Bab 25

Romance Series 4584

Masa kini…..

Afiq dan Fira memandang Fael yang diam seribu bahasa setelah Fira menghabiskan cerita perihal Arel dan Ife lima tahun yang lepas, Fael hanya merenung kosong pemandangan yang didepannya.

Fael sangat menyesal dengan perbuatannya sebentar tadi dengan Ife, rasa cemburu dan marah telah menguasai dirinya sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata seperti itu. Pastinya lepas nie Ife akan semakin menjauh dari dirinya, masih adakah peluang untuk dirinya menawan hati Ife. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

“Apa harus aku buat agar Ife dapat maafkan aku” perlahan suara Fael.

“Kau perlu minta maaf dengan dia” Afiq menepuk bahu Fael.

Betul tu jangan putus asa Fael, saya tahu awak jadi macam tu sebab awak sayangkan Ife” Fira memberi sokongan kepada Fael.

“Saya rasa betul-betul rasa bersalah” Fael meraup mukanya.

“Awak pujuk dia perlahan-lahan, kita cuba lagi esok kita cari dia. Rasanya esok dia pergi kedai mama” Fira senyum memandang Fael.

“Kedai mama? Mama dia buka kedai bunga ker”

“Ehh taklah. Tu kedai mama Arel, Ife panggil dia mama”

“Betul ker, beruntung Arel” fael cuba menepis rasa cemburu di hatinya.

“Sabarlah Fael, bagi masa untuk Ife tenangkan diri dulu” mengeleng Fira.

“Betul tu Fael, esok kita pergi kedai tu dan jumpa Ife.” Tambah Afiq.

Ife terus menonong masuk ke biliknya, ibu dan ayahnya yang sedang menonton tv terpinga-pinga apabila mendengar bunyi pintu bilik Ife yang ditutup dengan kasar. Ife mengahamburkan tangisannya, rasa marah, geram, sedih, kecewa bercampur dalam satu. Dia geram dan marah dengan sikap Fael kerana menghina Arel, rasa sedih dan kecewa kerana di situlah tempat yang mengandungi kenangan terakhir dengan Arel.

Mata Ife tertancap pada sebuah kotak biru yang berada di atas mejanya, hadiah terakhir daripada Arel. Sehinga hari ini Ife tidak mengetahui isi kandungan kotak itu, mungkin suatu hari nanti hati dia akan terbuka untuk membuka kotak itu tapi bukan sekarang.

Encik Safwan memandang muka suram anak gadisnya sedang mengunyah meehun goreng masakan isterinya, dikerlingnya isteri di sebelah puan Azalia hanya mengeleng tanda dia masih belum bertanya mengapa Ife berkelakuan seperti semalam.

“Ife, sedap sangat ker masakan umi tu sampai Ife tak bercakap dengan abah dan umi depan nie?” lembut nada suara encik Safwan.

“Sedap” sepatah dijawab Ife.

“Ada masalah ker nie?” tanya abahnya lagi.

“Takde apa abah. Abah Ife nak minta izin keluar jap lepas nie, Ife nak pergi kedai mama.”

“Baiklah, hati-hati memandu nanti.”

“Baik abah” meehun dihabiskan dan setelah mencuci pinggan Ife meminta diri.

“Lia risau dengan anak abang tu, kali terakhir dia macam tu masa Arel dulu tu” puan Azalia memandang suaminya.

“Lia tahukan macam mana Ife tu sekarang, dia bukannya nak luahkan pada orang semua dia pendam sendiri. Kita hanya perlu memberi sokongan dan dorongan pada Ife, suatu hari nanti InsyaAllah kita dapat kembali Ife kita yang dulu.”

Ife memarkirkan kereta ayahnya didepan kedai bunga itu, dia melihat kak Sarah perkerja di kedai itu sedang menyusun bunga diluar kedai itu.

“Assalammualaikum kak Sarah”
“Waalaikumsalam. Ife, ingatkan tak datang tadi”

“Datanglah, mama mana?” matanya meliar di sekitar kedai itu.

“Mama kat belakang ni haa” kedengaran suara wanita menyahut keluar dari belakang memegang sebekas bunga lili.

“Biar Sarah simpan bunga tu, bos boraklah dulu dengan Ife” Sarah mengambil bunga dari tangan wanita itu.

“Awalnya Ife datang hari nie, jomlah kita borak kat meja tu”

“Saja jer mama, Ife tolong mama hari nie ye” dia mengekori langkah wanita itu.

“Kenapa ni mama tengok muka Ife nie sedih jer nie, bagitahu mama mungkin mama boleh tolong.”

“Ife rindu Arel mama” ucap Ife sayu wajahnya.

“Ife, Ife kena redha dengan semuanya. Mama tahu sebab mama pun rindukan dia, tapi kita tak boleh meratapi Ife, Ife kena doakan moga arwah Arel ditempatkan dengan orang yang beriman.” lembut nada puan Amanda menegur Ife. Dia berasa kagum dengan kesetiaan gadis didepannya itu menyayangi arwah anaknya.

“Maafkan Ife mama, Ife marah sebab ada orang menghina arwah mama” teresak Ife menangis.

“Menghina? Apa maksud Ife nie, cuba cerita dengan mama” dia mengusap lembut kepala gadis itu yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

Ting! Kedengaran loceng pintu kedai berbunyi menandakan ada orang masuk ke kedai itu, kedengaran suara Sarah menyambut kedatangan pelanggan itu. Seketika kemudian muncul wajah Fira diikuti dengan wajah Afiq dan Fael, terus wajah Ife bertukar merah menahan marah.

“Fira kenapa kau bawa dia ni datang sini!” jari nya menunjuk ke wajah kuyu Fael memandangnya.

“Ife dengarlah dulu” Fira cuba menenangkan Ife.

“Dengar apa Fira! Dengar dia sukati menghina Arel lagi!”

“Fael betul-betul minta maaf dengan Ife, Fael tak bermaksud unt..”

“Tak bermaksud apa! Aku tak kisah kalau kau menghina aku tapi jangan kau hina orang yang paling penting dalam hidup aku!!” Ife terus memotong kata-kata Arel.

“Ife, Fael bersalah Ife. Fael jadi macam tu sebab Fael terlalu sayangkan Ife. Fael rasa macam Fael tak dapat nak bernafas kalau jauh dari Ife, dan bila Ife dekat dengan Fael jantung Fael nie berdegup dengan pantas. Jantung Fael nie tahu samada Ife dekat dengan Fael, dia akan mula berdegup dengan pantas dan bila Fael memandang sekeliling pasti Fael akan terpandang wajah Ife.” panjang lebar Fael meluahkan rahsia yang selama ini tersimpan di dalam hati nya.

Dia sendiri tak tahu tapi itulah yang berlaku, jantung nya akan hanya berdegup dengan sangat pantas setiap kali Ife berhampiran dengannya. Dia pasti akan merasakan rasa sakit setiap kali berpisah dengan gadis itu.

“Kau ingat aku kan percaya ker, aku takkan pernah percaya pada kau lagi. Lepas nie anggap kita tak pernah kenal satu sama lain, aku menyesal pernah kenal dengan kau” Ife berpeluk tubuh memalingkan mukanya.

“Ife kenapa cakap macam tu, dia kan dah minta maaf” Fira tak sangka Ife bersikap macam tu.

“Kenapa dengan kau Fira, kalau kau kawan aku, kau backup dia buat apa? Dia hina arwah Arel Fira, dia sepatutnya minta maaf kat Arel bukan aku!”

“Fira dah berhenti, kita balik dulu. Saya taknak awak berdua yang bergaduh nanti, Fael kita balik dulu jangan keruhkan lagi keadaan. Ife awak tenangkan diri dulu. Maaf atas semua yang telah terjadi” Afiq terpaksa mencelah menjadi orang tengah untuk mengelakkan keadaan bertambah rumit. Dia memaut bahu Fael dan mengisyaratkan Fira untuk mengikutinya keluar dari kedai itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience