Bab 17

Romance Series 4584

Fael hanya mendiamkan diri sambil matanya memandang dua gadis didepannya, dia merasakan dia pernah bertemu dengan mereka. Milkshake? Ife? Fira? Beruk? Afiq! Fael menepuk dahi kerana akhirnya dia mengingati di mana dia pernah bertemu dengan dua gadis itu. Fira dan Ife memandang pelik apabila lelaki itu tiba-tiba saja menepuk dahinya.

“Awak ok ker ni? Takkan pasal terkejut tadi jadi tak betul terus” tanya Fira.

“Hahaha awak berdua nie masih tak berubah jugakan” ketawa Fael memandang dua orang gadis itu.

“Ehh! Macam mana awak tahu kami nie berubah ker tak? Ker awak stalker nie?” tanya Fira lagi.

“Bukanlah, nampaknya awak berdua tak ingat saya lagi”

“Kita pernah jumpa ker?” tanya Fira mula mengimbas kembali memorinya.

“Awak Fael kan?” tanya Ife yang hanya mendengar dari tadi.

“Bingo!” jawab Fael sambil memetik tangannya.

“Fael mana satu pulak nie?” Fira masih belum mengingati sapa Fael.

“Milkshake Fira” tambah Ife lagi.

“Ehh! Apa kena mengenanya pulak dengan dia dan milkshake?” tanya Fira lagi.

Fael dan Ife sama-sama serentak menepuk dahi masing-masing apabila Fira masih lagi belum dapat menangkap apa yang mereka katakan.

“Fira, Fael ni kawan kepada orang yang kau siram dengan milkshake dulu.” Mengeleng kepala Ife melihat perangai Fira itu, manakala Fael pulak menganggukkan kepala mengiakan kata-kata Ife.

“Laaa apasal tak cakap awal-awal, kau macam tak tau pulak kadang-kadang aku nie slow sikit” jawab Fira tersenggih.
“Nasib baik sedar diri” perli Ife.

“Yerla, tak sangka boleh berjumpa disini. Tahun berapa? Jurusan apa?” tanya Fira kepada Fael.

“Ni tahun kedua, jurusan perniagaan. Kamu berdua pulak?”

“Ehh senior lah nie. Ife jurusan HR dan saya art, baru first sem” lantas Fira memandang Ife.

Ife hanya mendengar perbualan Fael dengan Fira, kemudian dia memandang jam ditangannya. Lantas dia mengemas segala barang miliknya yang berada di atas meja.

“Fira aku pergi dulu, nanti kita jumpa di bilik.”

“Ehh! Dah masa kelas kau ker” Fira juga melihat jam ditangannya.

“Yer, aku pergi dulu. Gembira dapat bertemu dengan semula dengan awak, Fael. Assalammualaikum” ujarnya sebelum melangkah pergi dari situ.

“Waalaikumsalam” jawab Fira dengan Fael serentak.

“Maaflah pasal Ife tadi yer” ucap Fira setelah kelibat Ife hilang dari pandangan.

“Takper, tapi saya betul-betul terkejut tadi.”

“Saya pun panik tadi tengok dia menangis, tapi lepas saya pandang muka awak baru saya tahu kenapa dia menangis.”

“Kenapa dengan muka saya nie” tanya Fael lalu memegang muka nya.

“Bukan sebab muka awak tapi sebab mata awak tu”
“Kenapa dengan mata saya?”

“Hurmm…sebab mata awak tu sama dengan mata seseorang.”

“Seseorang? Siapa?”

“Hurmm..macam mana nak cakap erk?” Fira mengaru kepalanya yang tidak gatal.

“Kalau awak tak boleh nak cakap, tak payah cakaplah. Lebih-lebih lagi kalau ia rahsia orang lain, saya faham” ujar Fael tak mahu mendesak walaupun hatinya melonjak ingin tahu perihal Ife.

“Thanks sebab memahami, mungkin ada rezeki awak pada masa akan datang untuk awak tahu. Kita tak tahukan, kita berjumpa semula selepas lima tahun pun sudah suratan takdir. Kalau dah jodoh takkan kemana kan?”

“Hahaha betul juga tu” ketawa Fael mendengar kata-kata Fira yang ada benarnya itu.

“Ok lah Fael, saya pun nak balik. Assalammualaikum”

“Waalaikumsalam. Jumpa lagi.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience