua gadis itu.

“Ehh lupa pulak, nie Ife dan Fira” tangannya menunjuk ke arah Ife kemudian ke Fira.

“Oooo nie lah Ife” sememangnya Afiq lupa akan wajah Ife.

“Bunyi macam kenal jer” tanya Fira kepada lelaki yang didepannya.

“Mestilah kenal, Ife ni kan cin..aduh!” belum habis ayat Afiq kaki die telah disepak oleh Fael.

Lantas Afiq memandang Fael yang sedang mengisyaratkannya mengunakan mata supaya tidak menyebut pekara yang bukan-bukan.

“Ehh kenapa pulak nie?” tanya Fira yang terkejut dengan Afiq tiba-tiba mengaduh sakit.

“Dia lapar tu” jawab Fael dengan selamba.

“Laa macam tu, tapi awak belum bagitau lagi nama awak nie” tanya Fira ingin mengetahui nama kawan Fael itu, hati wanitanya terusik sikit melihat wajah lelaki itu.

“Ehh lupa, Yafiq. Awak boleh panggil Afiq jer” ujarnya lalu memberikan senyuman manis kepada Fira, Fira pulak tersipu-sipu memandang Afiq.

Fael dan Ife hanya memandang telatah rakan baiknya itu, mereka memikirkan pekara yang sama. Mereka pasti Afiq dan Fira masih lagi tak dapat mengingati bahawa mereka pernah berperang besar lima tahun yang lalu. Fael menyembunyikan senyumannya apabila dia melihat Afiq seperti tertarik dengan Fira, nampak gayanya ada harapan untuk dia menang pertaruhan meraka.

“Aku pergi beli makanan dululah Fira” Ife bangun lalu menuju ke kaunter.

“Saya pun nak beli juga” Fael bangun lalu mengekori langkah Ife.

“Awak taknak pergi beli ker?” tanya Fira kepada Afiq.
“Kejap lagi saya pergi, saya nak bagi peluang kepada Fael tu”

“Peluang apa?”

“Peluang untuk berdua-duaan dengan kawan awak tu” jawabnya lalu memandang ke arah Fael yang sedang berbaris di sebelah Ife.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience