Bab 4

Romance Series 4584

Petang itu Arel dan Ife mengambil angin berjalan-jalan ditepi pantai. Kelihatan ada beberapa buah keluarga yang sedang beriadah di pantai itu. Setelah lama berjalan di sepanjang pantai itu, mereka duduk di sebuah bangku yang merupakan tempat kegemaran Ife di pantai itu untuk melihat permandangan matahari terbenam. Ife memang sukakan permandangan matahari terbenam, hampir setiap petang dia akan duduk di situ semata-mata untuk permandangan itu.

Arel memandang wajah gadis yang sangat dicintainya itu, terasa hatinya tenang setiap kali dia memandang wajah itu. Seraut wajah yang mampu membuatkan dirinya tak tidur lena apabila dia mengingati wajah itu. Petang itu dia mempunyai sebab tersendiri mengajak gadis itu berjumpa dengannya, dia tak mahu menangguhkan lagi rasa yang ditanggung nya selama ini. Berikanlah aku kekuatan Ya Allah.

“Ife”

“Hurmm” Ife menjawab lembut dan mata nya masih memandang ke depan.

Ife menoleh ke arah Arel apabila Arel tidak menyambung kata-katanya, mata biru Arel sedang memandang tepat ke dalam anak matanya. Seketika mereka berdua berbalas pandangan dengan satu sama lain. Arel menarik satu nafas sebelum mengucapkan satu ayat yang bakal melukakan hati gadis di depannya itu.

“Kita putus”

“Putus apa nya ini Arel?” Ternyata jelas sekali riak wajah Ife terkejut dengan apa yang baru diluahkan oleh Arel itu.

“Cukupla hubungan kita sampai disini sahaja” tambah Arel lagi.

“Apa maksud Arel ni? Jangan nak bergurau macam ni Arel. Tak lucu tau tak!”

“Aku tak bergurau. Aku dah tak cintakan kau lagi. Aku dah penat dengan hubungan kita nie. Ini hanya cinta monyet jer tak sampai ke mana pun.” Panggilan Arel telah pun berubah kepada kau dan aku, tiada lagi Arel dan Ife.

Tergamam Ife mendengar kata-kata Arel yang menyentap hatinya itu. Baru seminggu yang lalu arel mengucapkan kata cinta kepada nya, takkan sekejap jer semuanya menghilang.

“Cuba bagitahu Ife apa salah Ife nie sampai Arel mahu putuskan hubungan kita ini” Ife cuba mengawal tangisannya seakan menunggu masa untuk pecah bila-bila masa.

“Kau tak salah apa-apa pun, cuma aku dah tak suka pada kau lagi. Aku harap kau terima semua ini. Kau tak payah nak bertegur sapa dengan aku lagi, buat macam kita tak pernah kenal dengan satu sama lain. Maafkan aku. Aku pergi dulu.”
Lantas Arel bangun meninggalkan Ife bersendirian, kakinya dihayun dengan lebih laju apabila dia mula mendengar tangisan Ife.

‘Maafkan Arel Ife, ini semua untuk kebaikkan Ife juga. Arel terlampau menyintai dirimu Farnaz Ifeoma.’

Puan Amanda yang sedang menonton TV terkejut dengan kepulangan Arel dengan air mata yang bercucuran dipipinya.

“Arel dah putus dengan Ife ma. Arel putuskan dia ma” lalu dia pun terduduk di lantai rumahnya.

Puan Amanda lantas bangun memeluk Arel yang sedang teresak-esak menangis.

“Arel dah lukakan hati dia ma. Arel dah buat dia menangis ma.”

“Shhh mama faham sayang” tangannya mengelus lembut rambut Arel.

Puan Amanda menatap wajah Arel yang sedang tidur itu, tersentuh hatinya apabila dia melihat sisa air mata yang mengalir di mata Arel. Tak dia menyangka Arel mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Ife, ternyata Arel sangat menyintai gadis itu sehingga sanggup mengorbankan hati nya sendiri.

‘Ya Allah, Kau bagilah anak aku ini kekuatan untuk terus tabah menghadapi segala ujian dariMu. Bantu aku juga Ya Allah agar aku dapat menjadi seorang ibu yang kuat untuk membantu anak aku melalui semua ini. Amin.’

Ife sendiri tak tahu macam mana dia boleh balik ke rumah semalam, peristiwa yang terjadi petang semalam seakan-akan mimpi. Betulkan Arel dah tak sayang akan aku lagi? Kenapa Arel buat Ife macam nie?

Pagi itu rupanya kelihatan kusut sekali, namun digagahkan jua pergi ke sekolah. Dia ingin mendapatkan kepastian daripada Arel di sekolah nanti. Itu adalah tekadnya!

Puan Azalia yang melihat wajah mendung anak gadis nya itu menyiku suaminya yang sedang menghirup kopi. Dia menggunakan isyarat mata kepada suaminya untuk bertanya kepada satu-satunya anak mereka itu. Encik Safwan pulak mengerakkan mulutnya ‘awak la’ supaya isterinya yang bertanya kepada Ife.

“Ife, kenapa nie?” tanya Puan Azalia dengan suara yang lembut.

Ife masih lagi berdiam diri dan hanya memandang kosong wajah ibunya.

“Anak abah nie ada masalah ker? Atau Ife gaduh dengan Arel nie?” tanya Encik Safwan kerana dia tahu Ife dengan Arel memang rapat.

Dia kenal dengan Arel sebab setiap kali keluar bersama dengan Ife dia akan meminta kebenaran daripada dia terlebih dahulu. Terus mengalir air mata Ife apabila mendengar nama Arel disebut oleh ayahnya.

“Anak abah kenapa nangis nie? Cuba cerita dengan abah apa yang dah berlaku nie” panik pulak Encik Safwan apabila Ife tiba-tiba menangis.

“Takde apa-apa la abah” jawab Ife apabila dia sudah boleh mengawal perasaannya. Dia tidak mahu abahnya tahu bahawa Arel telah melukakan hatinya dan dia juga belum dapat memastikan lagi kesahihan perpisahan mereka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience