Bab 14

Romance Series 4584

Sebulan telah berlalu selepas pertemuan Ife dan Fira dengan Farhana, namun Fira masih lagi belum mendengar daripada Ife apa isi kandungan di dalam sampul itu. Rasa hati Fira membuak-buak ingin tahu, tapi keinginnya itu ditahan kerana dia menghormati keputusan Ife untuk memberitahunya atau tidak. Mungkin Ife masih belum bersedia lagi untuk berkongsi dengannya.

Ife perasankan wajah Fira yang agak mendung itu, pasti sahabatnya itu sedang dalam dilema dan tertanya-tanya mengenai isi kandungan yang ada dalam sampul yang diberi oleh Farhana. Ife masih lagi belum membuka sampul surat itu, dia takut untuk mengetahui isi kandungan surat itu. Lagi pun Arel juga telah berpindah sekolah lain, jadi apa lagi gunanya mengetahui isi kandungan dalam surat itu.

Ife mengalihkan pandangannya ke hadapan memandang pemandangan matahari yang sedang terbenam itu. Teringat dia kenangan bersama Arel suatu ketika dulu semasa mereka bersama-sama menikmati permandangan yang sama.

“Ife nie memang suka tengok sunset ker?” tanya Arel kepada Ife.

“Yer, Ife memang suka.”

“Kenapa Ife suka tengok sunset?”

“Entah Ife pun tak tahu. Yang Ife tahu sunset cantik sekali di mata Ife” jawab Ife dengan penuh teruja.

“Ife tahu tak sebab Ife lah Arel pun dah suka sangat dengan sunset”

“Hahaha ye ker, baguslah kalau macam tu”

“Satu lagi, bagi Arel sunset ini ada maksudnya tersendiri”

“Ye ker? Apa maksudnya?”

“Rah..si..a” ujar Arel lalu ketawa.

Tepukan lembut di lengan menerbangkan semua kenangan dia bersama Arel tadi, wajah Fira yang sedang tersenyum memenuhi pandangannya.

“Ife kau ok tak nie?” tanya Fira apabila dia melihat Ife seakan-akan dah tengelam dengan dunianya sendiri.

“Aku ok Fira” lalu mengukirkan senyuman untuk Fira.

“Kau tak payah nak berlagak kuat depan aku Ife, aku dah kenal lama dengan kau nie”

“Aku rindu dia Fira” luah Ife setelah lama dia berdiam diri.

“Kau luahkanlah Ife, jangan simpan aku sedia mendengar semuanya.”

“Aku sangat rindukan dia Fira, aku dah cuba macam-macam untuk lupakan dia Fira. Tapi semuanya tak berhasil Fira, wajah nya sering kali muncul difikiran aku ini. Aku ingin menatap mata birunya, aku ingin mendengar suara dan gelak ketawanya Fira. Aku nak jumpa dia Fira. Aku cintakan dia Fira” teresak-esak Ife meluahkan segala rindu yang terpendam buat seorang lelaki yang bernama Mohd Farrell.

“Kau dah buka tak sampul yang Farhana bagi tu?”

“Belum lagi” jawab Ife mengelengkan kepalanya.

“Kenapa belum buka lagi, takut nak tahu isi kandungannya”

“Yer aku takut nak tahu Fira”

“Sampai bila Ife kau kena teruskan hidup tau. Bukalah Ife mana tahu kalau kau buka sampul dan tahu isi kandungannya hati kau akan lebih tenang Ife.”

“Nanti aku cuba” Ife tahu ada benarnya kata-kata Fira itu tadi. Mungkin sekarang dah tiba masanya untuk meneruskan hidup dan melupakan semuanya.

Seusai makan malam Ife terus meminta diri untuk masuk ke biliknya, hatinya nekad untuk membuka sampul yang diberi oleh Farhana sebulan yang lalu. Terketar-ketar tangan Ife memegang sampul itu dan dengan bacaan bismillah dia membuka sampul itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience