Setibanya di pagar sekolah itu, Ife melihat Arel sedang menjalankan tugas nya seperti biasa. Kakinya di hayun perlahan-lahan menuju masuk ke melepasi pagar itu, harapanya agar Arel akan memberikan senyuman seperti yang dilakukannya setiap pagi.
Namun hampa, Arel langsung tidak memandang ke arah nya apatah lagi mahu memberikan dia senyuman. Dikumpulkan segala kekuatan yang masih bersisa di dalam dirinya untuk terus melangkah melepasi tempat Arel berdiri, Ife berhenti seketika di hadapan Arel.
“Ife nak jumpa Arel sekejap waktu rehat nanti, Ife akan tunggu Arel di kita makan minggu lepas” seusai mengungkap kata-kata itu Ife melangkah pergi menuju ke kelas tanpa menunggu jawapan daripada Arel.
Arel memandang belakang Ife yang sedang melangkah pergi itu, puas ditahan hatinya tadi agar tidak memandang wajah Ife. Dia tak mahu pendirianya goyah apabila memandang wajah gadis itu nanti.
Fira perasan wajah mendung Ife yang kelihatan kusut sekali, ketara sekali Ife tidak tidur semalaman kerana terdapat lingkaran hitam dibawah matanya. Rambut Ife yang selalu dikikat kemas, cuma di sanggul saja oleh Ife. Gaduh dengan Arel lagi la nie.
“Ife, kenapa nie? Kau gaduh dengan Arel erk?”
“Takde pape la Fira” Ife masih lagi belum mahu memberitahu Fira.
“Rupa kau dah jadi macam ni tak patut takde apa-apa nie. Cuba kau bagitahu aku sekarang nie” Fira masih lagi tak puas hati dengan jawapan Ife. Kehadiran guru yang mengajar Sains telah membantutkan Fira yang masih mahu bertanya dengan Ife.
Ife langsung tidak dapat menumpukan perhatian kepada guru yang sedang mengajar di depan, fikirannya penuh dengan Mohd Farrell.
Kring! Kring!
Loceng yang berbunyi telah mengejutkan Ife yang sedang termenung itu, lalu lantas dia bangun keluar dari kelas itu. Dia menuju ke tempat dia berjanji dengan Arel tadi, tanpa Ife sedari Fira mengekorinya dari belakang.
Ife telah menunggu 10 minit disitu, lagi 10 minit masa rehat akan tamat, akhirnya dia menarik nafas lega apabila melihat Arel melangkah ke arah tempat dia menunggu. Namun hanya seketika apabila dia melihat seorang gadis lain mengekori di belakang Arel, Farhana.
“Cakap cepatla apa kau nak cakap! Aku takde masa nie!”
Tergamam Ife mendengar pertanyaan kasar daripada Arel kerana belum pernah lagi Arel bercakap sekasar itu dengan dia.
“Kau nak cakap ke tak nie, kalau takde apa-apa aku pergi dulu” belum sempat dia melangkah terdengar suara Ife.
“Sebab dia ker Arel putuskan hubungan kita?”
“Kan aku dah cakap aku tak suka kau lagi, yer dan ini adalah girlfren baru aku. Farhana” trus Arel menunjuk ke arah Farhana.
“Hai, Farhana girlfren baru Arel” lantas Farhana menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Ife tetapi hanya dipandang sepi oleh Ife.
Ife mengumpul kekuatan lalu memandang tepat ke dalam mata biru milik Arel yang selalu memancarkan sinar kasih untuknya, ternyata Ife tidak melihat lagi sinar itu.
“Ife nak tanya satu jer dan harap Arel jawab Ife dengan jujur”
“Apa dia”
“Adakah segala perasaan Arel yang dulu tu ikhlas sayangkan Ife?” dapat Ife rasakan penglihatanya mula kabur dengan air mata.
Tergamam Arel mendengar pertanyaan Ife itu, hatinya bagaikan disiat-siat melihat sepasang mata milik Ife bergenang dengan air mata.
“Ye” hanya itu yang mampu diucapkan oleh Arel.
“Terima kasih sebab ikhlas sayangkan Ife dan untuk segala kenangan yang kita bersama. Ife akan cuba memadamkan cinta Ife ini untuk Arel, jangan risau lepas nie Ife akan tunaikan permintaan Arel. Lepas nie Ife akan anggap kita tak pernah kenal satu sama lain.” Ife mengucapkan kata-kata bersama dengan air mata dan mengukirkan senyuman untuk Arel sebelum dia melangkah pergi dari situ.
‘Selamat tinggal cinta pertamaku, Mohd Farrell.’
Share this novel