Ife melihat Puan Amanda duduk termenung dengan wajah yang sedih. Dia berasa serba salah untuk bertanya dengan Puan Amanda, namun rasa ingin tahu dia tidak dapat ditahan lagi. Dia ingin mengetahui akan kebenaran kata-kata Fael tadi.
“Mama” apabila Puan Amanda masih tidak menoleh, Ife memegang lembut bahu Puan Amanda untuk menyedarkannya dari lamunan. Puan Amanda menoleh dan mengukirkan senyuman yang hambar.
“ Ife, maaf mama tak sedar Ife datang tadi.”
“Tak apa mama. Mama okay tak nie?”
“Mama tak apa-apa la Ife”
“Mama, tadi Ife berjumpa dengan Fael..hmm..”
“Apa yang Fael bagitahu Ife?”
“Hmm..betul ke Fael tu anak mama?”
“Mama tak perlulah jawab kalau mama tak mahu, Ife tak mahu memaksa mama” kata Ife apabila Puan Amanda masih mendiamkan diri.
“Ya Ife, Fael itu anak mama kembar kepada Arel”
“Apa? Kembar Arel..” Ife seakan-akan tidak percaya.
Ife tau Arel ada mempunyai seorang abang dan hanya setakat itu yang Ife tahu. Arel seolah-olah mengelak untuk bercakap mengenai abang nya.
“Mama terpaksa tinggalkan Fael masa itu kerana mama tidak mampu untuk menampung perbelanjaan dua orang anak dan masa itu Fael lebih memerlukan penjagaan ayah dia.”
“Kalau mama tak kisah boleh Ife tanya kenapa mama dan papa Fael?”
“Mertua mama, nenek Arel dan Fael tak suka akan mama. Ini disebabkan perbezaan agama antara mama dengan papa Fael. Namun, papa Fael teguh dengan pendiriannya untuk berkahwin dengan mama. Masa itu mama ingatkan mertua mama dapat menerima mama dalam keluarga mereka, tapi mama silap. Suatu hari papa Fael balik dari kerja terus marah-marah dan mengatakan mama berlaku curang dengan dia. Mama dihalau keluar dari rumah dan diceraikan pada malam itu juga. Mama berusaha untuk mendapatkan hak penjagaan Arel dan Fael, tapi disebabkan faktor kewangan mama hanya mendapat hak penjagaan untuk seorang saja. Mama terpaksa memilih Arel kerana masa itu Fael memerlukan perbelanjaan untuk rawatan dia. Mama tidak mahu disebabkan mama Fael tidak mendapat rawatan yang sepatutnya. Percayalah Ife mama bukan sengaja mahu meninggalkan Fael, kalau boleh mama mahu kedua-dua anak mama.”
Ife hanya mendiamkan diri mendengar segala luahan Puan Amanda. Dia tidak menyangka sebegitu sekali dugaan yang melanda Puan Amanda. Dia memang seorang wanita yang sangat tabah dan Ife dapat melihat Puan Amanda berasa bersalah kerana meninggalkan Fael. Ife hanya mampu memeluk dan memberikan sokong kepada Puan Amanda kerana sesungguhnya wanita di dalam dakapan nya kini berasa sangat lemah.
Setelah seketika Puan Amanda berasa lebih tenang, dia bukan sengaja mahu kelihatan lemah dimata Ife kerana dia tahu Ife selalu memandangnya sebagai wanita yang kuat dan tabah. Kali terakhir dia berasa lemah seperti ini ialah pada lima tahun yang lepas di hari pemergian Arel. Setiap hari dia sentiasa berdoa agar suatu hari nanti Fael akan memaafkan dirinya.
“Maafkan mama Ife, Ife telah melihat mama macam ini”
“Takda apa-apalah mama. Ife kan anak mama dan mama pun macam mama Ife sendiri. Mama dah jelaskan pada Fael ke mama semua ni?”
“Fael tidak mahu mendengar segala penjelasan mama, mama rasa sekarang ini tentu dia bencikan mama.”
“Mama takda anak yang bencikan ibu dia. Beri masa pada Fael untuk tenangkan diri dulu, mungkin dia masih lagi terkejut berjumpa dengan mama. Sekiranya dia masih tidak juga berjumpa dengan mama, Ife sendiri akan heret dia jumpa dengan mama.”
“Betul ker nie?”
“Ya mama, Ife janji dengan mama”
“Bukan Ife pon bergaduh dengan Fael juga kan?”
“Aaaa…hal Fael dengan Ife lain mama, tak penting pon yang penting sekarang nie pasal mama dengan Fael.”
“Hmm..jadi Ife taknak bagitahu mama tentang Ife dengan Fael?”
“Mama, bukannya Ife taknak bagitahu mama tapi..”
“Tapi apa Ife.”
“Yerla, hmm..Fael tu sama uni gan Ife. Mama tahu tak dia memang menyakitkan hati, kemana Ife pergi mesti dia ada disitu.”
Ife terus menceritakan segala yang berlaku antara dia dengan Fael kepada Puan Amanda. Puan Amanda tersenyum mendengar Ife merungut mengenai segala perbuatan Fael, baru hari ini dia melihat serba sedikit Ife yang dulu.
“Mama suka lihat Ife yang sekarang.”
“Maksud mama?”
“Ife yang banyak cakap, ada emosi di wajah Ife seperti Ife yang mama mula jumpa dulu.”
Ife terdiam mendengar kata-kata Puan Amanda. Bukannya dia sengaja mahu membuatkan orang disekeliling risau akan dirinya. Setelah Arel meninggal Ife lebih suka memendamkan perasaan diri, kurang bercakap. Pemergian Arel memberi impaks yang besar kepada Ife, bukan sahaja dia kehilangan cinta hati dia, dia juga kehilangan seorang kawan baik dan juga pelindungan, pendorong semangat untuk terus melangkah.
“Maafkan Ife mama, Ife tidak bermaksud mahu membimbangkan mama dengan keadaan Ife. Arel begitu penting dalam hidup Ife, sampai sekarang pon dia masih begitu penting dalam hidup Ife.”
“Mama tahu Ife, mama tidak suruh Ife melupakan Arel. Mama mahu Ife belajar untuk membuka ruang dalam hati Ife untuk orang lain.”
“Sapa mama? Ife tak jumpa lagi orang yang mampu membuatkan Ife rasa seperti apa yang Ife rasa pada Arel.”
“Mama tahu Ife bukan tak jumpa lagi tapi Ife yang mencuba untuk membuka hati Ife. Mungkin Ife dah jumpa Cuma Ife takut untuk mengakuinya. Ife takut sekiranya Ife membuka hati untuk orang lain, ife mengkhianati hubungan Ife dengan Arel. Mama tahu Ife takut dan rasa bersalah untuk berasa gembira dan bahagia. Percayalah cakap mama Ife, Arel pasti akan berasa sedih melihat Ife yang sekarang. Ife fikirkanlah, Arel pasti mahu melihat orang yang dia sayang berasa gembira.”
Share this novel