Bab 2

Romance Series 4969

Tubuhnya dihempas ke sofa yang terletak diruang tamu di rumah banglo tiga tingkat itu. Tangannya memicit kedua-dua pelipis kerana kepalanya terasa berdenyut-denyut dari tadi.

Banglo tiga tingkat itu memang kelihatan tersergam indah dipandang dari luarannya, hiasan dalaman rumah itu tidak kurang juga hebatnya.

Namun satu semua itu bukanlah menjamin kebahagiaan penghuninya yang bernama Tengku Mohd Raffael yang sedang terbaring di sofa empuk yang mencecah harga ribuan ringgit itu. Ayahnya, Tengku Rasydan begitu sibuk dengan dunianya untuk mengumpul harta yang sudah tersedia banyak itu, sepuluh keturunan pun takkan habis.

“Fael, kau sakit kepala ker? Fael nak minum tak, mak Jah boleh tolong buatkan” sapa Mak Jah orang gaji yang telah berkhidmat lima tahun dengan keluarga itu bersama suaminya Pak Akob.

“Takde la mak Jah pening sikit jer nie. Tak payah mak Jah Fael dah mahu naik ke bilik nie. Papa ada balik ke mak Jah?”

“Papa kamu cakap dia pergi Langkawi selama tiga hari lusa baru dia balik.”

“Hurmmm”

“Fael nak makan apa nanti mak Jah masakkan?”

“Apa-apa jer la mak Jah. Fael naik bilik dulu mak Jah” ujar Fael lalu bangun menuju ke tangga.

Pemergian Fael dipandang sayu oleh mak Jah, dia tahu anak muda itu berasa kesunyiaan. Majikannya Tengku Rasydan itu selalu sibuk dengan kerjanya dan hanya sesekali balik ke rumah itu, manakala ibu Fael yang mak Jah tahu sudah meninggal setahun sebelum dia masuk kerja disitu.

Fael yang baru berusia 16 tahun itu masih sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada keluarganya, dan hanya mak Jah dan suaminya la tempat Fael menumpang kasih sayang.

Sampai nya dibilik tubuh nya dihempaskan atas katil dan tangannya mengambil handphone untuk menghubungi satu-satunya rakan dia. Setelah seketika barulah ada sahutan menjawab panggilannya.

“kau kat mana Afiq?”

“Assalammualaikum Fael. Aku kat rumah nie”

“Waalaikumsalam. Jom lepak. Aku boring nie.”

“Hurmm papa kau mana?”

“Papa aku macam biasalah takkan kau tak tahu dia tu macam mana”

“Kalau macam tu kau datang jer la rumah aku aku ada game baru yang aku beli semalam”

“Ok set! Kejap lagi aku datang”

“Orait!”

Setelah menamatkan panggilan itu, Fael terus bangun menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri terasa badannya melekit berpeluh balik dari sekolah tadi. Seusai mandi Fael turun ke bawah lalu menuju ke dapur, telinganya menangkap suara mak Jah yang sedang menyanyi.

Perlahan-lahan dia melangkah mendekati dapur, kelihatannya mak Jah sedang leka membuat konsert sehinggakan tak terperasaankan kehadirannya dan sesekali sudip di angkat seperti mikrofon. Tersenyum Fael melihat telatah mak Jah itu, lalu di angkat nya tangan lalu ditepuknya dengan kuat di belakang telinga mak Jah.

“Aku sayang padamu!” terus mak Jah melatah dek terkejut dengan bunyi tepukan itu, sudip pulak dah terbang entah kemana.

“Hahaha!” Meletus ketawa Fael melihat reaksi mak Jah itu.

“Ish! Sampai hati kamu Fael buat mak Jah macam tu” kata mak Jah sambil tangannya mengurut dadanya.

“Mak Jah tu yang syok sangat buat konsert sampai tak perasankan Fael nie” ujarnya lalu menarik kerusi duduk di meja makan itu.

“Yerla tu. Ni pakai segak nie nak keluar ke?” tanyanya sambil tangannya sibuk mencedok nasi ke dalam pinggan lalu disuakan kepada Fael.

“Ya mak Jah, nak pergi rumah Afiq lepas makan nie nanti. Dekat rumah nie nanti nak buat apa bukan ada kerja pun. Papa bukannya ada pun mak Jah, balik pun setakat dua tiga hari lepas tu keluar lagi.. Entah-entah dia dah lupa kota dia ada anak dekat rumah nie”

“Fael tak baik cakap macam tu, tu kan papa Fael. Dia kan keluar mencari rezeki untuk kebaikan Fael jugakan”

“Fael tau la tu mak Jah. Harta yang sedia berlambak ini mak Jah, semuanya nak buat apa? Takkan nak satu dunia ni jadi milik dia ke mak Jah, ingat duit beribu c dia”

“Fael tau tu mak Jah” ujarnya dengan suara yang perlahan.

“Dah tak mahu sedih-sedih nie, makan nanti sejuk pulak”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience