Bab 11

Romance Series 4584

Ife yang sedang menyediakan buku Sains kerana sekejap lagi mereka perlu pergi ke makmal sekolah, terkejut dengan kedatangan Fira yang baru balik dari tandas dengan nafas yang termengah-mengah.

“Laa kau kena kejar dengan hantu ke apa nie Fira?” tanya Ife sambil tangannya mengeluarkan buku dari dalam begnya.

“Ke..jap aku am..bik na..fas dulu” ujar Fira sambil mengawal pernafasannya.

“Ada-ada jer la kau nie. Apa dia?”

“Tadi masa aku balik dari tandas aku ada terdengar satu gosip tau”

“Gosip apa Fira?” selalunya Fira tak pernah kisahkan gosip-gosip yang menular di sekolah mereka.

“Gosip pasal……”

“Ish! Kau nie kan. Cuba la habiskan ayat tu” geram pulak Ife dengan Fira yang bercakap sekerat jalan jer.

“Janji kau tak marah aku erk”

“Nak marah apa pulak nie Fira”

“Aku dengar Arel akan pindah sekolah dan minggu nie adalah minggu terakhir dia kat sekolah” ucap Fira dengan satu nafas.

“Jadi apa kaitannya dengan aku? Dah kita perlu pergi makmal nie” jawab Ife lalu bangun menuju ke arah pintu kelas. Baru selangkah Ife mendengar suara Fira.

“Ife buku sains kau tinggal tu” tangan Fira menunjuk ke arah buku Ife masih ada dimejanya.

“Dah jom pergi” Pantas Ife berpatah balik dan mengambil buku itu.

“Kau nak bawa sekali beg kau tu ker?” sekali lagi Fira menanya Ife.

Pantas Ife meletak balik beg nya dikerusi, lalu kaki nya laju melangkah keluar dari kelas itu. Fira hanya mnegeleng kepalanya melihat Ife yang ketara sekali dengan berita yang baru disampaikannya tadi. Fira tahu Ife masih lagi sangat menyayangi lelaki yang bernama Mohd Farrell itu, walaupun telah sebulan berlalu perpisahan mereka.

Kring! Kring!
Bunyi loceng yang menandakan tamatlah waktu persekolahan pada hari itu. Fira terus menoleh ke arah Ife yang sedang mengemaskan buku-bukunya di meja itu.

“Ife temankan aku petang nie boleh tak?”

“Pergi mana?”

“Kita pergi perpustakaan”

“Aik sejak bila pulak kau nie jadi ulat buku, bukan kau tu liat nak pergi tempat yang ada banyak buku tu”

“Ish kau nie kan saje jer nak kenakan aku, Bos Haslimah suruh aku pulangkan buku yang dipinjamnya. Dia siap ugut lagi nak buang semua lukisan aku bila aku cakap tak mahu, kau tolong la temankan erk” Fira membuat muka kesiannya.

“Yerla yerla aku temankan kau, aku pun ada buku nak cari nanti.”

“Yay!! Ni yang buatkan aku sayang kau banyak-banyak nie”

“Ada jer kau nie Fira. Dah jom balik kang lambat pulak nanti”

“Jom”

Setibanya di perpustakaan petang itu, Ife dan Fira berpecah dan berjanji untuk berjumpa balik sejam kemudian di lobi. Fira menuju ke kaunter untuk memulangkan semula buku yang dipinjam ibunya, setelah selesai urusannya itu dia pergi ke bahagian seni dan lukisan di bahagian bawah perpustakaan itu.

Manakala Ife pulak terus menuju ke tingkat atas perpustakaan itu untuk mencari buku rujukan untuk membantu dia membuat kerja kursus Sejarah yang bakal dihantar minggu depan. Ife memegang beberapa buah buku yang mempunyai kaitan dengan kerja kursusnya, dia mencari dan membawa semua buku itu sekaligus kerana tak mahu berulang alik mencari buku itu nanti.

“Alahai kenapa la aku nie pendek sangat? Buku ni pun satu yang kau berada di atas tu dah kenapa pulak” omel Ife sambil dia berjungkit-jungkit cuba mengambil satu buku yang terletak di rak yang paling atas sekali. Tiba-tiba ada tangan yang mengapai buku itu, lalu menyuakannya kepada Ife.

“Terima kasih” ucap Ife lalu memandang orang yang telah menolongnya tadi. Membulat mata Ife saat dia terpandang akan wajah orang itu. Mohd Farrell!

Arel mengukirkan senyumannya kepada Ife, dia tak menyangka kedatanganya ke perpustakaan petang itu membuatkan dia berjumpa dengan orang yang paling dirinduinya itu.

“Lain kali minta la pertolongan daripada orang lain, kan lagi senang”

“Hurmm, terima kasih” ucap Ife lalu dia melangkah pergi menuju ke sebuah meja kosong yang terletak di sudut perpustakaan itu. Dadanya terasa berdebar tatkala terpandang sepasang mata biru itu tadi. Buku lantas dibuka, buku nota dan pen dikeluarkan dari dalam beg. Ife ingin menfokuskan dirinya dengan tujuan utama dia datang ke situ pada petang itu, segala bayang Arel segera diusir dari kepalanya.

Belum sempat Ife menulis, bangku yang dihadapannya ditarik oleh seseorang. Arel dengan selamba duduk di depan Ife dengan sebuah buku ditangannya.

“Duduk kat sini buat apa” tanya Ife dengan nada yang geram.

“Baca buku la takkan nak berjoget pulak”

“Heh! Lawak, kan banyak lagi tempat kosong depan tu” tangan nya menujuk ke arah beberapa buah meja yang masih kosong.

“Sebab kat meja nie lagi senang nak membaca takde gangguan”

“Masalahnya saya yang terganggu” geram Ife melihat wajah selamba Arel itu.

“Hurmm rasanya meja dengan kerusi nie takde ditulis hak milik Farnaz Ifeoma kan” tanya Arel memandang wajah mrah Ife yang sedang menahan geram itu. Comel!

“Ish! Suka hati la!” jawab Ife lalu mengambil buku menyambung semula kerja yang sememangnya belum bermula dek kerana gangguan Arel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience