Bab 26

Romance Series 4584

Puan Amanda masih lagi berasa terkejut dengan kejadian yang berlaku di kedainya semalam, apatah lagi apabila melihat wajah lelaki yang bergaduh dengan Ife.

Kring!

Puan Amanda menoleh ke arah pintu, bulat matanya apabila melihat wajah Fael yang tampak tak bermaya muncul dikedainya itu.

“Assalam...”
Fael bagaikan terkena kejutan elektrik, apabila melihat wajah wanita yang didepannya sekarang nie adalah wanita yang meninggalkannya 11 tahun yang lalu.

“Fael..”

"Jangan sebut nama aku"

“Maafkan mama sebab tinggalkan Fael 11 tahun lalu” menangis puan Amanda melihat reaksi Fael.

“Tak guna lagi kata-kata maaf itu sekarang. Semuanya dah terlambat!!” Fael terus melangkah kelhuar dari kedai itu.

Fael tak tahu kemana kakinya melangkah tanpa hala tuju, fikirannya terasa sesak dengan maklumat yang baru diterimanya.

Sedar-sedar jer Fael berada di pantai mereka menyambut birthday Ife, tiba-tiba dia merasa degupan jantung semakin pantas lantas dia memandang sekeliling dan matanya tertancap pada Ife.

Perlahan-lahan dia mengatur langkah mendekati Ife, lantas dia terus mendudukkan diri di sebelah Ife. Segera Ife menoleh ke arahnya, lantas dia berdiri untuk pergi dari situ. Langkah Ife terhenti apabila mendengar apa yang baru dikatakan oleh Fael.

“Betulkah Amanda Qasya Binti Abdullah itu ibu kepada Mohd Farrell?”

“Kenapa kau tanya macam tu?!”

“Please..tolong jawab Ife”

“Betullah dia ibu Arel” jawab Ife memandang wajah fael.

“Hahahahaha” tertawa hambar Fael.

“Apasal ketawa” tanya Ife geram dengan perangai Fael itu.

“Amanda Qasya Binti Abdullah. Tengku Rasydan Bin Tengku Iskandar. Tengku Mohd Farrell Bin Tengku Rasydan. Terakhir sekali Tengku Mohd Raffael Bin Tengku Rasydan.” Satu persatu Fael menyebut nama itu dan air matanya menitis.

“Apa yang kau merepek nie.." setelah seketika baru Ife faham apa yang Fael cuba sampaikan.

"Jangan nak berguraulah Fael!”

“Ife rasa saya bergurau ker sekarang” Fael menoleh memandang Ife.

Tersentak Ife saat melihat air mata Fael. Fael menangis. Betulkah semua nie? Puan Amanda ibu Fael, Arel tu abang Fael.

“Fael jangan main-main dengan perkara nie.”

“Ife pergilah tanya mama” dia melihat Ife melangkah pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience