Bab 18

Romance Series 4584

Malam itu Fael merasakan matanya sukar sekali untuk dilelapkan, wajah Ife asyik terbayang-bayang di fikirannya. Sekejap dia mengiring ke kanan sekejap dia mengiring ke kiri, sekejap dia meniarap sekejap dia telentang. Kemudian di ambilnya handphone di atas meja, kelihatan Fael membesarkan matanya, tak lama selepas itu handphone di letakkan semula di meja. Semuanya serba tak kena!

“Kau dah kenapa nie Fael? Aku nak buat kerja pun tak boleh nak fokus tengok kau” tanya Afiq yang dari tadi memerhatikan tingkah laku Fael macam cacing kepanasan itu.

“Hmmmmm”

“Cuba kau bagitau aku nie”

“Macam nie.....takde apa-apalah” lantas Fael duduk kemudian dia berhenti seketika sebelum merebahkan semula badan di katilnya.

“Ish!! Kau nie kan. Baik kau cakap cepat!” geram pulak Afiq dengan perangai Fael itu.

“Kalau aku cakap nanti aku takut kau marah” Fael takut Aifq marah, maklumlah Afiq bukan main lagi marah dengan Fira yang telah menyiramnya dengan milkshake itu.

“Bergantung dengan apa yang kau nak cakap tu”

“Kalau macam tu aku taknak la bagitahu dengan kau nie”

“Ok! Ok! Aku tak marah, cepatlah bagitahu” Afiq terpaksa mengalah.

“Kau ingat lagi tak kes kau kena siram dengan milkshake lima tahun lepas tu?”

“Gila tak ingat! Apa kena mengena dengan perangai kau tadi? Ada orang siram kau dengan milkshake juga ker?”

“Bukanlah, tapi aku terjumpa dengan Ife tadi, kawan kepada yang siram kau tu” Fael tak mahu bagitahu bahawa Fira pun ada sekali, takut pulak nanti Afiq mengamuk.

“Seriously? Kau jumpa Ife, your first crush tu? Wow!!” teruja Afiq dengan berita yang disampaikan oleh Fael itu.

Setelah pulang dari percutian hujung minggu itu Afiq perasan yang Fael mengalami penyakit angau yang disebabkan oleh virus yang bernama Ife. Gadis itu juga merupakan cinta pandang pertama dan juga first love untuk lelaki yang bernama Tengku Mohd Raffael bin Tengku Rasydan itu.

“Aku betul-betul tak sangka dapat terjumpa dengan dia Afiq. Satu lagi dia junior kau tahu tak.”

“Really?! Setelah lima tahun tu Fael, ada jodohlah korang dua nie”

“Kau pun cakap macam tu juga.”

“Aik! Sapa lagi yang cakap macam tu?”

“Kawan Ife lah yang cakap.”

“Cantik tak?”

“Kau ni Afiq terus tanya cantik ke tak, manalah tahu kawan dia tu lelaki.”

“Ya tak ya jugakan hihihi” senggih Afiq.

“Perempuan, cantiklah juga. Sama cantik dengan gadis yang siram kau tu” ujar Fael untuk menduga reaksi Afiq.

“Ehh! Takkan sama dengan toyol tu, tipu kan.”

“Kau ni Afiq, tak baik panggil dia toyol. Silap-silap nanti kau kawin dengan dia baru kau tau. Orang kata jangan benci sangat dengan seseorang itu, kelak kita tersayang sangat dengan dia.”

“Kalau aku TERkawin dengan dia tu nanti Fael, aku bagi kau bunga ros tiap hari selama sebulan.”

“Aai konfiden nampak”

“Aik mestilah! Nie takkan kau tak bet apa-apa kot, barulah adil bro.”

“Kau nak aku bet apa”

“Kalau kau berjaya pikat Ife, belanja kau makan selama sebulan. Setuju? Kau tak rugi pun, kau terima jer la.” tangan dihulur kepada Fael.

“Hmm betul juga cakap kau tu, aku tak rugi. Orait! Deal!” balasnya lalu menyambut tangan Afiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience