Episode 4: The Training

Fantasy Completed 3818

Di dalam akademi seorang remaja lelaki yang berhud hitam keluar dari akademi, mukanya dilindung jubahnya yang labuh. "Tch! Akademi yang membosankan." Desahnya sebelum hilang ditelan bayang.

Dia memerhatikan dua orang pemuda dan seorang gadis elf dari atas pokok, dia mengukir senyuman sinis. "Hahaha! Tak sangka pulak aku, kau hilang ingatan. Hai~ Kesiannya dengan kawan kau tu, ingat kau dah mati. Rupanya masih hidup? Hahahaha!!"

Katanya dengan nada sinis, matanya tajam menikam memandang ke arahnya. Tiba-tiba seorang gadis yang berambut hitam biru berada di hadapannya. Di tangannya tersisip dua bilah belati, lelaki itu hanya memandang bosan padanya.

"Zack, dengar sini. Tolong buat misi betul-betul boleh tak? Tak takut kena cincang dengan dia ke?" Soal gadis itu dengan kasar dan tegas, dia hanya menekup muka lalu tergelak besar.

Gadis itu mengetap gigi geram dengan perangai sambil lewanya. "Hahaha!! Aku? Aku takut dengan dia? Buat lawak ke? Pfft....! Hahaha!!" Dia membaling belatinya tepat ke mukanya namun dia berjaya menepis serangannya menggunakan pedangnya.

Dia hanya menggeleng kepala dan senyuman sinisnya masih tidak luntur, "jadi dengar pulak apa yang aku nak cakap. Dia hanya patung Mei, hanya patung oleh 'ayah' aku! Cuma.... Dia yang bodoh masih tak sedar pasal itu!" Serentak dengan itu aura negatif yang kuat keluar dari badannya sehingga membuatkan gadis itu mengigil.

Dia mengetap gigi dan menggenggam erat penumbuknya sambil merenungnya bersama badannya yang mengigil-gigil. Di hadapannya dia seolah sedang direnung tajam oleh seekor naga hitam yang besar. "He deal with wrong person." Katanya bersama senyuman sinis dan mata yang merenung gadis itu dengan tajam, sebelum hilang dari pandangan.

Dia mengeluh lega sebelum melihat bayangnya yang terakhir sebelum meninggalkannya seorang diri. Gadis itu menekup mukanya, "what kind of monsters are you Zack?"

- - -

Di dunia naga, Kyle dan kumpulannya berada tengah padang yang hijau serta hangat di simbah cahaya mentari. Kyle bahagikan pasangan yang akan mengajar mereka cara mengawal kuasa mereka. Leon berpasangan dengan Flora, Key bersama Akane, Zen akan berpasangan dengan Reiz dan Kyle akan melatih Moon.

Mereka berpecah mengikut pasangan masing-masing tanpa membantah.

Di situasi Zen,

Dia dan Reiz kini berada di tepi tasik. Mereka berada jauh lebih kurang 5 meter, Reiz memandang tasik itu sebelum memandang Zen dengan kerutan di dahi.

"Kenapa mesti berlatih di sini?" Soalnya hairan, Zen mula tersenyum. Reiz mula tertelan air liur dan tersengih melihat senyuman Zen yang menakutkan itu. 'Oh-oh..... This training gonna be as hard as hell!!'

Tanpa amaran Zen terus hilang dan muncul di belakangnya bersama tetakan pedang, dia sedar lalu dia mengelak ke sebelah kanan. Namun serangannya tak terhenti di situ sahaja, Zen menggenggam hulu pedangnya dengan erat dan di halakan ke sebelah kanan.

Reiz memunculkan dua bilah belatinya lalu menahan serangannya bagi menggelakkan dia tercampak, namun serangannya yang padat membuatkan dia terseret beberapa meter ke belakang. "Come to me Reiz! I know you are not weak!" Protes Zen ingin membuatkan dia menyerang balas serangannya.

Namun kata-katanya hanya disambut dengan desahannya sahaja, dia memasang kekuda dan merenung Zen. "This training gonna be hell!!!" Jeritnya sebelum mereka berlari antara satu sama lain.

TTTIIIIINNNGGGG!!!

Lagaan bilah belati dan pedang bergema di udara, tetapi ia tidak terhenti di situ mereka saling menyerang antara satu sama lain. Sehingga masing-masing mempunyai banyak luka, kelibat mereka juga tidak dapat dikesan oleh mata kasar disebabkan kepantasan mereka yang luar biasa!

TAANGG!!
TIIINGG!!
TIIINGG!!
TAAANNGGG!!!

Kelibat mereka hanya boleh di lihat setiap kali bilah belati dan pedang mereka bertembung. Mereka sekejap berada di bawah kemudian ke udara. Reiz mengetap gigi dengan kuat menahan geram. "GGRAAGHH!!" Dia menguatkan serangannya begitu juga dengan Zen.

BBBOOMM!!!
ZWWOOSSHH!!!!

Impak serangan mereka membuatkan benda di sekeliling mereka menjadi putih dan berkabus sehingga tidak menampakkan apa-apa.

- - -

Di situasi Kyle,

Impak serangan mereka yang dasyat membuatkan mereka terhenti dari latihan seketika. Kyle menekup muka seraya menggeleng kepalanya, "dasyat betullah kau ajar dia Zen. Aku tak rasa pun ada orang nak berguru dengan kau nanti."

Komen Kyle padanya walaupun dia tahu Zen tidak dapat mendengar kata-katanya, Moon hanya tersengih melihat asap dan kabus yang berkepul-kepul naik ke udara tidak jauh dari tempatnya berlatih bersama Kyle.

"Diorang ini berlatih ke beperang? Nasib baik kau dah pasang barrier kalau tak mahu hancur terus hutan ini." Komen Moon pula bersama sengihannya, Kyle hanya mengeluh dan mengangkat bahunya sahaja.

- - -

Di situasi Key,

Mereka juga tidak banyak bezanya, masing-masing air mukanya serius sahaja tiada secalit senyuman mahupun gelak ketawa. Walaupun letupan yang Zen dan Reiz lakukan langsung tidak membuatkan perhatian mereka terganggu.

Key memegang scythe miliknya yang mengeluarkan aura hijau, Akane pula menggenggam kapaknya yang bersaiz besar dengan erat. Ia mengeluarkan aura putih.

Tidak lama kemudian, scythe milik Key dan kapak milik Akane berlaga.

TAAANNGGG!!

TAAANNGGG!!!
TIIINGG!!
TAAANNGGG!!
TAAANNGGG!!!

Masing-masing mengetap gigi tidak mahu mengalah. Sehingga lah scythe milik Key berada di leher Akane manakala kapak miliknya pula berada di leher Key. Pada mulanya dia tersentak kemudian tersenyum seraya mengangkat kedua-dua belah tangannya lalu scythe miliknya hilang.

Akane turut menghilangkan senjatanya apabila Key menghilangkan senjatanya. "Kau memang cepat belajar, aku kagum. Tapi...-"

Ayatnya dibiarkan tergantung sebelum scythe miliknya muncul semula dan dia meletakkan ia di leher Akane. Dia tergamam manakala Key tersenyum. "...... Kau tak boleh cepat percayakan seseorang itu mengalah begitu sahaja. They will counterattack when your guard is down."

Sambung Key sebelum menghilangkan scythe nya kembali, Akane mengeluh lega. Mereka bersandar di pokok, Akane mendongak melihat langit yang membiru. Key baring sambil memejamkan matanya, dia menoleh ke arah pemuda itu.

Tanpa dia sedar dia mengukir senyuman, "Key? Kau tahu tak? Kau.... dah ajar aku banyak perkara walaupun dalam masa yang singkat?" Katanya, mukanya tiba-tiba berubah merah padam. Key membuka matanya dan memandang ke arahnya lalu mengukir senyuman manis.

Akane tersentak, "ya. Sedar tak sedar sudah banyak perkara yang berlaku dalam masa yang sangat singkat." Balasnya dengan nada lembut, Akane menundukkan wajahnya tidak mahu dia perasan mukanya yang tiba-tiba berubah merah.

"Urm.... Akane..... Aku...." Wajahnya juga berubah merah seperti Akane, mereka serentak memalingkan wajah ke arah lain. "Urm..... Malam nanti.... Kau mahu keluar jalan-jalan?" Soalnya sedikit gugup, "ya... Su- sudah tentu..." jawab Akane tergagap-gagap.

Jantung masing-masing berdegup kencang tanpa sebab. 'Tak akan lah aku...... Dah jatuh cinta padanya?' Serentak soalan yang sama di dalam hati kecil mereka, muka mereka masing-masing masih merah padam.

- - -

Leon mengajar Flora dengan tenang dan teratur, Leon mengangguk kagum dengannya. Flora cepat belajar dan kini dia cuba mengajarnya cara menyasarkan anak panah tepat pada sasaran.

"Macam mana nak buat ini?" Soal Flora masih belum biasa, Leon terpaksa mengajar Flora satu persatu. Kini posisi mereka bagai memeluk antara satu sama lain, muka Flora berubah merah namun latihannya masih difokuskan.

"Yeay!! Saya dah berjaya! Terima kasih Leon!" Jerit Flora dengan gembira apabila dia berjaya menyasarkan anak panah yang ke sepuluh. Dia terus memeluk Leon dengan erat kerana terlalu berasa gembira dengan kerjayanya.

Leon tersentak dan kali ini mukanya pula berubah merah padam apabila melihat tindakan drastik Flora. "Urm..... Urm..... Flo- Flora..... Bo- boleh tak awa-awak lepaskan sa-saya?" Pinta Leon dengan suara yang tergagap-gagap, apabila menyadari kesilapannya pantas Flora rungkaikan pelukkannya.

Kepalanya menunduk dan wajahnya juga berubah merah menahan malu, dia juga perasan muka Leon berubah merah. Dia menutup wajahnya dengan hud menahan malu dan tidak mahu sesiapa tahu wajahnya berubah merah.

'Uu...... Looks like my little brother had grown up. I really proud of you lil bro.' Usik Dark tiba-tiba, semakin merah jadinya mukanya apabila mendengar usikkan Dark.

'Damn you big bro! You are not helping me!' Protesnya dan kali ini telinganya pula berubah merah mendengar usikkan Dark. 'Hahaha! Take good care with you future wife Leon~ I won't take her from you~' Tambah Dark lagi.

Leon mengetap gigi menahan geram, 'DARK!!!' Jeritannya hanya disambut dengan gelak ketawanya sahaja. Flora mengetap bibirnya menahan malu apabila dia tiba-tiba sahaja memeluk Leon.

'Damn you Flora! You can't do that to Leon! What have you done Flora?!' Marahnya pada diri sendiri, suasana yang tegang tadi hilang apabila tiba-tiba bunyi letupan yang kuat berlaku tidak jauh dari situ. Leon dan Flora serentak melihat ke arah punca letupan itu, asap berkepul-kepul di udara.

Urat di dahi Leon dan Flora mula timbul, "diorang ini...... Ingat hutan ini moyang diorang punya ke....?" Soal Leon dengan nada ngeri.

"Berani korang hancurkan tumbuhan-tumbuhan itu......" Tambah Flora dengan nada yang menakutkan, mata mereka mula berubah merah menyala seperti demon.

"Siaplah korang!!" Jerit Flora dan Leon dengan marah secara serentak.

- - -

Zen dan Reiz terbaring di atas tanah dengan nafas tercungap-cungap kerana keletihan bertempur. Zen tergelak dan duduk bersila, "i must admit it, you are quick learner. Aku kagum kau dapat keluarkan senjata kau dalam masa yang singkat tanpa bantuan aku." Akui Zen.

Reiz bangun dan duduk lalu merenung Zen dengan tajam. "Apa maksud kau dengan 'you are quick learner'? I almost died y'all know!!" Bentaknya seraya menumbuk kepala Zen, "auch!" Dia mengusap kepalanya yang ditumbuk oleh Reiz tadi.

'Boleh tahan macam besi jugak tangan dia ini. Buat pembedahan besi ke apa?' Kata Zen di dalam hati berloya buruk. Tiba-tiba Leon dan Flora muncul di balik portal bersama urat di dahi.

"Hello my best friend, ready to die today?" Soal Leon dengan suara yang mengerikan, mereka terteguk air liur apabila menyadari kesalahan mereka. Pokok-pokok dan tumbuhan-tumbuhan di sekeliling mereka hampir musnah impak pertarungan mereka tadi.

Mereka tersenyum kelat dan mula membuka langkah seribu. "Woi!! Korang nak lari mana ha?!" Jerit Leon seraya mengejar mereka dari belakang begitu juga dengan Flora.

"Come back here you idiot!!!" Jerit Flora pula sambil mengawal tumbuhan-tumbuhan di sekelilingnya untuk menangkap mereka. "We are sorry okay?! We don't mean it!!" Jerit Reiz ingin menenangkan mereka.

"Sorry your ass! Come back here you damn idiot!!"

Keputusannya Reiz dan Zen di belasah dengan teruk tanpa belas kasihan oleh Flora dan Leon. A.K.A penjaga hutan yang menakutkan, kawannya yang lain hanya mampu melihat dengan senyuman pasrah serta peluh yang mengalir keluar.

"Aku rasa lebih baik kita hati-hati lepas ini, atau silap hari bulan kita pula yang akan jadi seperti mereka." Kata Key sambil tersenyum pasrah sambil berpeluh-peluh melihat hukuman mereka.

Mereka dipaksa berlari keliling tasik dengan kaki serta badan yang di ikat kemas oleh mereka. Ditambah parah lagi mereka perlu berlari dengan pantas atau mereka akan ditelan oleh seekor ikan yang sedang mengejar mereka. Flora dan Leon pula hanya memerhatikan mereka dengan pandangan yang puas.

"Dari mananya datang ikan tuh? Siap boleh berenang atas darat pula itu." Kata-katanya disambut dengan gelengan kepala serta bahu yang diangkat tanda tidak tahu.

"Totally agree with you bro, they are really damn creepy when mad." Balas Kyle sambil tersenyum kelat, yang lain mengangguk setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience