Bab 1

Romance Series 4584

Entah kali ke berapa jam ditangannya dikerling, rambut yang sesekali mengurai ditiup angin diselitkan ke telinga. Peluh didahi di lap dengan lengan bajunya. Namun kelibat orang yang ditunggu masih lagi belum tiba.

“Ish! Mana la dia nie?! Janji pukul 3.00, sekarang dah 3.30 nie” omelnya sambil memandang semula jam ditangannya.

Geram betul dia dengan si kekasih hati yang berjanji untuk pergi ke perpustakaan mengulang kaji pelajaran untuk ujian tak lama lagi.

Tiba-tiba ada tangan menghulur sekuntum bunga raya di depan mukanya, lantas muka nya dikalih memandang ke arah bertentangan dengan badan si pemberi bunga tanda dia merajuk dengan kelambatan lelaki itu.

“Alaa merajuk erk? Sori la tak sengaja tadi terlelap sekejap selepas makan, sedar-sedar jer dah lambat” pujuk si lelaki.

“Hmmph!” Si gadis masih lagi belum memalingkan mukanya tanda masih lagi marah.

“Kalau awak marah pun dengan saya, ambik la bunga nie. Kesian tau sakit dia masa saya petik dia tadi” ujar lelaki itu dengan suara yang sedihnya.

Kelihatan si gadis mengukir senyuman sesaat sebelum kembali semula dengan muka marahnya, tetapi dapat di kesan oleh si jejaka.

“Cik Farnaz Ifeoma, sudikah awak memaafkan saya Mohd Farrell ni” ujar si jejaka lalu memberikan senyuman yang paling manis buat si kekasih hati.

Terukir senyuman di bibir si gadis mendengar lelaki itu menyebut nama penuhnya. Dia memang bukan seorang yang pandai nak merajuk lama-lama kalau berdepan dangan makhluk Allah yang seorang ini. Lantas dia menoleh ke arah si lelaki lalu mengambil bunga yang dihulurkan oleh lelaki itu dengan senyuman.
“Arel petik kat mana bunga nie?”

“Aaaa...Arel petik kat situ” lalu tangannya menunjuk ke arah rentetan bunga raya tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

“Haa! Situ jer nampak sangat tak ikhlas” ujar si gadis lalu memuncungkan mulutnya.

“Ehh sejak bila pulak Ife nie bertukar menjadi Mak Tik nie”

“Mak Tik apa pulak Arel?” tanya Ife lalu mula berfikir sapa la Mak Tik itu.

“Laa Ife tak tahu ker?”

“Ife tak tahu la Arel”

“Mak Tik atau nama penuhnya Mak Itik. Tapi kalau dari gaya muncung Ife tu bukan Mak Tik tu, Nek Tik dah tu” ujar Arel ketawa lalu dia melangkah pergi sebelum Ife mencubit nya nanti.

“Mohd Farrell!!!”


*******

Ife masih lagi melancarkan mogoknya dengan Arel yang memanggilnya mak itik itu. Pagi itu dia langsung tidak bertegur sapa dengan Arel walaupun Arel melemparkan senyuman kepada dia semasa lelaki itu bertugas di pagar sekolah tadi. Arel merupakan salah seorang pengawas di sekolah itu.

“Morning Ife” sapa Fira lalu duduk di sebelah Ife.

“Waalaikumsalam” jawab Ife memerli Fira.

“Opps! Assalammualaikum. Apasal muka kau monyok jer Ife, gaduh dengan Arel ker?” Fira tahu hanya Arel jer la yang mempengaruhi keadaan cuaca hidup kawan baiknya itu.

“Dia la sapa lagi. Ada ke patut dia cakap aku ni sama dengan Mak Tik” ujar Ife dengan geram.

“Mak Tik? Sapa tu?” tanya Fira yang juga tak tahu siapa Mak Tik.

“Mak Tik tu nama pendek, nama panjang Mak Itik. Bukan mak Tik tau tapi Nek Tik dia cakap!”

“Hahahahaha” ketawa Fira mendengar jawapan yang keluar dari mulut Ife itu.

“Kau pun sama jer dengan Arel tu” geram pulak Ife melihat Fira mentertawakannya.

Kring! Kring! Kedengaran loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat. Ife dan Fira berjalan menuju ke taman sekolah, masing-masing membawa bekal dari rumah. Mereka memilih sebuah meja yang terletak di hujung taman itu kerana tempat lain sudah diduduki pelajar lain.

Baru sahaja Ife mahu membuka bekalnya, tiba-tiba lengannya disiku oleh Fira. Kelihatan Fira memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah Arel yang sedang menuju ke tempat meraka. Ife terus menarik muka lalu menyibukkan dirinya membuka bekal, selepas doa dibaca lalu dia menyuap ke dalam mulutnya.

“Assalammualaikum” kedengaran suara Arel memberi salam.

“Waalaikumsalam” hanya suara Fira yang kedengaran menyambut salam Arel.

“Tak jawab salam berdosa tau” ujar Arel kepada Ife.

“Saya jawab dalam hati la!” ujar Ife lalu menunduk menyuap sekali lagi.

“Nampak gayanya kawan kau nie masih marah dengan saya Fira”

“Yerla dah kau tu panggil dia Nek Tik, mana tak merajuk dia”

Ife masih lagi buat tak tahu dan hanya mendiamkan diri menyuap makanan ke dalam mulutnya. Di pandang pun tak muka Arel yang duduk di depannya yang sedang tersenggih macam kerang busuk. Ife tak mahu memandang wajah Arel, kerana Arel memilik sepasang mata yang berwarna crystal blue yang mampu mencairkan hatinya. Mata itu juga la yang menyebabkan Ife jatuh cinta pandang pertama apabila melihat sepasang mata itu kali pertama dia bertemu dengan Arel.

Ife tak menyangka bahawa dia yang biasa ini mampu menyandang title kekasih Arel yang merupakan salah seorang yang popular di sekolah itu. Bukannya Ife tak tahu berapa ramai pelajar perempuan di sekolah itu menyimpan perasaan pada kekasihnya itu. Sampaikan ada sesetengah daripada mereka pernah meluahkan perasaan kepada Arel di depannya.

“Ife aku nak pergi beli air sekejap erk, nanti aku datang balik yer” ujar Fira lalu lantas bangun menuju ke kantin sekolah. Ife hanya mendengus kerana dia tahu Fira sengaja mahu dia berdua-duaan dengan Arel.

“Ife masih marah dengan Arel erk?”
“Farnaz Ifeoma, Arel minta maaf yer. Arel gurau jer la”

Ife masih lagi tak menjawab, dia hanya menfokuskan diri untuk menghabiskan bekalnya itu.

“Alaa Ife tahu tak walau muka Ife tu berkedut macam kulit pak katak dan muncungnya macam Nek Tik…”
Berhenti seketika Arel untuk melihat reaksi di wajah kekasih hatinya itu, senyuman nya segera ditahan apabile dia melihat muka Ife memerah mungkin geram dengan apa yang dikatakannya. Belum sempat Arel menyambung Ife telah bersuara terlebih dahulu.

“Ish! Semalam Nek Tik hari nie pak katak pulak!”

“Arel belum habis lagi cakap, Ife dah potong line dah”

“Hmph!”

“Walau muka Ife tu berkedut macam kulit pak katak dan muncungnya macam Nek Tik, Arel tetap sayangkan Farnaz Ifeoma. Ini kerana Arel cintakan dalaman Ife yang baik hati, jujur, manja, dan yang paling penting Ife sayangkan diri Arel yang serba kekurangan ini. Walaupun pada awalnya Arel memang suka dengan wajah Ife masa kali pertama kita berjumpa, tapi akhirnya Arel jatuh cinta dengan sifat keperibadian diri Farnaz Ifeoma yang sesuai dengan maksudnya yang paling cantik di luar dan dalam. Kalau boleh Arel mahu menyintai dan menempuh hari tua Arel hanya bersamamu ratu hati ini.” Panjang lebar Arel memberikan penjelasan untuk gadis yang telah mencuri hati lelakinya.

Tergamam Ife mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Arel yang meresap jauh ke dalam lubuk hatinya, tanpa sedar air matanya mengalir keluar. Sesungguhnya pengakuan Arel itu menyentuh sanubarinya kerana Arel betul-betul ikhlas menyayanginya.

“Ehh! Kenapa menangis nie. Arel ingatkan Ife akan tersenyum tapi sebaliknya pulak” jelas sekali Arel panik apabila melihat Ife menangis.

“Arel nie sengajakan, Arel tahu jugakan Ife sayang sangat dengan Arel sepenuh hati ini” ujarnya lalu mengesat air matanya. Tersenyum Arel mendengar pengakuan dari mulut Ife.

“So, Ife maafkan Arel tak nie?”

“Kali nie Ife maafkan Arel, tapi sekali lagi Arel cakap macam tu taknak Ife maafkan Arel.”

“Yes maam!” lalu Arel mengangkat tangannya menabik Ife. Lalu serentak berderai ketawa mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience